Salam Sayang Semua
^_^
Topik untuk entry kali ni adalah berkaitan dengan keputihan. Sesuatu yang seringkali berdamping dengan insan yang bergelar wanita..terutamanya ketika menjelang waktu period atau selepasnya..ataupun ketika sedang hamil dan selepas kelahiran.
Apa itu Keputihan?
Keputihan adalah
cecair atau lendir yang dikeluarkan oleh vagina. Keputihan yang normal adalah
berwarna putih atau jernih dan jika keputihan selain warna itu dan berbau atau
menagalami gatal-gatal dibahagian tersebut, kemungkinan telah berlaku
jangkitan. Dan kebanyakan jangkitan yang berlaku adalah disebabkan oleh kulat.
Jadi jangan pandang remeh yer keputihan anda!
Lazimnya,
keputihan berlaku sewaktu kita stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi
lemah. Manakala wanita hamil juga mengalami masalah ini dan dikhuatiri
mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil.
Jom lihat, apakah disebalik warna keputihan anda.
1. Jernih
1. Jernih
Jika lelehan yang
dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu
risau kerana keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Selalunya lelehan
berwarna jernih seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar
waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stress. Keputihan
ini juga seringkali dialami oleh kebnayakan wanita hamil.
2. Putih
Lelehan berwarna
putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dan
disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan anda
menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida
albicans.
3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan
yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau
yang tak menyenangkan, kemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina.
Jangkitan juga turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.
4. Coklat
Lelehan berwarna
coklat dan berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami
masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna tersebut
timbul akibat pendarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah
segar yang apabila kering bertukar menjadi warna coklat.
5. Kuning
Kehijauan
Jika keluar
lelehan berupa kuning kehijauan, berbuih, gatal, berbau busuk, sangat banyak
dan sakit disekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina,
kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa
trichomonas vaginalis.
6. Kuning
Jangkitan yang
disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan
yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada
kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air
kecil.
Masalah keputihan ini boleh bertambah serius jika tidak ditangani segera. Jika anda masih bujang, ia juga berpontensi mengganggu tahap kesuburan apabila berkahwin kelak.
Jika anda berjumpa doktor atau pakar, mereka akan memberikan antibiotik kepada anda.
Anda juga boleh berikhtiar dengan meminum air rebusan pegaga, atau membasuh 'Miss V' anda dengan air sireh yang telah direbus. Selain itu juga, dengan mengamalkan alfalfa juga, in shaa Allah dapat membantu menyelesaikan masalah keputihan anda ini. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan zat dan mineral antaranya kalsium, magnesium, zat besi, phosphorus, pottasium, chlorine dan juga vitamin k.
Selain membantu merawat keputihan, alfalfa juga bertindak sebagai...
Masalah keputihan ini boleh bertambah serius jika tidak ditangani segera. Jika anda masih bujang, ia juga berpontensi mengganggu tahap kesuburan apabila berkahwin kelak.
Jika anda berjumpa doktor atau pakar, mereka akan memberikan antibiotik kepada anda.
Anda juga boleh berikhtiar dengan meminum air rebusan pegaga, atau membasuh 'Miss V' anda dengan air sireh yang telah direbus. Selain itu juga, dengan mengamalkan alfalfa juga, in shaa Allah dapat membantu menyelesaikan masalah keputihan anda ini. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan zat dan mineral antaranya kalsium, magnesium, zat besi, phosphorus, pottasium, chlorine dan juga vitamin k.
Selain membantu merawat keputihan, alfalfa juga bertindak sebagai...
- Milk booster kepada ibu yang menyusukan
- Menghasilkan agen anti-radang untuk merawat gout dan arthritis
- Merendahkan kandungan gula bagi penghidap diabetis dan meransang penghasilan insulin
- Merawat jangkitan kulat
klik link di bawah untuk melihat testimoni pengguna alfalfa:
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :)
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::