Topik entry kali ini berkaitan dengan penyusuan. Selain mengetahui ilmu-ilmu penyusuan yang lain, kita juga perlu mengambil tahu bagaimana cara mengatasi sekiranya bayi mengalami tersedak susu. Saya tak tahu nak kata apa mengenai hal ini, benda tak terjadi pada kita kan. Pada ibu-ibu muda diluar sana, saya nak sarankan apabila menyusu anak kalau boleh biarlah dalam posisi sedang duduk dan kalau boleh elakkan posisi ketika berbaring. Kerana sesetengah ibu, pengeluaran susu terlalu banyak walaupun ketika itu bayi tidak menyusu. Hal yang demikian, sangatlah bahaya bagi bayi yang telah tertidur ketika menyusu kerana dikhuatiri peratusan untuk tersedak susu adalah lebih tinggi.
Sebelum saya mengupas lebih lanjut mengenai topik ini, sila lihat antara kes-kes tersedak susu yang dilaporkan di dada-dada akhbar hari ini. Terlalu banyak!
Sebagai ibu yang telah mengandungkan bayi kita selama 9 bulan 10 hari (lebih atau kurang), ia sesuatu yang bukan mudah. Jadi, jagalah anak-anak syurga kita seeloknya. Korbankan sedikit waktu tidur anda untuk memastikan bayi kita selamat.
Cara yang betul beri susu kepada bayi :
- Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
- Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
- Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
- Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaliknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
- Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan bayi muntah ketika tidur. Caranya dengan meniarapkan bayi dan usap belakang badan sehingga bayi sendawa.
Cara rawatan jika bayi tersedak susu :
- Tiarapkan bayi dan kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar dari mulut.
- Sekiranya bendasing didalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke depan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
- Selain menekan bahagian perut, bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Ingin Dapatkan Produk Shaklee?
Hubungi kami sekarang!
I'm Your Shaklee Independent Distributor
sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::