Pages

Friday, 16 May 2014

Doa dan Cara Melaksanakan Solat Dhuha

Assalammualaikum, Salam Sayang

Pagi jumaat yang indah. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara yang Allah pinjamkan kepada kita hari ini. Esok? Entah bagaimana. *SEBAK*  Dalam kita sibuk melakukan tugas dan mencari rezeki, apa kata kita ambil masa sekejap untuk melakukan Solat Dhuha.

1) Bilangan rakaat: 2 rakaat hingga 12 rakaat --> 2 rakaat, 1 salam

2) Waktu paling sesuai untuk solat Dhuha: Pagi --> 20 minit lepas matahari terbit. Anggaran waktu 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

3) Cara melakukan :

solat dhuha dan cara melakukannya
Niat Solat Dhuha
"Sahaja aku sembahyang solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Surah yang disarankan:
Rakaat Pertama --> Surah al Syams
Rakaat Kedua --> Surah al dhuha

**Jika tidak menghafal surah yang disarankan itu, anda boleh membaca apa-apa surah. Yang penting adalah niat kita ikhlas kerana Allah Ta'ala.


Kemudian, setelah selesai solat dhuha, baca doa ini:

doa selepas solat sunat dhuha
Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Maksud Doa:
Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu
Keindahan itu keindahanMu,
Kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah,
Jika rezekiku masih dilangit, turunkanlah
Jika di dalam bumi, keluarkanlah,
Jika sukar permudahkanlah,
Jika haram sucikanlah
dan jika jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



NOTE: Syukur alhamdulillah, saya dipertemukan dengan rakan-rakan di dalam shaklee kerana banyak memberi tunjuk ajar, bukan sahaja dari segi ilmu-ilmu kesihatan, pemasaran, motivasi dan sebagainya. Tetapi mereka juga berkongsi tentang kerohanian, mengenai solat-solat sunat, bersedekah dan berzakat dan sebagainya. Jika sebelum ini kita tidak tahu, tapi selepas bersama team yang sangat supportive each others ni sangat banyak mengajar tentang ilmu baru yang mungkin kita tahu tapi tak pernah buat atau tak tahu dan tak pernah buat! Masih tak terlewat untuk kita sama-sama belajar. Marilah sama-sama kita amalkan solat sunat dhuha ini untuk menjemput lebih banyak rezeki kita. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment