Pages

Monday, 12 May 2014

Tutorial: Cara Daftar Nuffnang dan Letak Iklan Nuffnang Blog

Assalammualaikum, Salam Sayang semua

Entry topik yang luar dari kebiasaan. Kali ini saya nak sharekan dengan anda semua cara-cara untuk mengaut untung dengan iklan nuffnang, cara daftar dan langkah-langkah untuk letakkan iklan dalam blog anda.

Anda semua hanya perlu ikut step yang saya tunjukkan ini, mudah dan sangat senang ^_^

1) Mula-mula anda semua perlu log in Nuffnang punya website ---> http://www.nuffnang.com.my

website nuffnang

2) Klik "Join Nuffnang", kemudian akan keluar borang untuk anda isikan details :

Isikan form registry

Untuk borang yang anda kena isi ni, ada empat bahagian.Anda isikan sahaja ruang-ruang yang wajib diisi tu, lepas tu tekan "NEXT", isi lagi borang, tekan lagi "NEXT" dan isi lagi borang sampailah ke borang yang terakhir, scroll down dan klik "FINISH"

3) Lepas klik "FINISH", page ini akan muncul :



4)  Bila dah keluar page dekat atas ni, apa yang perlu anda buat ialah sila check email masing-masing. Email yang anda daftarkan mula-mula tadi tu yer. Dah bukak email, klik link yang diberikan. Itu untuk pengesahan email dan mengaktifkan akaun Nuffnang anda.


5) Bila dah klik link yang diberikan di email, anda akan disambungkan semula ke dashboard akaun nuffnang. Tetapi sebelum tu kena Log In semula. Masukkan email dan password. Seterusnya akan keluar page seperti di bawah ini:

*Isikan details yang diminta.





6) Ads type ni adalah antara jenis- jenis iklan yang ingin diletakkan dalam blog anda. Ada yang bahagian header, sidebar dan between content.

Cara nak letak iklan nuffnang:
Mula-mula anda perlu copy coding yang diberikan tu. Kemudian bukak blog anda, pergi ke bahagian DASHBOARD --> LAYOUT --> ADD A GADGET --> dan paste kan coding yang anda telah copy kan tadi tu di-- HTML/ JAVA SCRIPT.  Klik 'SAVE'. Lepas tu, silalah preview blog anda jadi tak hasil seperti yang begini :
|
|
|
|
|
V

LEADERBOARD

Cara Letak Iklan Nuffnang--leaderboard
Iklan Nuffnang--leaderboard

SIDEBAR
|
V

Cara Letak Iklan Nuffnang--sidebar
Iklan Nuffnang--sidebar

BETWEEN CONTENT
|
V

Cara Letak Iklan Nuffnang--between content
Iklan Nuffnang--between content

OK, Sekian. Selamat Mencuba kawan-kawan semua ^_^
Kalau dah cuba.. mai ramai-ramai pakat komen kat bawah tu. hehe

Untuk next sharing, ada tak yang nak belajar tips meningkatkan SEO untuk blog? angkat tangan sket..heee ^_^

No comments:

Post a Comment