SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Saturday, 26 July 2014

Resepi Karamel Sedap


Custard Caramel Marvelous

Bahan A (Caramel)

  • 50gm gula pasir


Sediakan Karamel

  1. Masak gula pasir dalam periuk sehingga larut dan jadi perang sedikit.



Bahan B (Kastard)

  • 3 biji telor
  • 30 gm gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air masak
  • esen vanilla


Caranya:

  1. Pukul campuran telor dan gula sebentar.
  2. Masukkan susu cair, secawan air dan sedikit esen vanilla.
  3. Kacau sehingga rata (pukul perlahan)
  4. Masukkan dalam acuan karamel.
  5. Kukus selama 30 minit


Dan ini hasilnya....



SELAMAT MENCUBA ^_^
posted from Bloggeroid

Friday, 18 July 2014

Apa Maksud CPC dan CPUV Dalam Nuffnang

CPUV? CPC? Apakah???!

Mungkin anda masih baru dalam Nuffnang, begitu juga saya. Apa yang saya tahu, Nuffnang adalah antara lubuk para blogger menjana pendapatan melalui blog. Sebenarnya bukan hanya Nuffnang tetapi ada juga beberapa syarikat pengiklanan yang lain. Dulu saya tak faham macam mana Nuffnang boleh menjana pendapatan.Kemudian selepas saya mendaftar Nuffnang ini baru saya lebih faham konsep yang dijalankan.

Jom saya kongsikan info serba sikit mengikut kefahaman saya.

CPUV : Cost-Per-Unique-Visit.
CPUV ini dikira berdasarkan unique visitors yang masuk ke blog kita. Cara Nuffnang kira unique visitor ni apabila IP address berlainan masuk ke blog kita.

Contoh:
Ainan Tasneem di Perlis, Najwa latiff di Selangor, Neelofa di Korea dan Siti Nurhaliza di Kedah. Mereka semua sedang online dan sedang melayari laman blog Irsya Healthy House ini. Mereka ini adalah 4 unique visitors daripada IP address yang berlainan.

Tapi kalau guna 1 komputer yang sama, ia tidak dikira sebagai unique visitors. Ia hanya dikira sebagai 4 pageviews.

Jika anda telah berjaya mendapat tawaran CPUV, perlu meningkatkan trafik blog. Antara aktivi yang boleh dilakukan dengan blogwalking ke blog lain atau kalau berkesempatan boleh juga buat segmen giveaway dan sebagainya. Itu semua adalah untuk memastikan trafik blog meningkat dari masa ke semasa.

Status on-going di CPUV bermaksud kempen iklan itu sedang berjalan di blog. Jika tertera creditted, bermakna kempen tersebut telah berakhir dan earning telah pon dikredit masuk dalam akaun Nuffnang kita.

CPC : Cost-Per-Clik
Bagi yang berstatus Gliteri di akaun Nuffnang, akan mendapat RM0.25 setiap per klik. Manakala status ordinary hanya RM0.15 per klik.

Dah tahu serba sedikit, jom daftar Nuffnang sekarang. Dah lepas daftar boleh tengok Tutorial Cara Letak Iklan Nuffnang

Thursday, 17 July 2014

Pemilik Peugeot Putih Bertindak Kurang Sabar

Dunia facebook menjadi hangat apabila kisah video eksiden yang berlaku antara pemilik kereta Peugeot dan seorang uncle yang berbahasa cina. Video yang berdurasi 2.33 minit itu memaparkan pemilik kereta Peugeot telah bertindak memarahi kereta yang melanggarnya dan memukul kenderaan tersebut dengan menggunakan stereng lock kereta. Walaubagaimana pun, uncle itu hanya bertindak tenang dan memohon maaf atas kesilapannya yang telah melanggar kereta wanita itu tanpa sengaja.

Perbuatan wanita ini yang dianggap kurang sabar dan telah bertindak biadap, seseorang yang turut berada di lokasi kejadian telah merakam perbuatan wanita tersebut dan menjadi 'viral' di facebook. Akibatnya, wanita ini telah dikecam oleh pelbagai pihak dan beliau juga terpaksa menanggung malu atas perbuatannya itu.

Bukan turut dikecam di media sosial seperti facebook, malah ramai juga yang telah menjadi agen perisik untuk mengorek segala maklumat mengenai wanita ini termasuklah details seperti alamat rumah, pekerjaan dan pendaftaran kereta peugeot pemilik kereta Peugeot tersebut.

Bagi saya pendedahan oleh rakan blogger mengenai details maklumat peribadi pemilik kereta Peugeot ini adalah berlebihan dan melampau walaupun perbuatan wanita itu salah dan bertindak kurang ajar. Ini kerana pendedahan sebegini mengundang kepada risiko lain yang akan mengundang bahaya kepada wanita tersebut. Pendapat saya, wanita ini memang salah dan beliau juga telah menyedari kesilapannya dan telah meminta maaf secara terbuka di laman peribadi facebook miliknya dan juga mohon maaf secara live di saluran televisyen tv3. Adakah itu tidak memadai?
"After all what had happened, my sincere apologies. People make mistakes, so do I. Tq for your understanding." -petikan daripada facebook wanita berkenaan.
Pak cik Sim Siak Hong, juga telah memaafkan wanita ini dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Walaubagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita ini. 

Pendapat saya, wanita ini salah tetap salah bukan saya ingin menyebelahi beliau tetapi segelintir pihak yang mendedahkan details peribadi beliau di laman facebook dan blog-blog itu adalah sangat berlebihan. Jika wanita ini terang-terangan bertindak biadap terhadap Pak Cik Sim Siak Hong itu, bagi saya anda yang menghukum dan mengeluarkan kata-kata kesat juga sama. Lantang berbicara mengenai aib nya wanita ini, tetapi anda seperti membuka aib sendiri. Malah saya percaya dan yakin, jika anda berada dalam situasi seperti ini anda juga akan bertindak lebih kurang sama. Cuma mungkin anda bernasib baik kereta tiada siapa yang rakam perbuatan anda dan sebarkan di laman sosial.

Pada pemerhatian saya, bukan sahaja page perniagaan pemilik peugeot putih ini telah diserbu oleh orang ramai tetapi ada juga yang bertindak menubuhkan page untuk membenci beliau. Beginikah anda yang beradab dan bersopan-santun? Bahasa jangan cakaplah, bukan sahaja lelaki malah kaum hawa yang lain kononnya lebih ayu, bersopan santun dan berbudi bahasa dengan beraninya mengata, mengeji dan memaki hamun. Masya-Alllah. Tepuk dada tanya hati anda. Apa bezanya anda dan wanita ini?

"Kain orang terkoyak kita nampak, tapi kain sendiri dah koyak rabak kita tak nampak"

Nasi saw. bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahnya di dunia dan di akhirat. (HR Ibn Majah)

Nabi saw. bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR Muslim)

Apabila kita melihat keburukan orang lain, lihatlah dulu keburukan kita. Senaraikan satu persatu kejelikan diri kita. Sungguh kita tak kan mampu menghitungnya, sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak untuk dihitung. Sekali pun dia buat salah, tegurlah dia dengan cara yang tersembunyi tanpa membuka aibnya pada orang lain. Aib ini adalah dengan menyebut nama dan keburukannya kepada orang lain.

P/S : Entry ini adalah pendapat dan pandangan peribadi saya.

Wednesday, 16 July 2014

Tips Menghilangkan Bekas Jerawat

Aidilfitri bakal menjelang tiba, mak ayah mula sibuk mencari kelengkapan raya untuk anak-anak. Bagi diri saya, saya memilih untuk meraikan dengan cara yang sederhana tahun ini.

Selalu bila raya orang ramai sibuk mencari keperluan-keperluan raya, segalanya serba raya. Tapi dalam kemeriahan tersebut jangan lupa aspek penjagaan diri dan kecantikan wajah yer adik kakak semua.

Kalau muka penuh dengan bekas dan parut-parut jerawat pastinya sedikit sebanyak mencacatkan penampilan menawan adik kakak di pagi raya. Make-up yang cantik jadi bersompek-sompek seperti tutup lubang kawah. Mesti tak nak kan macam tu.

Jom saya ajar cara ringkas dan mudah hilangkan jerawat dan bekas parut jerawat.

DO IT YOURSELF : MASKER HILANGKAN PARUT DAN KECUTKAN JERAWAT.

cara buat masker vitamin e shaklee
Kanan : Bersihkan muka (nampak tak parut jerawat di pipi tu)
Kiri : Ini bukan Dayang Senandung, semasa pakai masker vitamin e
Bahan yang diperlukan :
- 1 Biji Vitamin E Shaklee

Caranya :
- Mula-mula bersihkan muka dengan pencuci. Kemudian lap dengan tuala kecil yang kering. (Seperti gambar disebelah kanan)
- Selepas itu, picit sedikit vitamin e dihujungnya. Kemudian sapu rata di muka adik kakak. (Seperti gambar disebelah kiri)
- Bakinya anda boleh makan. (Takde istilag membazir)
- Biarkan lebih kurang 45 minit, kemudian bilas bersih dan lap muka.


Apa kebaikan vitamin E ni?



Nak tahu hasilnya setelah bermasker dengan vitamin E shaklee ni?

Taraaa....
Inilah hasilnya...

Terus cantik macam selebriti, Dato' Siti NurHaliza!
Hehe >.<

siti nurhaliza
Pic. Credit : kezoom.blogspot.com

siti nurhaliza
Peace!

Pic. Credit : kezoom.blogspot.com

Nak dapatkan kulit cantik seperti ini?
Dapatkan sekarang VITAMIN E anda!
Sebotol hanya RM149 sahaja, mengandungi 120tabs. Tahan sehingga 4 bulan!

Wajah berseri di AidilFitri.

 Order vitamin E Shaklee Online

OPPSS... NANTI DULU.
Nak menikmati DISKAUN sehingga 20%?
Jom mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE dahulu. 
Selepas ini anda akan terus dapat menikmati harga ahli pada bila-bila masa sahaja.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease


posted from Bloggeroid

Tuesday, 15 July 2014

Kesan minum ESP ketika berpuasa

Hari ini telah 17 hari umat Islam berpuasa dibulan Ramadhan. Alhamdulillah, saya sendiri masih boleh berpuasa penuh setakat ini dan mampu menyusukan anak kecil. Bukan mudah sebagai seorang ibu yang berpuasa dan masa yang sama masih menyusukan anak. Badan lebih mudah terasa dehidrasi. 

Syukur, saya masih diberikan kekuatan menjalani ibadah puasa selama 17 hari yang lepas dan inshaallah untuk hari mendatang. Nak tahu rahsia saya kekal cergas dan bertenaga di bulan puasa?

Kalau anda semua nak tahu bagaimana saya mampu berpuasa dan menyusukan anak. Inilah rahsianya, minuman yang wajib saya ambil ketika bersahur.

Taraaa....
ESP Shaklee pujaan hati. Non-GMO soya, selamat diambil.

Kesan minum esp shaklee
ESP yang telah habis diminum ^_^
Pagi ini saya bancuh ESP Shaklee dengan susu tepung dan oreo. Fuhhhh, serius sedap! Nak lagi resepi bancuhan yang lain-lain? Ketahui resepi bancuhan ESP Shaklee yang sedap.

Nak tahu tak, lepas saya minum ESP ketika bersahur, kesan yang saya rasa sepanjang hari adalah :
★ Badan tidak lesu
★ Kenyang terasa lebih lama
★ Susu badan pekat
★ Payudara lebih terasa penuh dan anjal
★ Mampu berpuasa penuh sepanjang hari
★ Kulit semakin cantik (Amalkan secara konsisten dan istiqamah)

Hah..itu antara kesan yang saya rasakan selepas minum ESP ketika bersahur. Kesan ini sangat berbeza jika saya tidak mengambilnya ketika waktu sahur, memang badan cepat letih dan lesu. Malah, perut pon tak tahan menanggung kepedihan dan kelaparan.

Kalau saya ada pilihan yang terbaik, kenapa harus saya menidakkan. Jom kongsi kecergasan bersama dengan ESP Shaklee. Anda mahu kekal aktif seperti saya?

Tempahlah satu tong ESP Shaklee hari ini.
Harga 1 cannister ESP Shaklee, RM150 sahaja dan tahan sehingga 2 bulan setengah!



OPPSS... NANTI DULU.
Nak menikmati DISKAUN sehingga 20%?
Jom mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE dahulu. 
Selepas ini anda akan terus dapat menikmati harga ahli pada bila-bila masa sahaja.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease
posted from Bloggeroid

Monday, 14 July 2014

Vitamin E Shaklee Power Seperti Viagra!

Bila disebut pasal 'Viagra' atau dikenal sebagai 'Ubat Gagah Perkasa', saya pasti ramai yang tertanya-tanya produk apakah yang cuba saya sampaikan. Jangan salah faham, saya bukanlah penjual ubat viagra tu tetapi saya hanya ingin kongsikan tentang kelebihan dan kebaikan Vitamin E Shaklee.

Vitamin E ini ternyata lebih selamat daripada pil-pil kuat yang ada dipasaran sekarang dimana saya kurang yakin tahap keselamatan pil viagra ini dari segi kesihatan untuk jangka masa panjang. Jika dibandingkan dengan Vitamin E Shaklee atau juga dikenali sebagai nama Vitamin Cinta, ubat gagah untuk para lelaki, viagra ternyata memberikan pelbagai kesan sampingan antaranya hilang pendengaran dan penglihatan. Lebih teruk lagi, ia juga boleh mengundang MAUT!

Side effect of viagra
Side effect of viagra

pic.credit : papamaxx.com

Setiap bulan pasti saya menerima tempahan vitamin ini dari kalangan kaum lelaki yang mementingkan kesihatan diri. Apakah fungsi Vitamin E Shaklee ini kepada lelaki, sehinggakan ramai yang ingin memilikinya. Buat pengetahuan anda juga, vitamin e ini adalah salah satu vitamin yang terdapat dalam Set Kesihatan Lelaki (Set Men's Health Shaklee), selain daripada Zinc Complex dan OmegaGuard Shaklee.
Set kesihatan Lelaki Shaklee by irsyahealthyhouse.blogspot.com
Set kesihatan Lelaki Shaklee
(Set Men's Health Shaklee)

Pentingkah Vitamin E untuk kesihatan lelaki ?

Kebaikan Vitamin E pada lelaki :

  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Meningkatkan "sperm count"
  • Digunakan secara meluas terutamanya dalam rawatan kesuburan.
  • Membantu dalam masalah "mati pucuk"
  • Membantu meningkatkan libido (keinginan seks)

Kesan yang mungkin anda dapat lihat daripada penggunaan vitamin E mungkin tidak dapat dilihat secara terkejut, tetapi jika anda mengamalkan secara konsisten saya percaya anda sendiri akan merasakan perubahannya. Vitamin E Shaklee adalah semulajadi.

Anda mahu memilih yang selamat atau yang cepat? Jika pilih yang cepat kesannya, jangan takut kesan buruk jangka masa panjang. Pilihan di tangan anda.

Harga bagi sebotol Vitamin E ialah RM149, mengandungi 120 tabs. Penggunaan sehingga 3-4 bulan sebotol. Jimat kan!

 Order Online eSell Shaklee



OPPSS... NANTI DULU.
Nak menikmati DISKAUN sehingga 20%?
Jom mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE dahulu. 
Selepas ini anda akan terus dapat menikmati harga ahli pada bila-bila masa sahaja.

Berminat untuk menikmati harga ahli. Daftar sebagai ahli sekarang!




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease


Sunday, 13 July 2014

Tingkatkan Kesuburan, Testimoni Berjaya Hamil

Sejak saya mula bisnes shaklee ini secara serius, boleh dikatankan 70% adalah pelanggan saya yang mencari produk untuk membantu mereka mendapatkan zuriat. Alhamdulillah sebahagian daripada mereka yang amalkan secara konsisten dan mengikut saranan saya, akhirnya disahkan positif dan berjaya hamil setelah mencuba Set Kesuburan Shaklee ini.

Testimoni 1 : Hamil setelah 6 tahun berusaha. Syukur, Alhamdulillah.


Testimoni 2 : UPT Positif setelah 5tahun mencuba!


Testimoni 3 : Hamil setelah mencuba Set Kesuburan Shaklee!

Sudah lama mendirikan rumahtangga namun masih belum miliki cahayamata?
Usaha dan ikhtiar anda menemui jalan buntu?
Mungkin ini yang anda perlukan!


Tidak salah mencuba.
Kita hanya berusaha, Allah swt jua yang menentukan.

Bertindak sekarang atau anda akan terus makan hati.
Klik pada gambar dibawah untuk order:

 Order eSell shopping shaklee

OPPSS... NANTI DULU.
Nak menikmati DISKAUN sehingga 20%?
Jom mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE dahulu. 
Selepas ini anda akan terus dapat menikmati harga ahli pada bila-bila masa sahaja.

Berminat untuk menikmati harga ahli. Daftar sebagai ahli sekarang!




Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease



Saturday, 12 July 2014

Terlajak Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Impian setiap pasangan yang telah berkahwin semestinya mengimpikan kehadiran cahayamata atau zuriat sebagai penambah seri didalam bahtera perkahwinan. Dalam mengimpikan, tidak semudah itu kita dapat apa yang kita mahu. Ada setengah pasangan terus bunting pelamin selepas majlis, ada juga yang hamil dalam tempoh 6 bulan perkahwinan dan ada juga yang menginjak ke tahun demi tahun masih mengharapkan sesuatu. 

Itu bukanlah sebuah pengakhiran. Masih ada jalan untuk kita mencuba, antara salah satu ikhtiar adalah Set Kesuburan Shaklee yang pastinya terlajak laris! Terlajak subur!.

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan wanita. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Meningkatkan kiraan sperma
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Memanjangkan jangka hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma sari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?

Set yang mengandungi beberapa jenis vitamin dan termasuklah multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi ini mampu meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Ini turut dinyatakan dalam kajian Harvard Medical School. Dr.hamid Arshad, Pakar Oncology Malaysia melalui facebook beliau turut mengatakan perkara yang lebih kurang sama mengenai kepentingan vitamin untuk pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat.


Antara vitamin yang terkandung di dalam Set Kesuburan Shaklee ialah Vita Lea, B-Complex, Vitamin C, Alfalfa, Vitamin E, GLA Complex dan Zinc Complex. Apakah fungsi vitamin dalam dalam set kesuburan?


Selain mengambil multivitamin dan multimineral ini, setiap pasangan juga haruslah lebih kerap mengadakan hubungan kelamin ketika waktu subur isteri. Ketahui cara dan kaedah mengira waktu subur isteri dan ketahui sama ada benar berat badan berlebihan punca sukar hamil?

Testimoni Set Kesuburan Shaklee :


Mereka telah berikhtiar dengan kami, anda pula bagaimana?

Jangan tunggu lagi, tempah sekarang juga. Anda boleh order terus disini dan akan mendapat Panduan Lengkap cara pengambilan set kesuburan ini.


Atau, anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultansi set kesuburan ini mengikut kesesuaian diri anda dan pasangan dan mengikut kemampuan bajet anda.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Friday, 11 July 2014

Berbuka puasa dan kejutan hari lahir

Ramadhan 1435H

Jika entry saya yang lepas, saya bercerita mengenai Buffet Ramadhan Menara Alor Setar 2014. Kali ini saya nak share serba sedikit pengalaman saya menyambut ulangtahun kelahiran di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Tahun ni agak berbeza dengan tahun-tahun yang lepas, kebiasaannya mesti ada kek dan surprise di tengah malam. Perancang utama mestilah en.suami saya. Disebabkan berpuasa, maka suami bagi 'green light' untuk pilih destinasi berbuka puasa. Hah, bab memilih ni sangat rambang mata okay lepas tu blurr tak tahu mana nak pilih. Ada diantara anda juga yang selalu jadi macam tu tak? ^_^

Beberapa tempat yang jadi pilihan hati tapi akhirnya saya memilih untuk berbuka puasa di Restoran Berputar 360° , Menara Alor Setar.



Cantikkan. Ni gambar dari tempat kami parking kereta. Sampai-sampai je terus tangkap gambar untuk diabadikan di blog tercinta. Aceeawah.

Kami sampai dah dekat pukul 7 lebih, waktu tu peniaga-peniaga bazaar di sekitar perkarangan Menara Alor Setar ni sibuk 'setup' kedai jualan mereka. Selalunya bazaar (uptown) ni buka setiap hujung minggu. Mungkin sebab bulan Ramadhan mereka buka sepanjang bulan.

Selepas buat pembayaran di kaunter khas restoran. Kami pon terus naik lift untuk ke bahagian atas. Memandangkan saya seorang yang gayat dan lift tu pula memang boleh nampak view di luar. Maka, ini saja yang mampu ku tangkap. Hehe.


Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama saya naik ke bahagian restoran berputar ni. Rasa macam tak percaya je saya boleh naik dan dapat merasa makan dan melihat permandangan sekitar kotaraya Alor Setar dari ketinggian 193 000 meter dari aras laut. Thanks suamiku sebab bawak sayang ke sini. *TERHARU.sobb sobb. Dulu waktu kecik-kecik pernahlah datang ke Menara Alor Setar ni, itupun setakat bahagian permandangan tu je yang boleh teropong-teropong tu. Hehe. Yang ini terima kasih pada my mom and my dad, sebab mereka selalu bawa kami adik beradik pergi berjalan.






Hah nampak tak tu budak kecik yang tak tahu duduk diam, sibuk je nak ikut mama dengan papa pergi berdating. Hahaha. Ini papa yang ajak, so kena melayan cik puteri kita ni lebih la nampaknya ;)

Dah selamat berbuka puasa. Alhamdulillah kenyang. Acara kemuncaknya, bila tengah syok bersembang dengan suami tiba-tiba dengar orang nyanyi lagu 'Happy Birthday' ramai-ramai. Bila toleh rupanya ada Surpriseeee! Kejutan untuk diri sendiri, terkejut la jugak. Suamiku lagi terkejut. Tak senonoh betul. Hahaha.



Selepas bertapa hampir 2 jam dekat atas tu, baby rayy pon sempatlah tunjukkan aksi guling-guling golek-golek dia tu, maka marilah kita beransur pulang.

View Menara Alor Setar di sebelah malam. Inshaallah lepas ni kami datang lagi bawak segerombolan ahli keluarga yang lain.



Jika anda berminat nak makan di restoran ni boleh hubungi :
012-471 7332
013- 505 0441

Nota kaki :
Terima kasih pada suami untuk semua ni dan segala-galanya.
Terima kasih pada ma sebab mengandungkan saya selama 9bulan 10 hari, menjaga dan mendidik saya dari kecil sehingga saya dah besar dan berjaya. Terima kasih ma, jasamu tak dapat dibalas dengan kata-kata. Love u so much.
Terima kasih abah atas pengorbanan abah selama ni dalam mendidik dan membesarkan kami, mencari rezeki untuk disuapkan dalam mulut kami adik bradik selama ni. Terima kasih atas segalanya. Love u so much.

Maafkan salah silap saya jika ada perbuatan dan pertuturan yang mungkin atau ada buat kalian berkecil atau terasa hati dan sebagainya. Maafkan anakmu ini wahai ma dan abah, maafkan isterimu ini wahai suamiku yang tercinta.

Love u alls.
Ikhlas,
Anak, Isteri dan Seorang Ibu.

:: sebenarnya sedih sebab petang tu ma dah masak sedap-sedap. Tapi tak makan kat umah pulak. Hurmm ::
posted from Bloggeroid

Wednesday, 9 July 2014

Tabung Kecemasan Gaza 2014



“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Hajj: ayat 39)


Sabda Nabi Muhammad saw, “Barangsiapa yang tidak ambil berat dengan urusan muslimin, maka dia bukanlah tergolong di kalangan mereka.” (Hadith Riwayat Al-Hakim)


10 Ramadhan 1435H

Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta. 

Akaun bank atas nama ; 

Aman Palestin Berhad 

Bank Islam:12029010047880 
Maybank:562263010787 
CIMB: 8600460353 
Bank Muamalat:12070005133717 
RHB Bank:21245760004907 
Bank Rakyat: 220806195922 

Sila sumbangkan sebahagian rezeki Allah kepada anda ke nombor-nombor akaun berikut.

#PrayForGaza #FundForGaza 


----------
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk ke laman web www.amanpalestin.net atau di laman Facebook rasmi AMAN PALESTIN

Tuesday, 8 July 2014

RESEPI : Cara Buat Laksam yang Mudah dan Sedap

Resepi ini perkongsian daripada rakan facebook saya, cara buat laksam yang mudah dan sedap ;)


Resepi laksam (12 gulung)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
Air paip dialirkan pada bahagian bawah periuk setelah laksa tu masak supaya mudah dikluarkan dr loyang

* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..



Kuah laksam 6 orang makan

  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur


* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan 
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan 
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana


Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Dihiris halus :
  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis


Sambal laksam :
Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit 

sedapnya...laksam ;)

Selamat Mencuba
Selamat Menjamu Selera




Tanda Disebalik Posisi Jerawat Anda

Masalah jerawat bukan hanya menyerang wanita sahaja tetapi kaum lelaki juga turut tidak terkecuali untuk menghadapi masalah ini. Tahukah anda yang sebenarnya, posisi jerawat adalah petunjuk kepada kesihatan seseorang itu.


Posisi Jerawat dan maksud disebaliknya :

Jerawat di DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat dekat dahi kita. Untuk menghindarinya, pastikan anda dapat tidur yang cukup, jadikan amalan tidur dan bangun awal sebagai rutin wajib dan sila pastikan anda minum air masak banyak.

Jerawat di PIPI
Jika tumbuh di sebelah pipi kanan, berkemungkinan fungsi paru-paru tidak normal. Manakala jika tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

Jerawat di DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat di HIDUNG
Jika tumbuh di batang hidung, bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah dan jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Manakala jika di salah saltu hujung hidung, boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat di BADAN
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah seperti terkena sembelit. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan detoks badan agar toksin tersingkir dengan lebih baik.

*Artikel ini dikongsi hanya sebagai rujukan sahaja, untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan anda haruslah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

Adakah punca jerawat tumbuh di wajah anda di sebabkan oleh masalah genetik, kesihatan atau pun berpunca daripada salah penggunaan produk?

Apa pun jua punca masalah tersebut. Segeralah dapatkan penyelesaiannya, jangan biarkan ia semakin teruk dan lebih parah lagi. Anda harus mengamalkan permakanan yang betul dan elakkan makanan yang terlalu berlemak dan berminyak. Selain itu, dengan mengamalkan Vitamin C Sustained Release dan Vitamin E with Selenium dari shaklee ini juga mampu mengatasi masalah jerawat anda dan membuatkan kulit anda lebih sihat dan berseri secara semulajadi.


Harga bagi Set Cantik Di Hari Bahagia ini :
Vitamin C, RM92.50
Vitamin E, RM149

Jom kita lihat testimoni set cantik kami ini. 
Apa kata mereka yang telah mencubanya.


Anda juga berminat nak cuba?

Cara order shaklee online guna eSell

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...