Pages

Monday, 22 September 2014

Kaedah Bantuan Kelahiran (EPISIOTOMI, INDUCE, FORCEP, VAKUM) Yang Perlu Anda Tahu

Kaedah bantuan kelahiran

kelahiran

Tidak semua wanita bertuah dapat melahirkan bayi secara normal dengan mudah. Ada yang perlu melalui pelbagai komplikasi yang menyakitkan demi melahirkan zuriat tersayang. Banyak kes yang memaksa ibu hamil melalui proses kelahiran dengan bantuan perubatan. Terdapat pelbagai kaedah bantuan yang digunakan oleh doktor pakar sakit puan dalam menangani komplikasi kelahiran. Antara yang popular dan kerap digunakan adalah seperti berikut:


1. Episotomi
Guntingan kecil (perineum) dilakukan pada kulit antara vagina dengan anus sekiranya berlaku komplikasi seperti bayi songsang, tdak cukup bulan, dalam bahaya atau bayi mempunyai saiz kepala yang besar. Biasanya proses ini dilakukan ke atas ibu yang melahirkan anak sulung.


Episotomi
Gambar: bayi-ibu.com



2. Bantuan vakum atau forsep
Ada ibu berhadapan masalah di mana ibu sukar atau lambat mengeluarkan bayi dalam kandungan kerana ibu tidak dapat menolak bayi keluar akibat saiz kepalanya besar. Oleh itu, bantuan perlu diberikan untuk mengeluarkan bayi segera agar tidak lemas. Mereka menggunakan forsep atau vakum (penyedutan). Sekiranya bayi berkedudukan songsang atau tidak cukup bulan, kaedah ini juga digunakan bagi mengelakkan kepala bayi tertekan ketika melalui saluran keluar.

Vakum
Gambar: bayi-ibu.com

Forsep
Gambar: bayi-ibu.com


3. Induksi
Kaedah ini digunakan sekiranya bayi dalam kandungan masih tidak menunjukkan tanda-tanda ingin keluar walaupun sudah lewat seminggu daripada tarikh jangkaan bersalin. Dalam masa yang sama, bayi sudah berada dalam keadaan bahaya dan uri mula gagal berfungsi. Sekiranya ibu mengalami masalah darah tinggi atau masalah lain yang boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan bayi, induksi juga akan dicadangkan.

Induce
Gambar: bayi-ibu.com


4. Pembedahan Caesarean
Pemilihan kaedah ini biasanya dibuat awal atau sebab beberapa kesulitan yang mungkin berlaku jika kelahiran dibuat secara normal. Jadi, masa dan tarikh ditetapkan lebih awal. Bagaimanapun, ada juga yang dilakukan secara kecemasan dan spontan akibat beberapa komplikasi seperti bukaan serviks tidak mencapai tahap sepatutnya, bayi songsang, bayi tidak cukup bulan dan sebagainya.


sumber : pama.karangkraf.com


No comments:

Post a Comment