Pages

Friday, 12 September 2014

Latih Anak Tak Pakai Pampers

Saya jarang bercerita tentang anak saya kan, tapi hari ni saja nak kongsi pengalaman dalam misi 'Opss Pampers!'. Hehe

Nak dijadikan cerita, sejak semalam Baby Rayy tak mahu pakai pampers. Okay, itu memang perkembangan yang bagus. Puncanya sebab ada rambut di punggung, dia rasa kurang selesa. Terus tak mahu dipakaikan pampers semula. Hairan juga bagaimana rambut boleh ada di punggung dia sebab sebelum tu dia baru mandi dan saya sendiri yang pakaikan. Siap sapu lotion herbal blend lagi di punggung. Yakin, memang tak ada! Tapi my mom kata Baby Rayy siap nangis lagi rasa tak selesa dan gatal kat punggung tu.

Maka terpaksa la ikut kehendak si kecil ni. Setiap 10 minit tanya nak 'shishi' tak. Haha. Nasib la dia tak nak pakai tu malam, kira tak lama dia 'bebas', lebih kurang 2 jam je. Kemudian dia dah letih terus saya bawak masuk tidur. Bila dah lena, apa lagi terus sarung la pampers. 

Kisah hari ini pula, sebenarnya agak kepenatan kerana seharian berada di luar kerana uruskan beberapa perkara. Sampai di rumah pun dah dekat asar. Dah bersihkan diri dan selesaikan apa yang patut. Baby Rayy sekali lagi tak nak pakai pampers. Nak ikutkan memang tak berapa larat. Serius agak kepenatan sangat hari ini. Tapi takpelah, mak kata kalau dah dia tak nak eloklah kita latih dia terus.

So dari petang sampailah ke malam, saat saya menulis entry ni sempatlah 2 kali dia 'bocor'. Kali pertama bocor, saya sempat angkat. Kali kedua tak nampak. Tahu-tahu dah lencun seluar. Hahaha! Nasiblah anak ku bijak, bila tanya dia shishi kat mana dia pergi tunjukkan. Huhu. Membersih la pulak kita yer ;)

Ok, kita tengok pulak esok macam mana misi mencantas 'Opss Pampers'. ^_^

1 comment: