Pages

Monday, 1 September 2014

Misi Kami ke Italy

Jika entry yang lepas saya pernah menceritakan serba sedikit mengenai percutian yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee, kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua usaha kami semua untuk pergi buat rombongan mak kiah ke itali pada tahun hadapan. Semestinya ia juga adalah tajaan sepenuhnya daripada shaklee. Inshaallah, harapnya semua dipeemudahkan. Amin.

Tapi kejayaan bukan datang bergolek, kesenangan perlu dicari dan ilmu perlu digali. Namun, setiap ada getir dan pahit pasti ada jua manisnya di hujung. Kejayaan bersedia menunggu kita di akhir garisan asalkan kita tak pernah putus asa dan rajin berusaha.

Oleh itu, team kami seramai 69 orang berganding bahu dalam menjayakan misi ini. Bukti support group empayar kami. Jika anda ingin menceburi sesuatu bidang pastikan anda ada mentor yang mampu membimbing anda bukan sebaliknya. Jangan fikir banyak, jom sertai team kami sekarang.

Team kami bukan menekankan aspek urusan jual beli sahaja tetapi bagaikan sebuah keluarga rapat yang sentiasa memberi pandangan dan pendapat kepada setiap persoalan. Malah mentor kami juga turut menekankan aspek amalan rohani sebagai seorang muslim dan aspek spiritual. Maka pemilihan team yang betul adalah sangat mustahak.





Sungguh jelas terpancar keterujaan mereka semua apabila bercerita tentang percutian yang mungkin mereka akan sertai nanti. Tambahan pula jika pergi bersama dengan ahli keluarga tanpa memikirkan segala kos dan tambang ke sana ke mari. Segalanya disediakan oleh pihak shaklee.

Jom berjihad, sebarkan kebaikan dan membantu lebih ramai orang menikmati nikmat kesihatan dengan tubuh badan yang sihat. Inshaallah.

1 comment: