Pages

Monday, 29 September 2014

Pelbagai Sajian Menyelerakan di Pumpong

Setiap manusia semua mempunyai masa dan jumlah waktu yang sama iaitu 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Tapi bila kesibukan melanda rasa macam perlu lebih waktu sehari tu seperti 24 jam itu tidak mencukupi.

Sejak beberapa minggu ni saya sangat merasai masa itu berlalu terlalu cepat seakan terlalu mencemburui diri saya. Nasiblah kita ni bekerja sendiri, kitalah bos kitalah kuli, which is nak tak nak kita kena buat. Haruslah nak, kata nak dapat percutian percuma ke italy tahun depan bersama shaklee kan. *winkk..kenyit mata cikedd.

Hari ini, seperti biasa saya sememangnya mempunyai jadual yang padat. Tapi hari ini destinasi saya ialah ke Kedah Medical Center, Alor Setar Kedah. Selepas selesai urusan di sana, perut yang berbunyi ini terus minta diisi.

Pada mulanya rancang nak singgah berhenti makan di Nasi Lemak Royal yang terletak di Anak Bukit, berdekatan dengan Istana Anak Bukit. Tak jauh dari KMC tu dalam 15 minit sahaja. Tapi bila sampai di area Pumpong, terus berubah fikiran. Akhirnya, kami singgah di Restoren Dee Pumpong. Terdapat pelbagai jenis aneka lauk di sini. Pertama kali saya masuk, terus rambang mata tak tahu nak pilih, sudahnya tanya pelayan di situ. Hahaha.




Pemandangan pelbagai jenis lauk-pauk, dari dalam kuali sehinggalah ke hujung meja.



Kari kepala ikan..nampak pekat dan menyelerakan.




Akhirnya, kami pilih lauk lala, daging masak hitam, ikan keli, dan 2 jenis kerabu, kerabu togeh dan kacang botol. Air pula, kami pesan teh ais dan limau ais, Ringkas, tapi serius sangat menyelerakan. Anda patut mencubanya sendiri.

Pada mulanya bila tengok kedai macam was-was juga, sedap ke. Tapi betullah kata pepatah 'Jangan menilai sesuatu hanya dari luaran sahaja'. Bila dah masuk dalam kedai ni, memang rambang mata dengan pelbagai lauk yang ada dan paling penting sedap, makan sehingga pinggan licin oiii. Haha. Harga pula, berpatutan. Kami bertiga makan tadi kena RM34.80 termasuk air. Oklah kan, 

Maaflah tak sempat nak tangkap banyak lagi gambar, sibuk menjaga anak dan terkedu tengok lauk yang macam-macam jenis tu. Haha. Makan macam-macam ni balik nanti kita telan alfalfa dan herb-lax pulak tau, buang lelemak yang tidak diperlukan dan buang toksin dalam badan. Baru kekal sihat kan, inshallah. Mudah-mudahan.

Anda tahu restoran sedap di area kedah?
Cuba komen...mai cek nak pi rasa sat.

No comments:

Post a Comment