Pages

Monday, 8 September 2014

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi

Sakit gigi membuatkan diri kita serba tak kena dan mudah marah. Bagi menghilangkan kesakitan ini, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Boleh juga ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam.

Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Petua lain dengan menggunakan sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Inshaallah sakit gigi anda cepat hilang.

Sumber : Petua Aneka Majalah Wanita.

No comments:

Post a Comment