Pages

Friday, 5 September 2014

Tips untuk Mama. Wajib baca!

Selepas melahirkan anak, kebanyakan ibu berasa kurang selesa dengan keadaan payudara yang tidak seperti dulu. Namun, demi keinginan yang tinggi untuk menyusukan bayi, ibu ketepikan perasaan tersebut.

Bagaimanapun ibu perlu mengambil berat tentang aset penting yang membekalkan khasiat untuk bayi tersayang. Untuk mengekalkan bentuk payudara tetap mantap ketika menyusukan bayi, latihlah otot-otot penyokong payudara serta lengan dan bahu ibu. Latihan secara rutin dapat membuatkan payudara berfungsi lebih baik.

*Menolak dinding. Berdiri dalam kedudukan menolak dinding dengan tangan lurus dan kaki terbuka sejauh satu paha antara satu sama lain. Condongkan badan ke depan perlahan-lahan sambil memeluk siku sehingga mencium dinding. Tolak badan anda ke posisi asal secara perlahan. Ulang latihan ini minimum 10 kali. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda mencondongkan badan ke arah dinding dan hembus perlahan-lahan apabila mengangkat badan.

*Mengepalkan tangan. Duduk bersilang kaki dengan keadaan punggung lurus, kepal sebelah tangan dan satu tangan menekapnya. Tolak satu sama lain sehingga anda merasakan regangan pada otot dada. Ganti tangan sebelah lagi dan ulang pada sisi yang lain. Ulang sehingga lima kali pada setiap lengan.

*Membuat pusingan kecil. Berdiri tegak dengan kaki terbuka berjarak satu bahu dan kedua lengan direntangkan ke tepi setinggi bahu. Lemparkan lengan ke belakang, buat pusingan penuh ke arah belakang sebanyak lima kali. Ulang ke arah berlawanan sebanyak lima kali pula.

*Tekanan tangan. Duduk bersilang kaki dengan kedua tangan terlipat di depan badan setinggi bahu. Tekan kedua tangan satu sama lain sekuat mungkin. Kemudian lepaskan dan rasakan otot-otot pada bahagian tepi badan meregang, ulang sampi 10 kali. 

No comments:

Post a Comment