Pages

Wednesday, 8 October 2014

Cuci Kereta, Kekal Berkilat Tahan Lama

Kekalkan Kilatan Pada Kereta Anda Selepas Cucian

Selalu petang-petang saya ajak anak sapu sampah di laman rumah. Tapi untuk hari ini saya ajak anak mencuci kereta pula. Sebenarnya tak ajak pon, tapi biasalah anakku sorang tu mana boleh duduk diam tanpa 'membantu' kan. Hehe. Bak kata peribahasa 'Pengajaran pertama anak adalah bermula dari rumah'. Oleh yang demikian saya memang selalu ajak anak bersama-sama untuk buat sesuatu aktiviti untuk proses pembelajaran dia.

Dengan mood yang agak rajin hari ini, rasa nak menyental kereta tersayang sekejap. Maklumlah, selalu harap suami je cuci sendiri ataupun hantar kedai basuh kereta. Ala anda pon mesti lebih kurang juga kan, *wink...kenyit mata sebelah. Tapi hari ini kita mandikan 'Encik Tom's' dengan Basic H Shaklee sebab dia pon dah lama tak 'berendam'. hehe.

Dulu kalau basuh kereta tak pernah kisah pon apa jenis sabun, belasah je guna. Waktu tu kalau lagi banyak buih lagi seronok dan adakala waktunya basuh kereta guna shampoo rambut okay! Semua gara-gara nak buih sabun banyak. Haha. Aku yang dulu bukan yang sekarang bak tajuk lagu penyanyi kecil Indonesia, Tegar.

Kalau sekarang, saya gunakan Basic H sahaja apabila nak mencuci atau mengilatkan kereta kesayangku. Yang penting, kandungannya tiada bahan kimia yang boleh melunturkan atau merosakkan cat kereta tau. Bahan yang terkandung dalam Basic H ini di ekstrak daripada bahan semulajadi seperti jagung dan kelapa.


Cuba lihat gambar di atas ini, kalau anda perasan tulisan disitu pon tulis Basic H2. Anda semua mesti pernah belajar sains kan, apakah itu h2? *winkk..kenyit mata sebelah. Lagi, dibawahnya pula terang lagi bersuluh tertera 'Organic Super Cleaning Concentrate'. Apakah maksud organic didalam bahasa malaysia, semulajadi kan. *winkk..wink..kenyit mata dua kali.

Fuhh, nampak tak di situ ketekunan diriku yang membasuh kereta menggunakan Basic H Shaklee ini. Gambar anak tak termasuk pula, padahal ada je dekat bawah tu sibuk main air Basic H dalam baldi tu. Cuci guna Basic H ni tiada buih sabun yang banyak tau, lepas tu kalau cuci kulit tangan kita masih lembut je tak jadi kering macam sesetengah produk sabun pencuci lain. 

Kenapa SAYA Pilih Basic H Shaklee

  • Bila kita membasuh kereta dengan anak menggunakan sabun lain-lain dipasaran, kalau anak main air sabun dalam baldi pastinya kita sangat risau takut tangan anak jadi menggelupas (bahan kimia yang tinggi dalam sabun memberi kesan pada kulit anak). Tetapi Basic H Shaklee diekstrak dari jagung dan kelapa.
  • Bahaya jika terkena mata sebab mengandungi pelbagai kandungan kimia. Manakala Basic H  Shaklee selamat dan semulajadi, tiada bahan kimia bahaya digunakan dalam kandunganya.
  • Basic H Shaklee tidak mengeringkan atau merengsakan kulit tapak tangan. Tapak tangan masih lembut selepas mencuci kereta. Sesuai sangat pada sesiapa yang ada masalah allergik pada sabun pencuci.
  • Basic H tidak melunturkan dan memudarkan cat kenderaan. Buktinya, dah berkali-kali saya mencuci kereta menggunakan basic H sejak awal guna dulu. Adalah setahun lebih dah jadi pengguna Basic H ini.
  • Setiap kali cuci kereta guna Basic H, pasti ramai yang tegur baru cat kereta atau baru beli kereta ke. Hehe. Ini cerita betul tau.
  • Paling seronok, kereta kita nampak berkilat lebih lama. Walaupun dah guna kereta tiga minggu selepas dibasuh dan ada habuk sikit, kilatannya masih terserlah.



Okay, inilah hasil cucian saya untuk hari ini. Tunggu suami balik kerja untuk buat 'quality control', cukup bersih dan berkilat tak hasil cucian tangan isteri tercinta ini. Acewahhh...






Amacam cukup kilat tak. *winkk...kenyit mata sebelah

Nak kereta power dan berkilat macam ni?
Bertukarlah guna pencuci semulajadi Basic H Shaklee sekarang!



No comments:

Post a Comment