SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday, 11 November 2014

Cara Bancuh ESP Shaklee

Walaupun cuaca negara yang agak tidak menentu, yang sentiasa hujan membasahi bumi dan adakalanya panas terik. Saban malam pula boleh dikatakan sentiasa hujan hingga awal pagi. Namun tidak memudarkan hasrat hati untuk mencuba resepi bancuhan ESP Shaklee yang baru ini.

Selalu biasa tekak ni teringin nak minum coconut shake, tapi beberapa hari sudah saya telah pon modified resepi coconut shake menjadi resepi baru dan menyamankan yang diberi nama, Ice Vanilla ESP Blended . Kalah coconut shake pantai klebang yang famous kat Melaka nun. Hehehe.

Ice Vanilla ESP Blended

Bahan yang diperlukan:

Ais batu
Ais krim vanilla
1 scoop ESP Shaklee
1/2 - 1 cawan Air masak

Kisarkan semua bahan ini dengan alat pengisar. Kisar sehingga halus. Lebih kurang 3-5 minit, bergantung kepada mesin pengisar anda ;)





Jom cuba, pasti bertambah!

Saturday, 8 November 2014

Legakan Senggugut Secara Alami, Tanpa Ubat Tahan Sakit

Woman with stomach ache


Beberapa hari yang lepas, sedang bersembang rancak dalam secret group bisnes kami, seorang pengguna supplemen shaklee berkongsi kisahnya, yang kini beliau tidak lagi mengharapkan ubatan seperti Synflex apabila mengalami masalah sengugut.

Hal ini, turut diakui oleh beberapa pengguna lain yang turut berkongsi pendapat mereka mengenai kesan yang dialami oleh mereka semenjak mengamalkan produk shaklee. Ternyata merubah kehidupan mereka menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan, lebih-lebih lagi oleh ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu berpantang kerana berkongsi nutrisi yang sama dengan anak kecil mereka.


Senggugut, Normal atau Abnormal?

Purata 1/3 wanita muda sejak awal akil baligh menunjukkan simptom senggugut. Ia adalah normal jika tidak disusuli dengan tanda sakit yang berlebihan tetapi dikhuatiri ianya juga merupakan simptom kepada penyakit-penyakit wanita lain seperti fibroid atau endometris dan lain-lain.

Tips Mengatasi Senggugut

Senggugut selalunya dialami oleh sesetengah wanita ketika didatangi haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Senggugut boleh mengakibatkan hilang tumpuan sewaktu melakukan aktiviti atau pekerjaan dan sememangnya menganggu emosi wanita jika sakit berlanjutan hingga sukar dikekang kesakitannya. Antara beberapa petua melegakan senggugut ketika haid :
  • Minum air masak banyak
  • Elak minuman berkafein
  • Tuam dibahagian abdomen untuk melegakan kesakitan
  • Bersenam
  • Minum air halia
  • Banyak mengambil makanan dan minuman tenusu ketika haid

Perlukah Vitamin Ketika Haid?

Tidak perlu! Ya, anda tidak perlu ambil vitamin atau makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh, jika anda boleh mendapat secukupnya dari pemakanan seharian anda. Tapi, sejauh mana makanan yang anda makan itu dapat membekalkan kesemua nutrisi yang diperlukan tanpa terjejas setelah dimasak, direbus atau dibasuh?

Makanya, disini pentingnya makanan tambahan supaya dapat membekalkan nutrisi yang sewajarnya kepada anda. Tahukah anda, ketika seseorang wanita itu mengalami waktu haid, mengandung, menyusukan sebenarnya dia telah kehilangan banyak kalsium dalam badan. Tetapi berapa ramai yang konsisten mengambil susu setiap hari, bagaimana pula dengan orang yang tidak boleh minum susu? Jawapan saya, anda boleh cuba amalkan Ostematrix Shaklee yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium untuk penyerapan kalsium secara optimum.


Testimoni Hilangkan Senggugut Dengan Ostematrix :


Testimoni 1 :

Rahsia bagaimana cara Pn.Maria mengatasi masalah senggugut 
yang diibaratkannya sama seperti sakit kontraksi bersalin !

Ketahui caranya, pulih tanpa perlu Pain Killer untuk menahan kesakitan.


Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK
Testimoni 2 :

Testimoni 3 :


Testimoni 4 :



Tidak salah jika anda membuat pilihan untuk kekal sihat bersama saya dengan cara semulajadi. Kerana pastinya dengan pil atau ubat tahan sakit yang anda ambil selama ini hanyalah bersifat 'sementara'. Anda makan, hilang kesakitan dan bulan seterusnya kena makan lagi dan lagi. Malah memudaratkan diri anda jika diambil dalam tempoh berterusan.

Tetapi ia amat berlainan sekali dengan vitamin shaklee yang telah hampir 100 tahun dalam pasaran dengan membuat pelbagai kajian saintifik terhadap produknya, malah bahan yang digunakan adalah semulajadi. Pastinya ia tidak memberi tindak balas yang memudaratkan diri. Inshaallah.

ostematrix shaklee kalsium lengkap vitamin D magnesium


 Saya Nak Order Ostematrix shaklee


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda ingin menikmati diskaun sehingga 20% ?

Daftarlah sebagai ahli shaklee sekarang!



-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hubungi saya untuk khidmat nasihat dan tempahan produk:

SHA | 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com
Instagram : @Vitamin_Station

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Wednesday, 5 November 2014

Rahsia Minyak Ikan Melawan Kolesterol Jahat

Makanan Bantu Cegah Strok

Kolesterol jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) berperanan besar dalam meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Bahkan, menurut Persatuan Jantung Amerika Syarikat, kadar LDL memberikan kesan lebih teruk kepada tubuh jika dibandingkan dengan kadar kolesterol secara keseluruhan. Kadar LDL yang optimum adalah bawah 100 miligram per desiliter. Bagi memastikan kadarnya tetap dibawah paras tersebut, seseorang perlu mengamalkan aktiviti fizikal secara teratur.

Selain itu, ia juga boleh diperoleh dengan menerapkan pola pemakanan yang sihat. Empat makanan yang dikatakan mampu menurunkan kadar LDL dengan cepat ialah bawang putih, kacang, ikan dan makanan kaya serat seperti bijirin oat.

Mengawal Kolesterol dengan Minyak Ikan Shaklee

Bawang putih dapat mencegah pengerasan arteri berpunca daripada pembentukan plak ekoran peningkatan penentangan terhadap proses pengoksidaan LDL. Makanan kaya serat berupaya mengikat kolesterol secara efektif dan mengeluarkannya melalui sistem pencernaan sebelum ia masuk ke saluran darah. Manakala, kekacang dan ikan pula mengandungi asid lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan kardiovaskular


Asid lemak omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

Antara manfaat utama asid lemak omega-3 shaklee adalah mencegah penyakit saluran darah dan strok. Kandungan DHA dan EPA didalamnya boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.

Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindarkan pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infartion dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Testimoni Pengguna Omega Guard Shaklee :





Bagaimana?
Anda berminat untuk mencuba dan mengatasi 
masalah tahap kolesterol yang semakin tinggi ?

Dapatkan sekarang.

Istimewa untuk anda, hanya untuk bulan November 2014 shaklee menawarkan promosi diskaun sebanyak 5% bagi pembelian 2 botol OmegaGuard Shaklee ini.


Dapatkan Segera Promosi Masa Terhad Ini !


I'm Your Shaklee Independent Distributor
Pengedar Sah Shaklee Changlun-Jitra (Kubang Pasu)

sha 012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Sunday, 2 November 2014

Kelebihan Alahan dan Mabuk Hamil Untuk Ibu Mengandung

Alahan (Morning Sickness) Tunjuk Tahap Kesihatan Ibu Hamil?



Kebanyakan ibu mengandung, terutamanya pada trimester pertama dan kedua akan mengalami masalah mabuk hamil dan alahan seperti selalu mual, loya atau muntah-muntah. Namun ada juga sebilangan kecil, para suami yang tempias kena alahan ini. Malah mereka yang lebih mengidam untuk makan macam-macam berbanding si ibu mengandung.

Bagi ibu mengandung yang mengalami masalah alahan di awal kehamilan ini boleh baca entry saya berkenaan tips dan cara mengatasi alahan ketika hamil. Untuk kali ini saya ingin mengupas mengenai kelebihan mabuk hamil atau alami alahan ketika kehamilan.

Kelebihan Alahan Ketika Mengandung :


  1. Mengurangkan risiko keguguran kerana banyak kajian menunjukkan risiko keguguram adalah rendah pada ibu yang mengalami muntah-muntah dan mual semasa hamil.
  2. Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang atau bayi tidak cukup bulan.
  3. Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  4. Hormon Hcg semasa hamil akan meningkat dan ianya dipercayai menyebabkan rasa mual pada ibu namun ianya baik kerana hormon yang tinggi akan melindungi bayi di dalam kandungan anda.
  5. Apabila ibu mengalami mual-mual atau muntah, ini menyebabkan ibu tidak mengambil makanan yang tidak sesuai pada peringkat awal kehamilan, secara tidak langsung menjauhkan ibu dari mengambil makanan yang membahayakan kandungan.
  6. Ukuran plasenta bertambah. Bila ibu mengalami muntah-muntah, pertambahan berat badan ibu tidak naik mendadak. Dengan ini memberi ruang kepada plasenta menambah ukurannya. Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...