SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 30 December 2015

Pengalaman Hantar Anak ke Tadika

Minggu-minggu terakhir sebelum 2015 menutup tirai, rasanya keadaan di rumah agak sibuk dari kebiasaan. Kebetulan suami pula tidak dapat cuti,kerana dalam mode stanby, maka hasrat hati untuk pergi melancong terpaksa dipendam dahulu.

Tahun 2016, si kakak akan memulakan sesi persekolahan. Saya risau juga andai dia tak dapat nak menyesuaikan diri. Maklumlah, saya bekerja dari rumah. Jadi banyak masa dan kehidupannya hanya bersama saya dan ahli keluarga.

Nasib baik pihak Tadika yang kami pilih baik hati memberikan tempoh percubaan selama tiga hari. Sekurang-kurangnya dia boleh biasakan diri dengan cikgu dan kawan-kawan sebelum mula persekolahan tahun depan.

Hari pertama, si kakak nampak teruja nak pergi sekolah. Bila sampai depan pintu tadika lain jadinya, si kakak buat drama air mata. Fuh! Waktu tu kesian pun ada. Hati seorang ibu yang kandung dan melahirkan dia pasti sedikit sebanyak tersentuh hati bila lihat keadaan dia macam tu. Ishkk mama ni pon. Haha!

Rasa hiba tu ada tapi hati mama pon kena kental juga tau. Kemudian saya pon tinggal kan dia dengan cikgu dan kawan-kawan baru. Saya tak tunggu sebab saya tau dia macam mana, menangis kejap aja. Cuma kalau berlarutan saya minta cikgu telefon saya.

Sesi persekolahan si kakak hanya separuh hari. Tengah hari tu saya ambil dia, nampak dia seronok main dengan kawan-kawan.

Hari kedua, pagi hari lagi nampak keterujaan dia nak pergi sekolah. Mungkin dia rasa seronok dapat kawan baru. Mama pon rasa lega kalau anak seronok nak pergi sekolah. Cuma hari ini, dia dah tak bawak botol susu. Minum siap-siap di rumah, sebab semalam bawa langsung tak terusik. Seronok bermain agaknya.

Ingatkan pagi ni tak ada la lagi adegan air mata, rupanya sangkaan mama tersilap. Haha.

Hari ketiga, pagi ini banyak betul akal dia bila kita ajak pergi sekolah. Mula-mula nak suruh grandma hantar, lepas tu nak walid pula... anak oohh anak.

Akhirnya, Walid yang pergi hantar kakak sekolah. Sementara mama di rumah sibuk menguruskan si adik yang kurang sihat.

10 minit kemudian. Keluar berdua, balik pon berdua! HAHA.
kesimpulannya hari ketiga si kakak tak pergi sekolah.

Sementara nak serasi, sabar je lah melayan karenah si kakak yang mungkin bakal menangis setiap pagi. Doa saja yang baik-baik untuk anak :)

Wednesday 23 December 2015

4 Langkah Mudah Buang Kulit Mati dengan Skrub Herba

Esok cuti ! Yeahhh

Waktu untuk ibu bapa berehat panjang sedikit bersama anak-anak. Mesti ramai yang merancang untuk meluangkan masa dan buat pelbagai aktiviti dengan ahli keluarga sebelum sesi persekolahan Tahun 2016 bermula.

Tapi sebelum itu, jom malam ni kita sental kulit mati, daki dan kecutkan jerawat yang ada. Esok nak berjalan biarlah muka nampak lebih segar dan lebih flawless.

Nak ke spa tak sempat, tips ni boleh saja buat sendiri di rumah, sambil-sambil tengok televisyen dan lipat kain tu kan. Bahan pon saya gunakan apa yang ada dirumah. Tak perlu nak petik-petik daun kat luar rumah, tak perlu nak bersiap ke spa. Hanya di rumah.


skrub


Bahan-Bahan:

  • 5 Biji Alfalfa
  • Madu



Cara cara:

  1. Biji alfalfa ditumbuk halus sedikit
  2. Gaulkan serbuk alfalfa dengan satu sudu madu
  3. Setelah adunan sudah rata, boleh ambil dan gosokan di muka anda
  4. Biarkan sehingga kering kemudian bilas


So macam mana, mudah dan senang sangat kan tips ni.
Pasti anda terasa kulit wajah anda lebih ringan dan lebih segar berbanding sebelum ni.
Jangan lupa, cuba tips yang saya kongsikan ni tau :)

Wednesday 16 December 2015

Tips Mudah Bersalin Normal




Tips Mudah Melahirkan Anak Secara Normal.


Semakin hampir dengan tarikh dijangka bersalin, bakal ibu dan bapa pastinya rasa tak sabar dan teruja untuk menyambut kelahiran 'orang baru' dalam keluarga. Dalam keriangan itu, pastinya emosi si Ibu juga sedikit gemuruh untuk menghadapi saat-saat kontraksi dan kelahiran tersebut.

Ada banyak petua yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil untuk memudahkan proses bersalin. Antaranya ibu hamil boleh amalkan tips yang saya kongsikan ini:

Petua Mudah Bersalin Normal
gambar: google


Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Ada sesetengah orang tua kata minum air kelapa, nanti anak lahir bersih. Wallahualam.

Makan kurma
Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan memakan kurma. Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Ia juga berperanan membekalkan tenaga ketika ibu sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.

Telur Ayam
Untuk memudahkan bersalin, ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentag setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. Inshaallah proses kelahiran menjadi mudah.

Minyak kelapa dara
Amalkan minum satu sudu minyak kelapa dara setiap hari.

Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Lendir yang ada pada bendi dipercayai dapat memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika melahirkan. Sebelum makan, pastikan ia direbus terlebih dahulu ya.

Klik untuk lebih info dan petua melahirkan bayi dengan mudah


Sepanjang saya mengandungkan anak pertama dan kedua, saya memang mengamalkan petua ini kecuali makan telur ayam kampung tu. Rasa tak lalu pulak kalau nak kena telan mentah-mentah macam tu. Kalau awak rasa lalu nak telan, apa salahnya cuba, boleh kongsikan apa rasanya nanti ;)

Selain saya amalkan petua untuk memudahkan proses kelahiran ini, saya juga turut amalkan pengambilan vitamin ketika hamil. Itu antara usaha saya bagi memastikan anak yang saya kandungan ini sihat dan sempurna. Selebihnya itu urusan Allah taala.
comelnya baby....
sumber: google

Malah sebelum saya melahirkan anak kedua, saya masih sempat membancuh ESP Shaklee untuk diminum agar saya tidak kelaparan di dalam wad bersalin (labour room) dan sekaligus ianya dapat berikan saya tenaga segera dan kudrat untuk 'berjuang' dalam melahirkan seorang lagi khalifah Allah.

Hasilnya, tak sampai 15 minit saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki. Alhamdulillah.

Wednesday 9 December 2015

4 Petua Tradisional Hilangkan Ruam pada Muka dan Kulit Bayi

Cara Menghilangkan Masalah Ruam pada Muka dan Kulit Bayi Anda





Ramai ibu bapa yang berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu, leher, punggung dan anggota yang lain. Kulit bayi terutamanya bayi yang baru lahir sangat sensitif pada persekitaran mereka.

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman seorang ibu yang nak mengatasi masalah ekzema anaknya. Kali ini saya ingin berkongsi pula petua menghilangkan masalah ruam di muka dan kulit bayi yang mungkin terjadi disebabkan oleh ruam panas, ruam susu atau ruam lampin.



Ruam yang terjadi akan menyebabkan bayi anda merasa kurang selesa. Malah ada kalanya sangat mengganggu emosi mereka kerana terpaksa menahan gatal dan pedih terutamanya jika terjadi ruam di bahagian muka dan punggung. 

Cara mudah hilangkan ruam bayi


Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bermasalah ruam di bahagian pipi, dinasihatkan agar membersihkan dan mengelap bahagian muka atau pipi bayi dengan kain lembap selepas menyusu untuk mengelakkan terjadinya ruam susu atau kurap susu.

Selain itu, beberapa petua tradisional yang saya dapat hasil dari pembacaan dan perkongsian pengalaman rakan ibu yang lain untuk hilangkan ruam pada muka bayi. Bolehlah cuba, mana tahu berkesan untuk anak anda.
  • Ambil kelapa yang sudah diparut. Letak dalam kain dan gosokkan atau tuam pada bahagian ruam.
  • Ada juga yang berpendapat, air liur ibu mujarab untuk mengatasi masalah ruam susu ini. Ibu perlu jilat bahagian yang terkena ruam itu dan biarkan sehingga kering. Kemudian lap la yer air liur tu..hihi
  • Gunakan minyak kelapa dara, sapukan pada bahagian ruam.
  • Sapukan bedak sejuk atau boleh gunakan tepung ubi dan letakkan di tempat ruam.

AMARAN: Saya tidak pernah amalkan petua ini jadi saya tidak pasti tahap keberkesanannya. Apa yang saya kongsikan adalah dari pengalaman ibu-ibu lain.

Tak salah nak cuba, tapi pendapat saya buat apa nak susah-susah dan ambil risiko dengan menyapu air liur atau lipstik pada tempat ruam. Kulit bayi sensitif, air liur kita ni ada bakteria dan lipstik tu dibuat dari bahan yang kita sendiri pon tak pasti.

Alhamdulillah...anak-anak saya tak pernah kena ruam yang terlalu teruk. Paling tidak pon hanya kena ruam lampin mungkin disebabkan tak sesuai dengan pampers tersebut atau terlambat tukar. Jika anak saya kena ruam, saya cuma sapukan krim herbal blend saja. Inshaallah dua tiga hari kemudian semakin pulih. Bukan ruam je saya sapu krim tu, kena gigit nyamuk, gatal-gatal, naik bintik merah, luka, kulit kering dan anak kena air panas pon saya guna krim shaklee ni je.

cara rawat atau hilangkan ruam susu lampin bayi dengan cepat dan selamat


Kalau korang nak tau bukan anak je pakai krim shaklee ni, mama dan papa dorang pon tumpang sekaki sekali.. Opsss! Haha. Maklumlah pengalaman mengandung anak kedua kena alahan gatal-gatal habis satu badan.

Lagipon guna krim ni senang je nak bawak pergi mana-mana. Standby dalam handbag atau beg diapers anak je. Kalau guna cara tradisional tu takkan la nak usung tepung ubi tu sana sini kan. Haha. Mama tak rajin yer ^__^

Lotion Herbal Blend untuk hilangkan ruam di muka dan kulit bayi

Krim Herbal Blend ini turut mendapat jolokan nama sebagai krim ajaib kerana fungsinya boleh digunakan untuk semua masalah luaran berkaitan kulit dan berkesan. Sejak anak-anak saya lahir tidak pernah saya sapukan mereka dengan krim lain kerana bimbang mengandungi steroid.

Tahu tak krim yang mengandungi steroid memang berkesan tetapi ada yang beri kesan sehingga menipiskan kulit bayi. Jika ada pilihan yang lebih baik dan lebih selamat, kenapa kita tak cuba kan ^__^

Nak tahu apa yang best sangat krim herbal blend ni?

  • Bau yang best, fresh dan bau menthol... tak bau macam ubat hospital atau wangian yang berlebihan. 
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit jadi lembut dan rasa lembap je, tapi bukan rasa berminyak ye.
  • Satu tiub tahan agak lama juga. Selalunya saya guna beberapa bulan. Ada juga yang pakai sampai setahun! Haha. Konsepnya, banyak awak picit dan guna cepat la habis. Tapi kalau sapu siki-sikit tu inshaallah bertahan la 4-5 bulan. Kalau tak pernah guna, makanya tak habi-habis la yer... (gurau je. hehe)
  • Ada ujian klinikal. Apa yang awak baca pasal krim Herbal Blend ini bukan hanya testimoni ye, tapi Shaklee telah pon menguji tahap keberkesanannya.
  • Berkesan. So far sepanjang saya menggunakan krim shaklee ni memang berkesan. Walaupun bukan krim ajaib, sapu..sapu terus hilang. Tapi sekurangnya tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang sebab tidak menipiskan kulit yer.
  • Free Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya. Selamatlah untuk anak-anak anda terutama yang masih bayi tu kan, sebab kandungannya dari bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary.

Krim shaklee ni sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan tau. Kalau tak percaya bacalah sendiri feedback ibubapa yang sangat berpuas hati dengan Shaklee Herbal Blend.

Okeylah kakak takmau cakap banyak. Benda bagus untuk anak-anak memang kena share dan sebab krim ni sangat banyak permintaannya, kerap sangat sold out. Sementara masih ada stok, cubalah sekarang. Memang tak rugi, percayalah.

Belian secara online guna kad debit atau kredit, klik: Krim Herbal Blend.

Atau boleh whatsapp 012-9362692. Penghantaran seluruh Malaysia dan perkhidmatan COD available bagi kawasan Changlun, Universiti Utara Malaysia (UUM), Jitra, Alor Setar, Sungai Petani dan Arau.

Wednesday 2 December 2015

Rahsia Badan Bertenaga di Usia Emas

Kebanyakan orang tidak menagamalkan pemakanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.

Oleh itu, mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit, letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sakit sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.

Berikut adalah cadangan tambahan zat, supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.

1. Ambil sekurang-kurangnya 2 vitamin anti-oksidan.

Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh, penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.

Memakan buah dan syuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secekupnya tetapi vitamin E sukar diperolehi dari makanan harian dengan cukup.

2. Tambah kalsium setiap hari

Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamanya untuk perempuan.

Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.

3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.

Folate 400ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.

4. Umur tua dan kurang makanan seimbang

Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.

Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C, D, B6, B12 dan Folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink, Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makananya.

5. Lain-lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan), yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambah vitamin B12), yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement, vitamin dan mineral.

Wednesday 8 July 2015

Iftar di Restoran Hotmas Sungai Petani

Sepanjang bulan Ramadhan bagi 1436H, semalam merupakan kali pertama kami sekeluarga berbuka puasa di luar. Kebiasaannya memang akan berbuka dirumah saja, nak ke bazar ramadhan pon rasa malas. Tapi adalah jugak menjengah apa yang menarik di bazar. Namun, semuanya macam tidak kena dengan selera.

Sebenarnya bukan nak bercerita kisah bazar ramadhan, tapi puasa tahun ni merupakan tahun kedua berturut-turut sambut ulang tahun kelahiran dalam bulan Ramadhan. Jika tahun lepas, celebrate birthday dan berbukak puasa di Menara Alor Setar, tahun ini sekali lagi saya diberikan kesempatan menyambut ulangtahun kelahiran didalam bulan yang penuh keberkatan ini. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, juga masih memberikan pinjaman oksigen untuk terus bernafas sehingga hari ini.

Jika tahun lepas, hanya saya, suami dan baby rayy. Tahun ini turut disambut bersama dengan mak, ayah dan adik-adik di Restoran Hotmas, Sungai Petani. Agak jauh sebenarnya jika saja-saja nak ke sini dari tempat saya, tapi alang-alang berbuka puasa disini boleh juga diteruskan dengan aktiviti mencari baju raya 2015.

Kami bernasib baik, waktu sampai di Sungai Petani dalam pukul 5.45 petang. Terus pergi ke restoran dan menempah makanan dan minuman untuk berbuka. Alhamdulillah masih ada lagi meja kosong, kebiasaannya kedai ni  selalu penuh. Hari-hari biasa pun memang selalu meja tak cukup. Pelanggan lebih dari bilangan kerusi dan meja yang ada. hehe. Owner kedai ni, ambil inisiatif membuka khemah di luar kedai dan menyediakan ruang tambahan untuk pelanggan berbuka, tak perlu rebut-rebut yer...hihihi

Antara menu special berbuka kami hari ini :)


chicken chop


Lamb Chop... favorite all time :)
Yang lain, antara pilihan hati ialah nasi goreng kambing dan nasi goreng qaseh. Tapi malangnya kedua-dua jenis nasi goreng ni tak sempat nak 'selfie'..hehe.

Dah puas bersantap, maka kami pon meneruskan perjalanan ke butik pakaian untuk mencari baju raya.

selfie dulu :)

Saturday 4 July 2015

Petua Mencegah Bayi Demam Kuning (Jaundis)






Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan uang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.


Namun, jika bacaannya terlalu tinggi, maka perlu segera dapatkan rawatan di hospital, antara rawatan yang mungkin disarankan oleh doktor adalah seperti kaedah fototerapi. Terdapat juga kaedah lain dapat merawat masalah demam kuning pada bayi anda, ianya bergantung kepada tahap bacaan bilirubin dan saranan oleh doktor pakar.


Tetapi, ada juga yang berpendapat bahawa demam kuning ini boleh dicegah sedari dalam kandungan lagi. Antara petua yang selalu dikongsi yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mencegah jaundis adalah seperti :

  • Mengamalkan minum susu kambing setiap hari, boleh diambil semasa sarapan atau sebelum tidur.
  • Mengamalkan makan buahan seperti buah delima.
  • Makan 3 sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu masu setiap hari.
  • Jadikan buah kurma sebagai sarapan setiap hari.
  • Minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin.

Selain daripada petua yang dikongsi ini, ibu hamil juga boleh mencuba set vitamin ibu hamil shaklee untuk membantu mencegah demam kuning juga, macam yang diperkatakan oleh mereka ini :





Apa-apa pun, ini adalah sebahagian daripada ikhtiar kita dalam mencegah demam kuning pada anak yang bakal dilahirkan nanti. Tidak ada salahnya mencuba petua yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat untuk semua ibu-ibu :)

nota kaki: pernah rasa berpisah dengan anak selepas beberapa hari bersalin sebab masalah jaundis ni. sedih sangat rasa hati tu. so kali ni harap sangat tiada masalah jaundis yang tinggi sehingga kena buat rawatan fototerapi di hospital.


Wednesday 1 July 2015

Zinc Bantu Sembuhkan Luka Bersalin atau Pembedahan dengan Cepat

Sejak saya berkecimpung dalam dunia makanan tambahan ni, semakin luas pergaulan saya dengan rakan-rakan sosial terutamanya team susur galur kami. Dengan pelbagai latar belakang, sedikit sebanyak kami dapat berkongsi info mengenai apa jua terutamanya bidang kesihatan dan keibubapaan.

Antara yang menjadi topik yang pernah dibualkan kami adalah berkenaan penjagaan selepas bersalin terutamanya ibu yang melahirkan bayi menggunakan kaedah pembedahan. Saya bersalinkan baby rayy secara normal, jadi bila kawan-kawan memperkata tentang luka pembedahan ni saya memang kurang arif. Tapi bagaimanapun saya tertarik dengan seorang rakan yang juga seorang doktor perubatan bahawa, elakkan mengambil pati ikan haruan.

Kenapa?

Beliau kata, memang luka seperti cepat sembuh tetapi hakikatnya luka yang sembuh itu hanya dibahagian luar dan tidak dibahagian lapisan dalam. Ternyata rakan-rakan yang berpengalaman bersalin pembedahan (ceaser) bersetuju.

Sewaktu saya berpantang 3 tahun lepas, saya ada juga mengamalkan makan sup ikan haruan dan mengambil pati ikan haruan tetapi itupun setelah hampir sebulan bersalin. Namun, saya tidaklah gusar sangat mengenai luka bersalin tu kerana dengan izin Allah luka saya tidaklah banyak ataupun teruk dan saya juga turut mengamalkan set berpantang shaklee yang mengandungi vitamin seperti zinc, protein dan vitamin c yang sangat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

Rebut Peluang Dapatkan Emas Secara PERCUMA

Semalam baru selesai closing untuk bulan jun.
Hari ni dah masuk bulan Julai. Bulan kelahiranku..hehehe.
happy birthday to me ^_^

gambar: birthdaycakemster.com

Bukan setakat bulan kelahiranku, tapi bulan Julai juga bermakna untuk diri ini yang berjaya naik rank pada bulan ini juga. Hehe..kenangan yang tak boleh dilupakan, bagaimana kuat dan gigih untuk mencapai tahap ni.

Ok, itu kisah Julai yang lepas. Kali ni saya nak berkongsi pula kisah permulaan Julai bagi tahun 2015 ni. Hah...nak dijadikan cerita, super upline saya merangkap atuk dan nenek la dalam susur galur keluarga Shaklee ni ada buat tawaran meleleh baq hang... memang sangat rugi kalau tak rebut peluang ni. Tak perlu labur modal ratusan atau ribuan ringgit tetapi hanya perlukan komitmen dan usaha gigih je dan hadiahnya berupa EMAS! *bllinkk blinnkk



gambar sekadar hiasan..hihi

gambar: kedaiemasnazman.blogspot.com

Fuh! Gila tak suka...paling koman pon nilai emas sekarang RM160 segram kan. Oklah tu orang nak bagi percuma. Rebut saja peluang yang ada, apa salahnya mencuba nasib kan. hehehe. kawan-kawan tolong doakan saya yer, mana tau rezeki baby dalam perut ni.Amin ^_^


Wednesday 6 May 2015

WordlessWednesday #7 : Bahagia Fokus Perkara Baik





MILIKI aura positif dan lebih sihat dengan hanya fokus tentang perkara baik-baik sahaja.

Tuesday 5 May 2015

Keputihan Semasa Mengandung Mengundang Risiko Kematian Bayi


Keputihan semasa mengandung berisiko menyebabkan kematian pada bayi


Keputihan masalah biasa wanita, namun adakah ia juga akan normal bagi ibu hamil. Sebarang masalah yang dihadapi oleh ibu mengandung harus dipantau dan diperiksa segera, dengan ini rawatan segera boleh diambil setelah mengesan perubahan yang tidak normal berlaku.

Keputihan Normal

Perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil tidak mengecualikan mereka menghadapi masalah keputihan atau leukorrhea, iaitu lelehan keputihan yang nipis dan kurang berbau dari vagina. Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu dibimbangkan. Hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan merangsang selaput lendir badan (leukorrhea) semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.




Keputihan Tidak Normal

Namun begitu, masalah keputihan ketika hamil boleh juga menjadi tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan disertai kemerahan dan kegatalan. Ia mungkin jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung seperti candidiasis, juga dikenali sebagai jangkitan yis. Jangkitan ini mudah dirawat. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal disebabkan oleh penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease).


Tanda Ibu Hamil Mengalami Keputihan
  • Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • Gatal, sakit atau warna kemerah-merahan didalam atau sekeliling faraj atau punggung
  • Sakit apabila bersama suami
  • Sakit semasa membuang air kecil

Rawatan Pencegahan Yang Boleh Dilakukan 


  1. Doktor akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulit yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna.
  2. Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan disekeliling faraj.
  3. Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  4. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mengandungi pewangi.
  5. Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  6. Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.

PERINGATAN: Perlu diingat, keputihan pada faraj ini berkemungkinan adalahjangkitan kulat dan boleh menyebabkan kegatalan. Jangkitan bakteria ini juga berisiko menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. Penggunaan krim untuk disapu pada faraj juga berisiko menyebabkan jangkitan fungal ini menjadi bertambah kronik.


Petua Tradisional Menghilangkan Keputihan

  • Basuh menggunakan air suam yang diletakkan garam. Elakkan mencuci menggunakan sabun atau feminin wash.
  • Basuh dengan air rebusan asam gelugor dan garam. (Juga bagus diamalkan selepas bersalin)
  • Amalkan minum air basuhan beras.
  • Rebus daun sireh dengan buah manjakani dan dibuat sebagai air mencuci.
  • Bersihkan dengan air rebusan sireh.

Selain amalan tradisional diatas, ibu mengandung juga boleh ikhtiar untuk menghilangkan keputihan dengan amalkan 2 biji Garlic Complex shaklee sehari.


Atasi Keputihan Dengan Garlic Complex Shaklee

Bagi wanita hamil, bawang putih boleh membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung. Selain itu, kajian daripada Universiti Maryland Medical Center, menunjukkan bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya seperti kulat dan virus.

Menurut kajian dari Universiti of Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

Jangan biarkan keputihan anda semakin teruk. Jadi tunggu apa lagi, jom tempah Garlic Complex anda sekarang.


Buat Pembelian Sekarang


atau boleh hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi atau COD :

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------



Thursday 30 April 2015

Tips Ibu Menyusu Dapatkan Semula Berat Badan Ideal Selepas Bersalin


PENDAPAT orang-orang tua, sewaktu berpantang adalah waktu yang ideal untuk menurunkan berat dan membentuk semula bentuk badan yang menarik. Tapi tak semua ibu berpantang yang mudah untuk dapatkan semula berat badan ideal. Bagi yang mengalaminya pasti tercari-cari petua dan tips untuk kurus dan mengempiskan perut selepas bersalin.



Ibu yang menyusukan anak turut tidak terkecuali memikirkan soal untuk menurunkan berat badan. Namun, persoalan yang selalu difikiran selamatkah berdiet ketika menyusu badan dan adakah pengeluaran susu boleh terganggu dek akibat berdiet ini?

Lebih mengujakan saya apabila melihat video ini, beliau turun 20kg selepas bersalin! Woww! Jom tengok apa yang beliau buat sampai boleh turun 20kg dan masa yang sama mampu untuk menyusukan anak dan jadi ibu susuan juga.



 
Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Fuhh! Mesti bertambah semangat kan para ibu yang nak kurus dan dalam masa yang sama menyusukan anak sepenuhnya selepas melihat perbezaan sebelum dan selepas video ini. Tak perlu ke pusat pelangsingan badan pon boleh kurus >_<

BAGAIMANA NAK KURUS SELEPAS BERSALIN?
  • Breastfeeding
  • Jangan tinggal breakfast 
  • Minum air masak yang banyak
  • Ambil lebih serat, sayuran dan buah-buahan
  • Amalkan pemakanan seimbang dan bernutrisi
  • Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak, makanan segera, kek dan minuman bergas.

Walaupun sukar mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya dengan berhati-hati dan secara perlahan-lahan. Biar lambat asalkan selamat ;)






CADANGAN SUPPLEMEN MEMBANTU IBU BERPANTANG DAN IBU MENYUSU DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL.


Selain dari mengambil set berpantang shaklee ketika berpantang, ibu juga boleh menambahkan Omega Guard Shaklee, Lecithin Shaklee, Alfalfa Complex Shaklee dan Energizing Soy Protein (ESP).


Set Kurus Shaklee untuk Ibu Menyusu
gambar : diaryofmuhammad.com



BAGAIMANA SET KURUS INI MEMBANTU IBU MENYUSU NAK TURUNKAN BERAT?

1) Lecithin membantu menguraikan lemak daripada makanan berlemak yang baru di makan, manakala OmegaGuard bertindak membakar lemak-lemak tepu yang sudah lama 'bersarang' dalam badan. Dengan kombinasi kedua-dua supplemen ini pastinya membantu badan kita daripada lemak yang berlebihan dan turut membantu dalam mengawal selera makan.

Selain bertindak sebagai pengurai lemak di dalam badan, OmegaGuard dan Lecithin juga membantu menguatkan daya ingatan dan dokus ibu dan anak kerana mengandungi DHA dan EPA yang bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi.

2) Alfalfa pula bertindak sebagai agen yang mengangkut keluar lemak-lemak yang telah diuraikan itu. Sekaligus membersihkan usus daripada segala toksin yang terperap dan juga sisa makanan yang termendap yang tidak dikeluarkan selama ini. 

Kandungan Alfalfa yang mengandungi fiber, turut membantu masalah sembelit dikalangan ibu menyusu. Membuatkan pembuangan lebih lancar. Pentingnya proses detox ini bertujuan bagi memastikan badan dapat menyerap nutrien dengan baik dan optimum.

3) ESP Shaklee merupakan minuman yang kaya dengan protein dan diperlukan untuk membina dan menjaga otot. Ketika proses detox badan anda, pengurangan inci mungkin berlaku dan jika ia tidak dikawal mungkin boleh menyebabkan kulit anda mengelebeh. Hal ini disebabkan tiada protein yang menjaga otot-otot anda sewaktu penurunan berat badan berlaku.

Selain itu, dengan pengambilan ESP juga dapat mengawal selera makan yang membuak-buak itu kerana ianya membuatkan rasa kenyang lebih lama.

TESTIMONI BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SIHAT DAN SELAMAT

Untuk dapatkan hasil yang terbaik dan pantas, saya cadangkan agar anda untuk set lengkap yang mengandungi :
  1. Lecithin
  2. OmegaGuard
  3. Alfalfa (s)
  4. ESP
Namun, jika anda mempunyai bajet yang lebih rendah, anda juga boleh mengambil set asas yang mengandungi lecithin dan alfalfa untuk bajet bawah RM200 atau set kurus terbaik yang mengandungi lecithin, alfalfa dan ESP dengan bajet kurang RM300 sebulan.

Anda berminat untuk dapatkan set kurus ibu menyusu ini? Dapatkan terus secara online disini :


Buat Pembelian Sekarang


atau boleh hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi atau COD :

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Wednesday 29 April 2015

WordlessWednesday #6 : Don't Give Up



sumber : google images


SEBAGAI seorang manusia, sudah pasti tidak lari dari jatuh bangun dalam kehidupan. Selain itu, dugaan dan ujian yang terpaksa diharungi adakalanya melemahkan semangat kita untuk terus berjuang. Bangkitlah, bangunlah semula semua rakanku. Jangan jadikan ia sebagai suatu yang melemahkan tetapi anggaplah ia sebagai sumber kekuatan untuk kita terus melangkah.

Don't Give Up !


Wednesday 22 April 2015

Anemia Semasa Hamil Meningkatkan Risiko Anak Pramatang dan Meninggal Dunia Selepas Dilahirkan



SEMASA mengandung, badan seorang wanita akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan dan bakal ibu mungkin menghidapi anemia.

Bakal ibu mudah merasa penat dan anak dalam kandungan mungkin akan jadi kecil dan dilahirkan sebelum waktunya. Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Fungsinya ialah membantu pembentukan hemoglobin (sel darah merah) yang bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan. Jika pengangkutan oksigen ini terganggu, maka fungsi organ dalam badan juga akan terganggu.


kesan kekurangan zat besi


Gejala dan Tanda-tanda Anemia :

  • Letih
  • Tidak bermaya
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Berdebar-debar
  • Sesak nafas
  • Kulit kelihatan pucat
  • Telinga berdengung

Kesan Anemia (kekurangan zat besi) Pada Ibu Mengandung dan Bayi dalam Kandungan


Anemia boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran. Kesan pada bayi pula boleh menyebabkan tumbesaran yang terbantut kerencatan perkembangan akal dan psikomotor.



Risiko kehamilan pramatang

Kepada ibu hamil, jangan ambil mudah kerana anemia boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Kekurangan zat besi, vitamin B12 dan folat  menjadi alasan utama berlakunya anemia. Ibu hamil memerlukan 30mg zat besi (iron) setiap hari kerana darah dalam badan boleh mencapai 50% lebih banyak semasa hamil.

Ibu hamil yang mengidapi anemia sering berasa letih dan lemah. Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya. Oleh itu, tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalam jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil. untuk mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah.

Risiko keguguran

Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakkan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke-13, manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang 20 minggu mengandung. Semasa keguguran, janin atau kandungan di dalam rahim boleh gagal untuk terus hidup.



Bolehkah Anemia (kekurangan iron zat besi) Dirawat?

Ibu yang mengidap anemia semasa hamil boleh meningkatkan pengambilan makanan seperti dibawah ini :

  1. Daging
  2. Brokoli
  3. Pisang
  4. Kekacang
  5. Hati ayam
  6. Bayam
  7. Kerang
  8. Telur
  9. Oat
  10. Buah delima
  11. Madu
  12. Kurma
  13. Kismis


Namun, adakah dengan mengambil semua jenis makanan yang disarankan ini, ibu hamil dapat zat besi (iron) yang mencukupi? Oleh yang demikian, untuk menggelakan anemia ibu hamil dapat diatasi adalah dengan tambah bekalan zat besi dalam diet.

Ibu hamil juga boleh menambah bekalan zat besi dalam diet dengan mengambil iron tablet atau multivitamin yang mengandungi zat besi.Malah kebiasaannya juga jika ibu mengandung buat pemeriksaan kesihatan di klinik, doktor akan membekalkan vitamin pranatal seperti  b complex, asid folik, vitamin c dan iron tablet. 

Bagi memastikan zat besi (iron tablet) dapat diserap dengan optimum dalam badan adalah dengan mengambilnya bersama sumber vitamin c. Tip terbaik, pastikan vitamin c dan zat besi adalah vitamin semulajadi, pilihan terbaik buat keluarga terutamanya untuk kesihatan ibu hamil dan bayi.


Cadangan Vitamin Shaklee untuk Ibu Hamil Atasi Masalah Anemia :

Ibu hamil yang tidak dapat jumlah bekalan zat besi yang mencukupi, ia boleh memberi masalah pada kandungan juga, kemungkinan melahirkan anak pramatang, tidak cukup bulan dan tumbesaran terbantut. Malah lebih teruk, ianya juga boleh menyebabkan kemurungan dan meroyan selepas bersalin!

Oleh itu, saya mencadangkan ibu hamil yang ingin menggelakkan dari anemia semasa mengandung agar mengambil multivitamin lengkap dengan zat besi (vitalea with iron), vitamin c dan b complex. sebagai seorang bakal ibu, pastinya kita inginkan yang terbaik untuk anak yang dikandungkan itu kan. Jangan risikokan kesihatan diri anda dan bayi semata-mata hanya kerana sikap kita yang ambil mudah.


Vitamin Ibu Hamil Sihat dan Cergas irsyahealthyhouse pengedar shaklee changlun sintok cod
Vitamin Ibu Hamil Sihat dan Cergas



Untuk dapatkan set vitamin ibu hamil kekal sihat,
 hubungi saya untuk maklumat lanjut :


  • Facebook

  • Twitter

  • Google+

  • Pinteres

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



-------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease



sumber rujukan :

  1. Kementerian kesihatan
  2. Baby center

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...