SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday, 31 March 2015

Panduan Senarai Produk dan Harga Barangan Dikenakan GST




Semenjak kerajaan telah memutuskan untuk pelaksanaan GST berkuatkuasa pada 1 April 2015, ramai pihak yang membantah cadangan ini. Ramai juga yang mengeluh tentang pelaksanaan GST nanti bakal menggugat ekonomi keluarga dengan pertambahan setiap perbelanjaan sebanyak 6%. Menjelang 1 April 2015, semakin ramai yang mengeluh tentang nasib mereka. Apa yang menjadi persoalan sekarang, benarkah harga barangan akan semakin mahal atau berkurang?

Betul ke bila GST dilaksanakan, rakyat semakin terbeban ?






Dalam pada memikirkan kesan 'terbeban' akibat daripada pelaksaan GST ini, berapa kerapkah kita melayari website Portal GST (http://gst.customs.gov.my), yang telah disediakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan info dan makluman berkenaan GST. Atau adakah kita jenis golongan yang hanya dengar cakap-cakap orang. Fikirkan.

GST, Good and Service Tax bermaksud Cukai Barangan dan Perkhimatan (CBP) yang dikenakan sebanyak 6% mulai 1 April 2015 adalah mengantikan sistem pencukaian SST (Sales anda Service Tax) sebelum ini yang dikenakan sebanyak 16%. Amnya, barangan yang dikenakan cukai GST adalah bukan barangan keperluan asas. Pihak Kastam Diraja Malaysia telah pun mengeluarkan senarai barangan dan produk yang dikenakan GST





Walau sebanyak mana kita mengeluh, mogok atau tidak terima pelaksanaan sistem percukaian baru ini, ianya tidak mungkin akan mengubah apa-apa. Tetapi, anda masih boleh mengubahnya dengan menjadi pengguna yang bijak. Jadikan ebook panduan harga pengguna ini sebagai rujukan dalam pembelian barangan agar tidak dimanipulasikan oleh peniaga-peniaga tamak yang suka mengambil kesempatan.








Nasihat saya dalam menghadapi kemelut ekonomi yang semakin mencabar, jangan sesekali anda cuba berhutang dengan membuat pinjaman bank atau membuat kad kredit, kerana ianya tidak sama sekali membantu anda dalam menyelesaikan masalah, sebaliknya ia akan membebankan anda dengan tanggungan hutang yang semakin bertambah.

Daripada kita mengeluh tanpa menambah apa-apa nilai dalam kehidupan keluarga, mengapa tidak diri kita mengusahakan sesuatu yang lebih? Anda tidak mampu untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan yang 'wajib' dibelanjakan setiap bulan seperti sewa rumah, ansuran kenderaan, barangan dapur, keperluan pampers, susu dan pakaian anak, insurans, bil-bil dan sebagainya. 

Anda juga tidak mampu mengawal harga minyak dunia agar tidak naik. Jadi mengapa anda tidak cuba mengusahakan sesuatu yang dapat menambah pendapatan, contohnya dengan menceburkan diri dalam peluang perniagaan.



Pilih apa jua bidang perniagaan yang anda suka dan minat, tetapi jangan terlalu mudah taksub atau gelap mata dengan tawaran 'pernigaan' yang menjanjikan janji-janji manis. Gunakan akal yang waras, tiada bisnes yang mampu berikan wang dengan mudah tanpa berusaha.

Seperti saya, memilih untuk menambah pendapatan keluarga hanya dari rumah dengan bisnes online dan tanpa modal yang tinggi. Kenapa saya memilih bisnes ini, antara sebabnya adalah modal permulaan yang rendah! Bukan ribuan ringgit tetapi saya hanya gunakan rm75 untuk mendaftar ahli sahaja dan tanpa perlu menyimpan stok bawah katil!

Disamping menambah pendapatan keluarga dirumah, saya juga seronok kerana mampu menjaga dan melihat sendiri setiap perkembangan anak dirumah. Kerana itu saya boleh katakan yang perniagaan saya lakukan sekarang adalah bisnes mesra keluarga

Kalau saya seorang surirumah boleh menambah pendapatan keluarga, mampu untuk membeli apa yang dihajati tanpa perlu membebankan suami kenapa tidak anda. Bukan kerana saya seorang surirumah tidak bekerja, saya juga sama seperti anda mempunyai tangungan dan tanggungjawab lain yang perlu diuruskan. Tetapi saya mempunyai satu keinginan untuk mencapai apa yang saya inginkan.

Jom sama-sama meningkatkan ekonomi keluarga ^_^

Selamat maju jaya buat anda.




sumber rujukan :
1) http://gst.customs.gov.my/
2) http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?lang=my

Thursday, 26 March 2015

Percutian Bajet ke Bali dan Bangkok

AL-KISAH, nak jadi cerita sha ternampak salah seorang sepupu update kat wall facebook (fb) dia tentang tawaran voucher super murah pergi ke Bali atau Bangkok untuk 3 hari 2 malam. Bayangkan dalam masa 10 minit dia post di wall fb, beratus yang komen berminat dengan voucher ini.

So, dalam hati yang melonjak-lonjak ingin pergi bercuti ni, terasa bagai orang mengantuk diusungkan bantal. Haha. So, sha pon private messages (pm) dengan cousin tanya pasal voucher RM300 tu. Dengan harga yang ditawarkan, sesuai dengan sesiapa sahaja yang ingin pergi bercuti dengan bajet yang sederhana.  Antara serba sedikit details voucher tu :


RM300/person
3days 2night to Bali/Bangkok
Normal Price RM799
Flight 2way + hotel 3* + daily breakfast
-Voucher sangat terhad limited utk 50 org trawal sahaja!
-Flight Air Asia/Malindo Air*boleh pilih upon availibility
-departure KUL/PEN -Flight timing & hotel boleh pilih upon availibility
-Bali in Kuta Beach *most popular beach tourist attraction*
-Bangkok in the middle of Bangkok City
-Hotel near to public transport
-2months before u travel, u mesti call i atau contact direct company utk book flight & hotel
-2yrs below free
-validity voucher 2yrs
-travel from 1st Aug 2015-Aug 2017
-so kalau u nak pergi bulan August ne on June u dah boleh start buat booking
-bilik boleh share atau separated
-u may travel on any of ur desired date exclude public holiday.
-unlimited. By group pun boleh. Sendiri2 pun boleh.
-free & easy package


Sha tak pernah pergi ke Bali, jadi tak berapa tahu sangat rate flight dan hotel disana. Tapi dari kebiasaan selalu survey tiket flight, dan campur dengan hotel agaknya lebih kot harga RM300 tu. Apa pendapat korang, okay tak agak-agak voucher ni?


Kalau dari segi aktiviti tu, lagi best kalau kita yang tentukan sendiri kan nak buat aktiviti apa. Takde la terikat sangat dengan jadual. Kalau pergi ramai-ramai dengan keluarga atau kawan rapat pon mesti seronok kan. Bestnya ^_^

Kawan blogger sha ada yang pernah sampai ke salah satu destinasi ini, jom kongsikan tips dan info serba sedikit :)

Friday, 20 March 2015

Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang

Tempoh berpantang yang seharusnya dinikmati dengan indah bersama anak yang baru dilahirkan setelah lebih 9 bulan dikandung dalam rahim, adakalanya memberi igauan mimpi ngeri apabila si ibu mengalami masalah ketika tempoh berpantang.



Perasaan sakit ketika bersalin belum habis, ditambah pula dengan masalah sembelit semasa berpantang, membuatkan emosi si ibu agak terganggu sehingga membuatkan si ibu serik untuk beranak lagi! Benarkah ?

YA BENAR !

Saya sendiri juga mengalami masalah sembelit semasa berpantang ini. Setelah keluar hospital saya diberikan ubat melembutkan najis oleh doktor pakar Gynae, pada awalnya ia berkesan untuk saya. Namun belum habis sebotol pon, masalah sembelit tiba-tiba menghantui saya. Malah, pernah ketika saya membuang air besar, najis keluar bersama darah pekat ! 

YA ALLAH ! Paniknya saya ketika itu, malah sempat berfikir yang bukan-bukan. Adakah saya bakal mendapatkan penyakit buasir akibat masalah sukar membuang najis semasa berpantang ini. Mahu bercerita pada mak, rasa malu. Nak bertanya pada adik beradik, saya adalah anak pertama yang mendapat anak, jadi pastinya mereka juga kurang pengalaman dan info berkenaan masalah sembelit ketika berpantang ini. Tapi dalam keterpaksaan, akhirnya saya bercakap kepada mak mengenai masalah sembelit dan najis keras sehingga berdarah ini.

cara atasi masalah sembelit dalam pantang

Saya sangkakan, hanya saya yang mengalami masalah fobia untuk ke tandas akibat dari masalah sembelit ini. Rupa-rupanya, ada juga insan lain yang senasib dengan saya. 


Jangan main-main, jika tidak diambil serius masalah sembelit ini dan tidak ditangani sehingga menjadi serius ianya boleh membawa kepada masalah buasir ! Ambillah langkah-langkah pencegahan awal, kerana mencegah itu lebih senang dari mengubati.



Elak sembelit ketika berpantang


#1 : Lebihkan makanan yang berserat
Anda boleh amalkan piramid makanan lengkap dan lebihkan sayuran hijau dalam hidangan.
Selain itu, pengambilan buah-buahan berserat tinggi seperti betik juga dapat membantu anda melancarkan pembuangan najis.
image


#2 : Minum air masak secukupnya
Biasa bila berpantang, mak kita dan bidan kampung mesti ingatkan jangan ambil air terlalu banyak. Simboliknya adalah mungkin kerana takut luka bersalin lambat kering atau agar kawasan vagina tidak menjadi terlalu 'becak' selepas bersalin.
Tips minum air masak ni, mungkin tidak boleh minum terlalu banyak sekaligus.. anda boleh minum secawan sejam atau dua jam skali, sehingga cukup liter air yang diperlukan oleh badan.
cara atasi sembelit semasa pantang
Minum air masak 3 liter sehari


Setiap 25kg memerlukan 1 liter air. Berapa berat anda? ^_^


#3 : Ambil Alfalfa & Ostematrix

Masalah sembelit ketika berpantang yang saya alami akhirnya bertemu titik noktah apabila saya mengambil supplemen sembelit ini, Alfalfa dan Ostematrix !
Alfalfa bertindak membantu anda melawaskan...
Dan Ostematrix pula membantu dalam melembutkan najis, tiada lagi najis keras sehingga berdarah !


Ingin menempah set sembelit ini ?

sila hubungi saya :)

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Nikmati DISKAUN sehingga 20% sekarang !
Daftarlah sebagai ahli shaklee.



---------------------------------------------------------------------------------------------------


-Disclaimer-

These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Tuesday, 10 March 2015

10 PERANAN SUAMI ketika ISTERI MENGANDUNG

Peranan Suami Semasa Isteri Hamil


Ketika proses kehamilan, sokongan daripada suami tercinta amat penting. Suami pula janganlah tidak sensitif dengan situasi isteri yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang berlaku dalam badannya. Mungkin bagi yang baru pertama kali hendak bergelar ayah, sedikit panik dengan perubahan tersebut tetapi dengan bertanya dan mencari maklumat sekurang-kurangnya ia dapat membantu.



Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil.

1) Luangkan Masa Bersama Isteri
Kadangkala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bagi sesetengah bakal ibu. Dengan sentiasa berasa di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.

2) Penuhi Keinginan Isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan biasanya mengidam makan bermacam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat.

3) Fahami Situasi Isteri
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru, pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan. Jika isteri hendak ke mana-mana, pinjamkan diri anda seketika. Suami haruslah memahami pergerakan isteri agak terbatas dan elakkan isteri daripada memandu ke destinasi yang jauh. Tidak salah, sesekali suami jadi 'driver' kepada isteri.

4) Ringan Tulang
Apa kata suami belajar menjadi ringan tulang dengan kerja-kerja rumah. Apabila melihat kain baju belum berbasuh atau berlipat atau rumah agak bersepah, terus kemaskan ia tanpa perlu membebel atau bertanyakan isterik mengapa tidak mengemasnya.


5) Belajar Perubahan Isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.

6) Siapkan Hidangan Makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika isteri sedang 'mabuk' mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang 'berperang' dengan ketidakselesaan itu.

7) Bantu Jaga Anak Lain
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya, tentu sahaja perhatian kepada anak-anak lain akan berkurangan seketika ekoran alahan yang teruk. Justeru, suami ambillah kesempatan untuk melayani karenah anak. Sekurang-kurangnya anda akan bertambah cekap menguruskan keperluan anak.




8) Bawa Isteri Bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.

9) Jangan Berkira
Kadangkala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasaan tersebut. Apa salahnya suami melayani karenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya, buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.

10) Kongsi Maklumat Kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda.



Sunday, 8 March 2015

365 Hari, Kami Menanti Mu MH370



8 Mac ini,
Setahun yang sudah,
Pagi yang hening,
embun yang bermalasan gugur di hujung daun,
Alam yang sunyi menyaksi penghuninya,
Hampir semua jasadnya mati rohnya berdiri,
239 jiwa yang punya 1001 misinya,
Lenyap di balik awan biru,
Tanpa pesan,tiadanya kesan.

8 Mac 
Setahun yang sudah,
Pelbagai teori diunjur,
Ribuan aset di gempur,
Setiap ceruk dijadikan ladang pencarian,
Namun 239 nyawa itu kekal misteri,
Wujudnya hanya pada secebis memori.

8 Mac 
Setahun yang lalu,
Ada jiwa yang punah,
Ada keluarga yang musnah,
Ada tawa hilang nyawa,
Ada senyum pergi tak kembali,
Ada tangis berganti sendu,
ada lelah bertukar barah.

Setahun berlalu,
kini 8 Mac bertandang lagi,
Membawa kembali luka di hati,
Saat parut berbekas,
lukanya masih jelas menghiris,
Kata mereka "itu kemalangan,
Anggaplah 239 itu telah terkorban",
Ya,mudahlah mereka berkata,
bukan mereka yang merasa!.

Hari ini,
8 Mac itu berulang lagi,
Meski tipisnya harapan mereka akan kembali,
Semangat jangan di padam,
Doa jangan diputuskan,
Biarlah berpuluh tahun lagi,
MH370 tetap di nanti,
Bersama senyuman 239 wajah yang tetap hidup di hati.

8/3/2014 - 8/3/2015,
MH370,
Kekal Dalam Doa.


Kombinasi Vitamin Semulajadi untuk IBU MENGANDUNG


TATKALA diri anda disahkan positif hamil, pastinya sebuah ungkapan kesyukuran dan kegembiraan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Tambahan pula jika sudah sekian lama menanti kehadiran cahayamata sebagai penyeri rumahtangga bersama pasangan. Ibu hamil perlu tahu pentingnya menjaga pemakanan sepanjang tempoh kehamilan ini.

amalan ibu mengandung untuk anak cerdik mengikut sunnah

Maka bermulalah satu episod baru bagi wanita, terpaksa melalui alahan ketika hamil, perubahan bentuk badan dengan perut yang semakin membesar dan saat yang paling teruja apabila mula merasakan pergerakan bayi dalam kandungan. Indah sungguh pengalaman menjadi seorang ibu, tidak mampu dibeli di mana-mana pon.

Ketika pemeriksaan kesihatan ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ataupun di klinik swasta, kebiasaannya ibu mengandung akan diberikan bekalan vitamin yang perlu diambil sepanjang tempoh kehamilan ini seperti asid folik, vitamin c dan iron tablet. Setiap insan yang bakal bergelar ibu dan ayah pastinya menginginkan yang terbaik buat kandungan yang dikandung. Maka pilihan yang vitamin daripada jenis semulajadi dan bukannya bersifat sintetik.


Set Ibu Hamil Shaklee atau Set Ibu Mengandung terdiri daripada set asas seperti Vitalea Iron, B-Complex, Vitamin C dan Ostematrix. Namun ibu hamil juga boleh menambah supplemen lain seperti ESP (energizing soy powder) dan Omega Guard untuk membantu perkembangan otak bayi yang cerdik sedari dalam kandungan lagi terutama ketika trimester ke-2 dan ke-3.


Kombinasi Vitamin Ibu Hamil untuk Trimester Pertama :
  • Vitalea Iron (Multivitamin lengkap iron/zat besi)
  • Vitamin C
  • B Complex (lengkap dengan asid folik)
  • Ostematrix (kalsium lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium)





Kombinasi Vitamin Ibu Hamil untuk Trimester Kedua & Ketiga:


  • Vitalea Iron (Multivitamin lengkap iron/zat besi)
  • Vitamin C
  • B Complex (lengkap dengan asid folik)
  • Ostematrix (kalsium lengkap dengan Vitamin D dan Magnesium)
  • Omega Guard (minyak ikan, DHA, EPA)
  • ESP 




Testimoni Vitamin Ibu Mengandung Shaklee :

Saksikan pengakuan Puan Ainul Mustapha dari Shah Alam, Selangor
Beliau masih kekal cergas bertenaga dan masih bersemangat mendaki candi Borobudur 
walaupun ketika itu sedang sarat hamil 7 bulan !

Nak tahu apa rahsia Pn.Ainul ?



Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! 

sumber : iReach HD



Pendapat Doktor Pakar :



Nak mencuba vitamin ibu hamil shaklee?




 Saya Nak Order Set Ibu Hamil


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda ingin membeli produk ini dengan harga yang lebih jimat dan 
mendapat diskaun sehingga 20% ?

Daftarlah sebagai ahli shaklee sekarang!


---------------------------------------------------------------------------------------------------

sila hubungi saya :)

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com


COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

Thursday, 5 March 2015

Kisah BENAR Ekzema Anak Semakin Berkurangan Dengan Krim Ajaib Herbal Blend Shaklee !

Krim Serbaguna, Herbal Blend Multi Purpose Cream Shaklee ini semakin mendapat perhatian ramai ibu bapa yang ingin mencuba untuk anak mereka terutamanya bagi anak kecil yang mempunyai masalah ruam lampin. 

Kandungannya yang berasaskan herba dan bebas steroid sudah semestinya menjadi pilihan ramai masa kini untuk simanja. Diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. Juga turut diuji secara klinikal. Wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Lihat perbezaan dan perubahan yang dialami oleh anak kecil ini yang menghadapi masalah kulit, ekzema. Saya sendiri pon bagai tidak percaya melihatnya, namun itulah kenyataan dan terbukti kehebatan Herbal Blend Multipurpose ini. Sehinggakan ibu kepada anak ini terpaksa "memborong" krim ajaib ini khas untuk anak mereka.








Apa kata ibu dan ayah anak ini ?


-> parut anak semakin pudar
-> krim cepat meresap
-> tidak berminyak

Ibu Ayah sangat berpuas hati !
Tambah Order lagi untuk Krim Ajaib Serbaguna ini !



Krim Ajaib untuk apa ?

Anak:
❤️ Kena gigit nyamuk
❤️ Melecet akibat pampers
 ❤️ Gatal-gatal
❤️ Ada ekzema
❤️ kulit sensitif
❤️ Ruam

Mak:
 ❤️ Tumit kaki pecah
❤️ Kulit kering 
❤️ Kulit kasar lepas buat kerja rumah
❤️ Gatal-gatal kulit
❤️ Melecur ketika memasak
❤️ Kaki melecet

Ayah:
❤️ Luka sewaktu bekerja
❤️ Masalah kulit
❤️ Kulit kasar
❤️ Gatal-gatal kulit



RM 27.50 satu tiub/ 4oz


Mahu mencuba Herbal Blend ini?
Amda boleh dapatkan terus secara online disini :
 Saya Nak Order herbal blend shaklee

atau 

Hubungi saya sekarang !

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak


Wednesday, 4 March 2015

Nak Saya Review Blog Anda? By Cerita Adinda Baizura Mazlan


Blogwalking malam ni terjumpa saya segmen yang best, saja cuba nasib join.



 review blog by cerita adinda baizura mazlan

Korang semua jom la join, sama-sama meriahkan segmen ni.
Nak join, klik saja banner diatas ni ye ^_^

tq.

WordlessWednesday #5 : Istimewa Si Biru Putih Idaman Hati

ESP Shaklee / Soy Protein Isolate Powder



Nak lebih info mengenai ESP Shaklee ?



Ingin mencuba soya esp shaklee yang sedap, selamat, berkhasiat dan bermutu tinggi ini?

BELI SEKARANG dan semua ini menjadi milik anda!

PERCUMA satu lagi cannister ESP, bernilai RM150
PERCUMA keahlian shaklee seumur hidup, bernilai RM75
PERCUMA wang BONUS pada bulan hadapan

YA..dengan pembelian 6 cannister ESP sekarang, semua ini menjadi milik anda!
Secara keseluruhannya, anda telah jimat RM435!




Nak order boleh klik sahaja link dibawah ini :

 Saya Nak Order ESP

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda juga berpeluang untuk membeli produk ini pada harga yang lebih jimat dan mendapat diskaun sehingga 20%.

Daftarlah sebagai ahli shaklee sekarang!


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hubungi saya untuk konsultansi PERCUMA!

SHA 
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 





*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak

-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...