Anda pernah dengar tentang Nephrotic Syndrome atau bahasa yang lebih mudah difahami ialah penapis buah pinggang bocor?
Biasanya kalau perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan diri atau keluarga, pasti kita kurang ambil peduli dan ambil tahu kan.
Jom saya kongsikan sedikit info dan maklumat yang perlu kita tahu tentang Nephrotic Syndrome
Apakah Nephrotic Syndrome?
Mengikut dari Doktor Azwan, Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
Bagi pesakit nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis buah pinggang ini telah rosak, menyebabkan lebih daripada 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari. Ini dipanggil Proteinuria, yang menyebabkan badan kita kehilangan banyak protein.
Inilah yang dipanggil penyakit buah pinggang bocor (Nephrotic Syndrome)
Apakah Penyebab Penapis Buah Pinggang Bocor?
Nephrotic Syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbeanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit Nephrotic Syndrome kebanyakannya tidak ketahui. Namun ada juga beberapa punca seperti:
- Jangkitan kuman dalam darah Syphilis
- Penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus)
- Penyakit darah sejak lahir seperti Sickle Cell Disease
- Kencing manis (diabetis)
Tanda-tanda dan Simptom Penapis Buah Pinggang Bocor
Pesakit Nephrotic Syndrome biasanya mengalami gejala seperti berikut:
- Lemah dan tidak bermaya
- Air kencing menjadi berbuih-buih
- Mata dan muka kelihatan bengkak di waktu pagi, selepas bangun tidur
- Kaki kelihatan bengkak di waktu petang, akibat berdiri
- Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit.
Kaedah Rawatan Buah Pinggang Bocor
Selepas disahkan oleh doktor bahawa anda mempunyai masalah Nephrotic Syndrome, kebiasaanya ubat steroid prednisolone akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada lagi protein di dalam air kencing.
Selain steroid,pelbagai rawatan berbeza diberikan mengikut jenis Nephrotic Syndrome, antaranya biopsi. Di mana sampel tisu buah pinggang akan di ambil untuk menentukan jenis-jenis Nephrotic Syndrome yang anda hidapi.
Supplemen untuk Penapis Buah Pinggang Bocor
Sekiranya anda memilih untuk mencuba supplemen shaklee sebagai salah satu alternatif tambahan untuk membantu mengatasi kesakitan dan penyembuhan penyakit buah pinggang bocor yang dialami, saya menyarankan agar mencuba Vivix Shaklee setiap hari dengan konsisten.
Vivix adalah supplemen yang tinggi antioksidan dan resveratrol, terbukti secara klinikal yang boleh membaikpulih sehingga ke peringkat sel DNA.
Antara testimoni pesakit Nephrotic Syndrome yang telah mengamalkan Vivix Shaklee selama sebulan:
Testimoni Vivix dari Pesakit Buah Pinggang Bocor |
Macam mana nak dapatkan VIVIX?
whatsapp sis 012-9362692 untuk pembelian dan konsultasi ya ^_^
Takut pulak dengan penyakit zaman sekarang kan..macam2 penyakit..
ReplyDelete