SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday 30 June 2016

Bahana Ambil Vivix, Sakit Lutut Hilang dan Badan Lebih Ringan

Sakit lutut biar pun pada awalnya bukan sesuatu yang serius, ia boleh bertukar menjadi serius apabila tiada tindakan susulan untuk rawatan dan pencegahan sehingga menyebabkan keradangan tulang rawan sendi dan mengakibatkan sakit lutut.

Punca Sebenar Sakit Lutut Terjadi

Kalau kita kerap atau sentiasa rasa sakit lutut, sedikit sebanyak ia akan mengganggu rutin dan kualiti hidup kita juga akan terjejas. Kita akan merasa tidak selesa untuk berjalan, berlari sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga mungkin terganggu.

Punca-Punca Sakit Lutut

  • Umur Meningkat
    Umur semakin meningkat merupakan faktor utama sakit lutut terjadi. Ini kerana pelincir di lutut semakin kering dan berkurangan. Oleh itu, semakin umur bertambah semakin sukar kita mencegah kekurangan tulang rawan. Perbanyakkan minum susu untuk tulang dan mengamalkan pengambilan vitamin C

  • Berat Badan Berlebihan (Obesiti)
    Tekanan pada sendi lutut akan bertambah apabila berat badan bertambah atau berlebihan. Berat berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi-sendi untuk menampung tubuh seperti lutut dan punggung. Obesiti akan meningkatkan risiko berlakunya osteoartritis, tulang rawan akan rosak dengan lebih cepat.

  • Keturunan
    Mutasi genetik yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA, atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.

  • Jantina
    Wanita lebih sering sakit lutut berbanding lelaki. Sakit lutut banyak menyerang wanita disebabkan tulang punggung wanita lebih lebar daripada lelaki. Tulang punggung yang lebar menyebabkan lebih tekanan pada otot peha bahagian dalam. Tekanan akan memberi kesan pada bahagian tempurung lutut dan jika berlaku dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan otot-otot di sekitar lutut membengkak.

Rawatan dan Pencegahan Sakit Lutut Dengan Vitamin Shaklee


Sakit lutut bukanlah penyakit yang serius. Namun, jika tidak dicegah dan dirawat akan menyebabkan kelumpuhan sehingga tidak mampu berdiri.

Antara supplemen yang boleh diambil bagi membantu meredakan dan mencegah sakit lutut ialah:
  • Ostematrix
    Ostematrix mengandungi kalsium, vitamin D, magnesium, zinc, mangan dan kuprum. Komponen ini penting untuk kesihatan sendi dan tulang.

  • Omega Guard
    Membantu mengurangkan inflamasi dan radang sendi. Ia kaya dengan asid lemak omega-3. Omega guard juga bertindak sebagai pelincir untuk kelancaran sendi.

  • Advanced Joint Health Tablet
    Berikan manfaat untuk kesihatan sendi dan lutut dengan cara menyokong keselesaan sendi, memelihara tisu penyambung agar sentiasa sihat dan meningkatkan kesan kusyen.

  • Vivix
    Kaya dengan kandungan resveratrol yang berkuasa. Resveratrol menyokong fungsi kesihatan sendi. Juga bertindak sebagai anti-radang.

Testimoni Vitamin untuk Sakit Lutut






Berminat untuk cuba, whatsapp sha 012-9362692 untuk tempahan dan konsultasi terbaik.

Wednesday 29 June 2016

Cara Mudah dan Berkesan Rawat Tumit Merekah, Kasar dan Pecah-Pecah



Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semuanya tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah tumit kaki merekah dan pecah-pecah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Sebelum ini saya pernah kongsikan tips penjagaan kaki, elakkan tumit kaki merekah kali ini saya nak kongsikan dengan anda apakah faktor penyebab terjadinya tumit merekah.

Faktor Penyebab Tumit Pecah dan Merekah

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Sekiranya keluarga anda mempunyai masalah kulit kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stokin ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Walaupun ianya bukan masalah kesihatan yang serius, masalah tumit merekah boleh menyebabkan diri anda sendiri kurang selesa dengan keadaan tumit yang kasar terutamanya jika waktu tidur, terasa kaki bagai menarik benang di cadar atau toto yang digunakan.

Rawatan Tumit Merekah

Namun jangan bimbang, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khususnya untuk penjagaan kaki.

Selain daripada memastikan pengambilan air masak yang secukupnya dan kekalkan berat badan, Antara produk yang saya sarankan untuk anda mencuba adalah krim herbal blend shaklee. Krim ini bebas paraben dan diperbuat dari bahan semulajadi, tiada bahan kimia.

Dengan harga yang sangat mampu milik dan pelbagai kegunaan, anda memang memerlukan 1 tiub untuk kegunaan keluarga anda.


Ada masalah tumit pecah, merekah dan kasar?

Whatsapp SHA 012-9362692 dan tempah krim ini sekarang.

Tuesday 28 June 2016

Tompok Hitam di Muka Tanda Jeragat! Ketahui Punca dan Cara Rawatan Terbaik Atasi Jeragat

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut raya aidilfitri, macam mana persiapan semua. Sudah lengkapkah baju raya, kuih raya sudah tempah ke belum dan duit raya dah ready nak bagi pada sanak saudara ke.. banyak perkara kena fikir, tapi jangan lupa penampilan diri dan wajah juga penting ya.

Bukan saja-saja saya nak ingatkan tapi perkara macam ni berkait rapat juga tau dengan keyakinan diri kita, lebih-lebih lagi bila hari raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi dan ramai saudara mara berkumpul. Mesti segan jika ada yang jenis ringan mulut bertanya itu ini pasal masalah kulit muka kita kan.



Jeragat adalah salah satu punca masalah kulit yang seringkali menghantui ramai wanita selain dari kulit berjerawat.

Jeragat di muka atau Melasma adalah gejala abnormal tompokan atau bintik-bintik berwarna coklat keperangan, kekuningan atau biru-kelabu yang terdapat pada permukaan kulit. Jeragat biasanya berlaku pada bahagian antara kawasan hidung dan dagu, pipi dan hidung dan antara rahang bawag hingga dagu.

Struktur jeragat berkait rapat dengan proses pigmentasi. Pigmentasi kulit disebabkan oleh pengeluaran melanin secara berlebihan- hiperpigmentasi; oleh melanocytes (sel pigmen) untuk tindakbalas keratinocytes (epidermal melanosis-lapisan luar kulit) atau terkumpul di bahagian dermis (dermal melanosis- lapisan tengah kulit)


Punca Terjadinya Jeragat


Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit berpendapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
  • Sinaran matahari

    Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap melanoctes. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
cara atasi jeragat cepat

  • Perubahan hormon

    Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul dikalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  • Kosmetik

    Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka. Selain itu, penggunaan barangan make-up yang tidak berkualiti dan bermutu rendah juga dikatakan menyumbang kepada masalah jeragat.
  • Keturunan

    Akibat daripada genetik.


Bagaimana Merawat Jeragat

  1. Biasakan diri menggunakan krimSPF sebelum keluar rumah untuk lindungi kulit dari sinar uv.
  2. Gunakan produk dan alatan make-up yang bermutu dan lakukan urutan muka yang boleh melancarkan peredaran darah.
  3. Elakkan penggunaan skincare yang mengandungi hidrokinon, jangan mengunakan produk pengelupasan dan pemutihan kulit muka kerana ianya akan menghakiskan kulit dan menyebabkan kulit makin menipis dan jadi lebih sensitif.
  4. Kecantikan bermula dari dalam, amalkan pemakanan sihat, tinggi antioksidan dan memenuhi diet makanan yang baik seperti viamin, mineral dan protein. Elak makanan berminyak, kolesterol tinggi dan garam berlebihan.
  5. Amalkan minum air masak secukupnya dalam sehari. Air masak dan bukannya air manis seperti coke, pepsi dan lain-lain.

Supplemen dan Skincare Yang Membantu Atasi Jeragat

Anda pasti tidak suka sekiranya masalah jeragat ini sentiasa berulang-ulang kan. Jadi untuk mengatasi agar ia tidak berulang kembali, saya sarankan agar anda mencuba sendiri set jeragat shaklee untuk menyelesaikan masalah kulit anda supaya tidak menjadi semakin teruk.

Senarai vitamin dan produk shaklee yang bagus untuk kulit berjeragat:

  • Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 - untuk lindungi kulit dari sinar uv waktu siang hari.
  • Nutriwhite Spot Whitening Treatment - untuk kurangkan dan memudarkan warna coklat jeragat


  • Collagen Powder : kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit. Semakin umur meningkat semakin badan kekurangan kolagen sekaligus memberi peluang terjadinya jeragat, Pengambilan kolagen yang konsisten dapat menghalang kejadian jeragat.
  • Vitamin E : terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.
  • Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C yang konsisten membantu anda dapatkan kulit tampak lebih cerah, tona kulit sekata dan melambatkan proses penuaan serta menyekat pembentukan pigmentasi.
  • GLA Complex : melambatkan menopaus dan melegakan simptom menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan memberikan tona kulit yang sekata.
  • ESP (Soy Protein) : penting dalam penghasilan sel baru dan mengurangkan kesan kulit mati. Kandungan protein yang cukup dalam sel kulit juga mampu menghalang tompokan pigmentasi sekaligus menyebabkan terjadinya jeragat.

Jangan biarkan masalah kulit berjeragat anda semakin bertambah teruk sehingga boleh menyebabkan anda merasa rendah diri dan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang lain. Jangan segan hubungi sha 012-9362692 untuk dapatkan set jeragat sekarang.

Thursday 23 June 2016

Pesakit Tibi Tak Sanggup Teruskan Ubat, Pilih Rawat Dengan Supplemen Vivix

Tibi (Tuberculosis) atau batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
Penyakit ini disebabkan oleh kuman TB (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.


Tanda & Gejala Penyakit Tibi Paru-paru

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Tibi:
  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu 
  • Kahak yang mengandungi darah 
  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam 
  • Susut berat badan dan hilang selera makan 
  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang 
  • Mudah letih 


Cara Jangkitan Penyakit Tibi

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi. 
tb tibi tuberculosis batuk kering


Cara Mengesan Tibi

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta:

  • Melakukan pemeriksaan kahak dan/atau, 
  • Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat



Wednesday 22 June 2016

Mak Hidap Kanser Perut Tahap 4 Kembali Sihat Selepas Amalkan Cecair Vivix

Kanser perut berlaku apabila sel-sel di bahagian dinding perut manusia tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal mengakibatkan berlakunya ketumbuhan di bahagian perut. Kanser perut merupakan kanser ke-dua tertinggi penyebab kematian  akibat daripada kanser di seluruh dunia. Di negara kita kanser perut merupakan kanser yang ke-enam paling kerap berlaku pada lelaki dan ke-sepuluh pada wanita.


Kebanyakan mereka yang menghidap kanser perut ini adalah terdiri daripada golongan yang berumur lebih daripada 65 tahun ke atas dan lebih kerap terjadi di kalangan lelaki berbanding wanita.
Sekiranya kanser ini dikesan pada peringkat awal, peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya adalah tinggi. Malangnya kebanyakan kanser perut ini gagal untuk dikesan pada peringkat awal kerana gejala-gejala awal kurang dirasai oleh pesakit dan diagnosis kerap dibuat pada peringkat lanjut. Kanser perut menjadi sukar dirawat apabila sel-sel kanser telah merebak ke bahagian badan yang lain.
FAKTOR RISIKO
Risiko untuk seseorang itu menghidap kanser perut adalah seperti:
  1. Jantina
    Lelaki lebih berisiko untuk mendapat kanser perut sebanyak 2 kali ganda daripada wanita.
  2. Usia
    Kebanyakan kanser perut berlaku pada golongan tua di mana terdapat peningkatan insiden yang mendadak selepas usia 60 tahun.
  3. Kaum
    Berdasarkan statistik  daripada Institut Kanser Negara pada tahun 2006,  kebanyakan pesakit kanser perut  adalah di kalangan kaum Cina sebanyak 61.7%, diikuti Melayu sebanyak 25.9% dan kaum India sebanyak 12.4%.
  4. Jangkitan Helicobacter pylori
    >Jangkitan oleh Helicobacter pylori pada dinding perut kerap ditemui di kalangan mereka yang menghidap kanser perut akan tetapi tidak semestinya mereka yang mempunyai jangkitan ini akan menghidap kanser perut.
  5. Rokok
    Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang itu lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat  kanser perut sebanyak 2 kali ganda.
  6. Diet
    Risiko untuk menghidap kanser perut didapati lebih tinggi di kalangan mereka yang kerap mengambil makanan yang disalai, digaramkan dan dijeruk. Tabiat mengambil makanan segar serta sayur-sayuran dan buah-buahan pula dapat menurunkan risiko bagi mendapat kanser perut.
  7. Faktor keluarga
    Mereka yang mempunyai keluarga yang menghidap kanser perut mempunyai risiko yang lebih tinggi terutamanya dikalangan keluarga terdekat seperti ibu, ayah dan adik beradik.
GEJALA
Kanser perut merupakan sejenis kanser yang mengambil masa yang lama untuk terjadi dan kadang kala mengambil masa selama beberapa tahun. Sebelum terjadinya kanser ini pesakit mungkin mengalami beberapa gejala-gejala tertentu, akan tetapi pada kebiasaannya pesakit tidak mempunyai sebarang gejala pada peringkat awal. Kadangkala kanser perut dirawat sebagai penyakit yang lain kerana gejala-gejala yang timbul menyerupai penyakit seperti penyakit peptik ulser.
Disebabkan kesukaran untuk mendiagnosa pesakit ini pada peringkat awal,  kebanyakan pesakit kanser perut kerap kali disahkan menghidap penyakit ini lewat dan di peringkat yang lanjut di mana kanser perut ini telah merebak ke bahagian badan yang lain.
Antara-antara gejala-gejala kanser perut adalah seperti:
  • Ketidakhadaman
  • Sakit perut
  • Kepedihan di hulu hati
  • Loya dan muntah
  • Kesukaran menelan makanan
  • Kembung perut terutamanya selepas makan
  • Najis berwarna hitam
  • Muntah darah
  • Kurang selera makan
  • Kurang berat badan
  • Keletihan
  • Bengkak pada bahagian perut
  • Bengkak pada kalenjar limfa
RAWATAN
Sebelum rawatan dimulakan bagi mereka yang disahkan menghidap kanser perut, doktor terlebih dahulu  akan menentukan peringkat  kanser perut tersebut. Ini ditentukan setelah pesakit menjalani ujian-ujian tertentu seperti  pemeriksaan endoskopik, Imbasan dan juga biopsi. Secara umumnya kaedah rawatan bagi pesaki kanser perut adalah secara pembedahan, radioterapi, dan kemoterapi samada secara berasingan ataupun secara kombinasi.




Tuesday 21 June 2016

Tingkatkan Platelet Darah dan Rawatan untuk Pesakit Denggi, Elak Kena Tahan di ICU

Demam denggi merupakan sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk aedes yang telah dijangkiti. Virus demam denggi ini berjangkit pada manusia melalui gigitan nyamuk aedes betina yang biasanya banyak pada waktu awal pagi dan senja.


Terdapat dua jenis nyamuk aedes iaitu aedes aegypti dan aedes albopictus. Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidup.

Tanda-tanda dan Gejala Demam Denggi


  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Biasanya virus denggi akan memberi kesan selepas hari ke 5 hingga 12 setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.


Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Demam denggi berdarah juga mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.

Rawatan untuk Demam Denggi


Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. 

Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad.

Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh diguna pakai sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi, antaranya makan sup ketam dan mengamalkan jus daun betik, jus pegaga, jus buah kiwi, jus buah jambu dan tembikai merah.

Vitamin untuk Pesakit Demam Denggi



Performance Drinks Shaklee 
  • Membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Demam pada suhu tinggi akan menyebabkan kehilangan cecair yang banyak di dalam badan. Dengan pengambilan performance drinks setiap hari, ini akan dapat membantu tubuh pesakit daripada kehilangan cecair.
  • Terbukti dengan ujian klinikal dan bertindak seperti minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.


Nutriferon
  • Penting dalam meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.
  • Satu-satunya interferon semulajadi didunia yang dipatenkan secara ekslusif. Malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulen dan berkesan.
  • Nutriferon sangat disyorkan pada anda yang mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap selsema, alahan, asma dan antibodi lemah.


Vitamin C
  • Meningkatkan sistem imun dalam badan.
  • Badan kita memerlukan vitamin c yang mencukupi setiap hari untuk penghasilan sel darah merah dapat ditingkatkan lagi.
  • Jika sel darah merah bertambah, ia dapat membunuh virus tersebut serta mengelakkan daripada terjadinya simptom yang lebih teruk, iaitu denggi berdarah.


Atau jika anda merasakan terlalu banyak yang perlu diambil dan berkemampuan dengan bajet, saya mencadangkan anda mengambil vivix. Lebih mudah. Anda hanya perlu amalkan vivix setiap hari kerana vivix membantu secara keseluruhan dalam badan.

Fungsi vivix adalah :
  • Menggalakkan kesihatan secara keseluruhan
  • Membaiki sel dalam badan
  • Meningkatkan imunisasi
  • Memberi tenaga
  • Membaiki DNA
  • Mengapuskan radikal bebas

Untuk dapatkan produk ini, boleh whatsapp sha 012-9362692.




Thursday 16 June 2016

Bayi dan Kanak-Kanak BerisikoTerdedah Penyakit Kulit Kudis Buta

Scabies, 'Kudis Buta' Ancaman Kepada Bayi dan Kanak-Kanak, Apa Yang Ibubapa Harus Tahu


Apa itu Kudis Buta?


Kudis buta ialah kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

Perihal Sarcoptes Scabies :
  • Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
  • Kutu ini berukuran 0.4mm panjang setiap satu
  • Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
  • Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku di tempat-tempat yang sesak seperti asrama dan rumah asuhan.


Tanda-Tanda dan Gejala Kudis Buta

Kudis buta biasanya berkait dengan:
  • kegatalan kulit yang teramat sangat, lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
  • tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
  • bintik merah- seperti ruam terutamanya dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki
  • garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).
nota: kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

Kawasan Yang Biasa Terjadi Kudis Buta

Tempat-tempat biasa ialah:

  • Celah-celah jari
  • Tapak tangan
  • Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan-kawasan lain termasuklah:

  • Kawasan kemaluan
  • Punggung
  • Sekitar pusat
  • Celah-celah ketiak
  • Siku
  • Kaki dan buku lali

Bagaimana Kudis Buta Merebak?


Perunding Paediatrik, Dr. S.Selvakumar berkata 'perpindahan' hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya 'berpasangan' untuk membiakkan lagi baka.


Kebiasaannya hubungan rapat yang terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama dikalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.

Semua orang tanpa peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Sesiapa yng terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit kepada keluarga lain di rumah. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.

Cara Mencegah dan Merawat Dari Penyakit Kudis Buta

Pencegahan dan langkah-langkah kebersihan boleh dilakukan seperti:

  1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
  2. Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang bertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
  3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
  4. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Rawatan menggunakan ubat yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Antara krim dan losyen yang digunakan adalah seperti losyen permethrin, krim gamma benzene hexachloride, losyen benzyl benzoate, losyen malathion dan krim crotamiton.

Bagaimanapon krim ini adalah krim steroid. Dikhuatiri hanya memberi kesan lega sementara kerana penyakit kudis buta ini boleh berulang semula. 

Cadangan Vitamin Merawat Kudis Buta

Ada yang berminggu-minggu terkena scabies, baik kanak-kanak mahupun dewasa tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Ditambah pula dengan rasa gatal yang semakin menjadi-jadi di waktu malam, tanpa sedar kulit digaru sehingga luka.



Jadi saya sarankan kepada anda atau anak-anak yang ada masalah scabies ini untuk mencuba set ini untuk kegunaan dalaman dan luaran. Bagi membasmi hama kudis buta yang mungkin masih berada dalam kulit anda. Jangan biarkan ianya semakin melarat.

Untuk luaran, saya sarankan anda mencuba krim herbal blend untuk tujuan sapu di kawasan yang gatal agar dapat mengurangkan alahan kegatalan yang dirasakan dan basic H pula bertujuan untuk mencuci semua pakaian anda yang mungkin telah dijangkiti hama tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk mandi.

Manakala untuk rawatan dalaman, saya cadangkan anda mengambil mealshake, omega dan nutriferon agar dapat meningkatkan sistem imun badan dan melawan kuman hama kudis buta tersebut.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, whatsapp saya 012-9362692. Rawat segera sebelum melarat.


rujukan:
petua-sihatsehat.blogspot.com
myhealth.gov.my


Wednesday 15 June 2016

Hilangkan Panau di Muka dan Badan Dengan Berkesan, Elakkan Dari Berulang

Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Biasanya panau terjadi di bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka, kulit kepala, lengan dan leher. Pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang,hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Malah sesetengah pesakit akan berasa gatal pada bahagian yang terlibat.




Siapa yang Boleh Mendapat Panau?

  • Panau boleh melibatkan semua peringkat umur. 
  • Kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. 
  • Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau.
  • Pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.

Panau Boleh Berjangkit?


Tidak. Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan apa-apa masalah.

Cara Mudah Hilangkan Panau di Badan dan Muka

Antara tips yang boleh anda lakukan untuk mencegah dan merawat panau ini seperti:
  • Gunakan sabun pencuci muka semasa mencuci muka
  • Pastikan badan telah dilap dengan kering sebelum memakai pakaian
  • Elakkan memakai pakaian yang masih lembap
  • Kerap menukar pakaian terutamanya jika pakaian sudah dibasahi peluh
  • Mandi dengan kerap
  • Pakai pakaian yang mudah menyerap peluh
Selain dari aspek penjagaan kebersihan, aspek pertahanan badan juga harus dititikberatkan agar penyakit panau ini tidak berulang kembali.

Jadi amat penting pengambilan nutrien makanan yang mencukupi dalam diet seharian kita. Kerana antara punca terjadinya panau adalah disebabkan kekurangan zat makanan.

Bagi mengatasi masalah kulat panau dengan berkesan, anda seharusnya merawat dari dalaman juga selain menyapu krim yang dibekalkan oleh doktor. Antara yang boleh diamalkan adalah seperti set vitamin untuk panau ini yang mengandungi garlic complex, alfalfa dan vitamin c.




Fungsi setiap vitamin untuk merawat masalah kulat panau:

Garlic Complex: merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang bakteria dan kulat dari tumbuh. Kiranya ia bersifat anti-fungus. In shaa Allah, panau segan nak datang kembali sekiranya anda ambil Garlic Complex ni.
Alfalfa Complex: bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan serta anti radang. Bagus sangat diambil untuk membuang segala macam toksin tidak elok pada badan. ia juga membantu melawan jangkitan yang mungkin akan merebak ke tempat lain. Kegatalan juga berkurang dengan pengambilan Alfalfa Complex ni.

Vitamin C Shaklee: membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat.

panau, hilangkan panau,ubat panau, testimoni panau shaklee, set panau shaklee

Manakala untuk luaran, saya sarankan anda untuk menggunakan krim herbal blend bagi membasmi masalah kulat panau tersebut. Krim ini mempunyai rumusan khas dalam membaiki struktur kulit serta mengelakkan pembiakan kulat dan bakteria.

Bagi anda yang sedang mengalami masalah penyakit kulit seperti panau ini, bolehlah dapatkan segera set vitamin ini bagi membantu dan merawat masalah tersebut agar cepat sembuh dan elakkan dari kembali berulang. 

Gunakan vitamin untuk merawat berbanding petua-petua tradisional yang lebih memeritkan dan menyakitkan kulit anda, contohnya penggunaan belerang dalam kaedah merawat panau ini. Dikhuatiri menyebabkan iritasi pada kulit. Jadi pilihlah vitamin yang selamat, semulajadi dan berkesan ini.

Hubungi saya untuk dapatkan set vitamin panau ini, 010-5667312. Atau, klik saja link whatsapp ini:

Tuesday 14 June 2016

Penyakit Kayap : Cara Merawat dan Pantang Larang

Kayap adalah lanjutan dari penyakit Chicken Pox. Penyakit ini mempunyai persamaan dengan demam campak atau Chicken Pox iaitu datang dari kelompok virus yang sama iaitu Herpes dan virus ini boleh bersembunyi di bawah kulit dan menunggu masa untuk muncul sebagai kayap.


Dalam istilah perubatan, kayap dikenali sebagai herpes zoster. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV)

Risiko-risiko utama penyakit ini ialah:

  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana sistem ketahanan sistem imun berkurang.
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman HIV
  3. Kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid)


Gejala dan Tanda Penyakit Kayap


Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal)

Tanda terawal penyakit kayap ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit mulai timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80 peratus pesakit. Ia akan berterusan untuk tiga hingga lima hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembung-gelembung air yang kecil. Air di dalam gelumbung tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelumbung tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembung-gelembung air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun begitu, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnos penyakit ini.

Komplikasi dan Kesan Akibat Dari Penyakit Kayap


Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembung-gelembung air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembung-gelembung tersebut dan berisiko untuk merebak ke kawasan lain.

Pesakit juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan. Bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut.

Terkejut saya apabila mendapat panggilan daripada seorang anak kepada bapa yang sedang sakit mengidap kayap ular. Kata anak ini, bapanya sudah hampir tiga bulan diserang kayap. Pada mulanya mereka ingat gatal-gatal biasa. Lama-lama ianya semakin merayap dan air bisa bercampur nanah semakin banyak naik di badan ayahnya. Tidak tahan melihat penderitaan bapanya, anak ini telah mencuba pelbagai cara merawat kayap.

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). 

Kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis) paru-paru (pheumomitis) dan usus (enterocolitis).

Komplikasi kronik yang lain adalah seperti kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang. Selalunya dialami oleh pesakit yang lebih tua (berumur lebih 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup peakit.

Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).


Pantang Larang Ketika Mengalami Sakit Kayap


Bagi membantu proses penyembuhan yang cepat, orang-orang lama mengamalkan beberapa petua dan pantang larang ketika mengalami sakit kayap, antaranya ialah:
  • Jangan makan makanan berminyak.
  • Tak boleh makan buah tempatan
  • Tak boleh kena sabun
  • Tak boleh makan buah atau sayur yang menjalar atar berjulur (contohnya tembikai, timun,labu)
  • Kena elakkan makanan yang gatal (contoh seafood, ayam,telur)
  • Tak boleh dengar orang goreng lauk dan tak boleh goreng sebarang benda.
Namun sejauh mana kesahihan pantang larang orang terdahulu ini tak dapat saya nak pastikan. Yang baik kita ikut dan rasa tak okey kita jadikan panduan.

Rawatan dan Vitamin untuk Kayap





Nutriferon : mampu menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang. Jika anda sedang menderita terkena kayap, inshaallah Nutriferon membantu menaikkan sistem imun anda dan melawan semua virus yang cuba melawan.

Garlic Complex : bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Ia bersifat antivirus untuk menghalang serangan jangkitan virus, bakteria dan kuman bagi memastikan penyakit tidak merebak menjadi lebih teruk. 

Vivix : Sekiranya anda tidak mengambil vitamin jenis pil (Garlic Complex) atau serbuk (NutriFeron), anda boleh gantikan dengan pengambilan cecair vivix. Fungsi vivix akan membuang segala sel-sel rosak dan cacat akibat serangan kayap kemudian menggantikannya semula dengan sel-sel baru yang lebih sihat. Amalan vivix untuk kayap akan membantu baikpulih semua sistem saraf yang sudah rosak dan terjejas. Sekaligus menaikkan sistem imun anda yang telah lemah akibat serangan virus kayap itu.

Testimoni Kayap Rawat dengan Vitamin


Terkejut saya apabila mendapat panggilan daripada seorang anak kepada bapa yang sedang sakit mengidap kayap ular. Kata anak ini, bapanya sudah hampir tiga bulan diserang kayap. Pada mulanya mereka ingat gatal-gatal biasa. Lama-lama ianya semakin merayap dan air bisa bercampur nanah semakin banyak naik di badan ayahnya. Tidak tahan melihat penderitaan bapanya, anak ini telah mencuba pelbagai cara merawat kayap.


Terkejut saya apabila mendapat panggilan daripada seorang anak kepada bapa yang sedang sakit mengidap kayap ular. Kata anak ini, bapanya sudah hampir tiga bulan diserang kayap. Pada mulanya mereka ingat gatal-gatal biasa. Lama-lama ianya semakin merayap dan air bisa bercampur nanah semakin banyak naik di badan ayahnya. Tidak tahan melihat penderitaan bapanya, anak ini telah mencuba pelbagai cara merawat kayap.


Kalau anda telah berusaha bermacam cara dan petua tradisional untuk mengubati penyakit kayap ini tapi masih belum sembuh sepenuhnya atau masih teraa sakit di bahagian saraf akibat penyakit ini, hubungi saya ya untuk dapatkan set vitamin merawat kayap ini segera tau. Jangan biarkan ianya berlanjutan atau mungkin akan mengakibatkan komplikasi lain.
Whatsapp saya: 012-9362692 untuk tempahan

Rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/




Thursday 9 June 2016

Anak Kerap Semput dan Tak Datang Sekolah? Ketahui Cara Elak Serangan Asma Berulang

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit. 

Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.


Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi di mana anak-anak kepada penghidap ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.


Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengkajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.


Rawatan Nebulizer dan Steroid


Kebiasaannya, ubat yang dicadangkan oleh doktor untuk merawat penyakit asma adalah dengan menggunakan nebulizer dan ubat (dos steroid) bergantung pada umur dan tahap yang dihidapi pesakit. Malah, ada kemungkinan juga doktor akan mencadangkan penggunaan inhaler.

Tapi, sampai bilakah kita mahu terus membiarkan anak-anak kita dirawat menggunakan steroid, yang memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. 

Mak, adik sakit :(


Cara Mencegah dan Elakkan Serangan Asma Berulang

Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyk ikan dapat mencegah penyakit asma terutamanya semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA)

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan terbaik Omega Guard dapat membantu meredakan inflamasi.

Terdapat kajian yang mendapati pengambilan asid lemak Omega-3 serba sedikit membantu mengatasi masalah penyakit lelah. Asid lemak Omega-3 bersifat antiradang. Kerana itu ia sangat baik diambil oleh mereka yang mengalami masalah berkaitan keradangan seperti asma (radang pernafasan) artritis reumatoid dan sebagainya.

"Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. Because ashtma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing and because Eskimos, who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers"
-Livestrong

Dari segi perubatan kita dah tahu cara merawat asma menggunakan steroid dan ubat-ubatan drugs. Namun disini, saya nak kongsikan pengalaman ibu-ibu yang telah menggunakan supplement sebagai salah satu cara alternatif untuk mengurangkan simptom asma pada anak-anak mereka.






Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 paling selamat kerana menjalani proses penyulingan proprietari 3 molekul yang mengekstrak Omega-3 yang tulen dan juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB. Omega-3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk.

Jom dapatkan segera Omega-3 dari Omega Guard Shaklee sekarang. Kembalikan kesihatan anak anda agar sentiasa sihat, lincah dan aktif.

Untuk pesanan dan konsultasi, whatsapp 012-9362692 :)

Wednesday 8 June 2016

Penyakit Genetik dan Rawatan Untuk Pesakit Talasemia



Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Jenis-jenis Talasemia

Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu :

Talasemia Minor - Pembawa gen talasemia

Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

Talasemia Major - Pesakit talasemia

Pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3-18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:
  • Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Tumbesaran terbantut
  • Perubahan pembentukan dibahagian muka (dilihat apabila anak semakin membesar)

'



Talasemia, suatu jenis penyakit genetik jarang di dengar tetapi jika anda pasangan yang bakal berkahwin diwajibkan menjalani saringan ujian darah talasemia bersama pasangan. Ujian saringan ini untuk mengetahui adakah anda pembawa gen talasemia ataupun tidak kerana adalah tidak digalakan perkahwinan antara pembawa gen.

Rawatan Talasemia

  • Pesakit talasemia major perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

  • Kesan daripada transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kalenjar endokrin yang boleh merosakkan fungsi organ tersebut.

  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

  • Pemindahan tulang sum-sum sekiranya ada penderma yang bersesuaian dikalangan ahli keluarga.

Set Vitamin Shaklee Yang Sesuai untuk Pesakit Talasemia

Untuk lebih optimumkan tahap kesihatan pesakit talasemia, pengambilan vitamin shaklee amat digalakkan. Suka saya sarankan anda untuk mencuba vivix, agen antioksida yang terbaik dengan kandungan resveratrol yang tinggi. Vivix juga telah terbukti dalam kajian klinikal yang memberikan kesan lebih baik buat pesakit anemia dan talasemia.

Tuesday 7 June 2016

Ketahui 9 Penyebab Migrain dan Cara Mengatasinya

Kenali Jenis Sakit Kepala dan Cara Merawat Migrain

Pernah tak anda merasa sakit kepala yang sukar digambarkan?

Kepala terasa lebih berat dari biasa, malah adakalanya ia berdenyut di sebelah kiri atau kanan kepala atau ada juga di sekitar kening dan mata.

Entry terdahulu saya pernah kongsikan mengenai jenis sakit kepala yang disebabkan sinus (resdung) dan tekanan. Namun, apakah yang dikatakan sakit kepala migrain ini. Jom baca info lebih lanjut.



Apakah Migrain

Migrain berlaku disebabkan saluran darah dalam otak mengembang dan menguncup. Jika seseorang mengalami migrain, ia akan merasakan sakit kepala yang berdenyut dan amat menyakitkan, disusuli dengan rasa loya, muntah-muntah dan menjadi terlalu sensitif kepada cahaya dan bunyi.

Saya sendiri juga pernah mengalami sakit migrain yang agak teruk sebelum ini dan boleh dikatakan agak kerap juga mengalami migrain. Ketika migrain menyerang, memang tidak mampu membuat sebarang kerja kerana sakit yang agak teruk rasanya. Apa yang boleh saya lakukan ketika diserang migrain adalah rehatkan diri secukupnya.

Ciri-ciri Migrain

  • Rasa sakit berdenyut-denyut dibahagian sebelah kepala. (Atau kedua-dua bila di tahap kronik)

  • Sakit dibahagian belakang mata

  • Loya, muntah-muntah atau kedua-duanya

  • Sakit kepala akan menjadi lebih teruk apabila anda terdedah kepada cahaya, bunyi bising atau bau.

  • Kesakitan mungkin bertambah buruk semasa melakukan aktiviti fizikal

  • Rasa sakit sederhana tapi mungkin bertambah buruk sehingga anda terpaksa berhenti daripada melakukan aktiviti harian anda.

Penyebab dan Punca Berlakunya Migrain

  1. Persekitaran
    Terkena asap rokok, habuk, bunyi bisinh, bau yang kuat dan cahaya terang dari televisyen dan sebagainya.

  2. Makanan :
    Elakkan makanan tertentu jika anda mengalami migrain selepas memakannya.
    Contoh makanan penyebab migrain: makanan yang kaya MSG atau nitrat, kafein, coklat, buah-buahan sitrus (oren,limau), kekacang, susu dan produk tenusu, daging, makanan diperam atau jeruk, produk gandum termasuk roti dan pasta dll.

  3. Hormon : Mengalami hadi dan menopos

  4. Psikologi : Mengalami keletihan, kemurungan, stress dan sebagainya.

  5. Kurang tidur atau tidur tidak tetap

  6. Paras gula dalam darah rendah

  7. Perubahan cuaca

  8. Ubat-ubatan : 
    Ada mengambil ubat perancang keluarga, ubat tidur, rawatan hormon dan lain-lain ubat untuk kesihatan.

  9. Berpuasa

Petua dan Cara Merawat Migrain

  • Berehat atau tidur dalam bilik gelap

  • Rendam tangan dalam air sejuk/ais

  • Gunakan bahan rempah (kacang hijau, garam kasar, lada hitam)
    Campur ketiga-tiga bahan tersebut dan letakkan atas surat khabar. Kemudian pijak bahan tersebut sambil berselawat. Inshaallah.

  • Baring kepala dibawah, kaki ke atas

  • Sujud

  • Berurut/ berbekam/ akupuntur

  • Kawal pernafasan

Merawat Migrain dengan Vitamin Semulajadi


Ostematrix


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darahMagnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...


B.Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. ...


Testimoni Set Migrain Shaklee

Testimoni 1:

"Macam hubby fiza dulu ada migrain kronik.. Setiap hari sakit kepala.. Konsisten ostematrix dan bcomplex and now totally bebas migrain.. Dia pun tak perasan bila migrain tu hilang, langsung takde.."
Testimoni Set Migrain Shaklee

Testimoni 2:

"Adik makan bcomplex dan ostematrix dah jarang dapat migrain sekarang"

Testimoni Set Migrain Shaklee

Anda berminat nak cuba vitamin semulajadi ini? Hanya whatsapp 012-9362692 dan buat tempahan sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...