SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday, 29 June 2016

Cara Mudah dan Berkesan Rawat Tumit Merekah, Kasar dan Pecah-Pecah



Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semuanya tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah tumit kaki merekah dan pecah-pecah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Sebelum ini saya pernah kongsikan tips penjagaan kaki, elakkan tumit kaki merekah kali ini saya nak kongsikan dengan anda apakah faktor penyebab terjadinya tumit merekah.

Faktor Penyebab Tumit Pecah dan Merekah

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Sekiranya keluarga anda mempunyai masalah kulit kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stokin ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Walaupun ianya bukan masalah kesihatan yang serius, masalah tumit merekah boleh menyebabkan diri anda sendiri kurang selesa dengan keadaan tumit yang kasar terutamanya jika waktu tidur, terasa kaki bagai menarik benang di cadar atau toto yang digunakan.

Rawatan Tumit Merekah

Namun jangan bimbang, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khususnya untuk penjagaan kaki.

Selain daripada memastikan pengambilan air masak yang secukupnya dan kekalkan berat badan, Antara produk yang saya sarankan untuk anda mencuba adalah krim herbal blend shaklee. Krim ini bebas paraben dan diperbuat dari bahan semulajadi, tiada bahan kimia.

Dengan harga yang sangat mampu milik dan pelbagai kegunaan, anda memang memerlukan 1 tiub untuk kegunaan keluarga anda.


Ada masalah tumit pecah, merekah dan kasar?

Whatsapp SHA 012-9362692 dan tempah krim ini sekarang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...