SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday, 11 August 2016

Rasa Tidak Selesa Angin Banyak Dalam Badan, Cubalah #7 Petua Ini

Angin dalam badan.

Ada ketika masa badan kita bagaikan terlalu banyak angin, terasa lega jika mudah dikeluarkan. Tetapi yang menjadi masalah dan tidak selesa jika terasa angin keluar tapi rasa tak puas.

Gas atau angin yang terhasil itu hadir dari dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil atau usus besar) yang mungkin berpunca daripada daripada udara yang disedut atau bakteria yang terdapat dalam usus akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan.


Kesan akibat angin banyak dalam badan, menimbulkan pelbagai ketidakselesaan seperti:
  • Perut rasa mencucuk-cucuk dan senak sebab angin tak keluar
  • Perut rasa kembung
  • Sakit badan dan sengal-sengal tulang
  • Selalu kentut tapi rasa tak puas
  • Rasa sejuk kaki
  • Sakit kepala
  • dan banyak lagi
Antara petua yang boleh anda cuba untuk membuang angin dengan kaedah semulajadi:
  1. Banyakkan minum air suam supaya ruang tersebut diganti dengan air dan bukannya angin.
  2. Lakukan urutan visera (abdomen).
    Mula-mula letakkan kedua-dua tapak di paha kanan atas, kemudian tekan abdomen dan urut sehingga ke bawah tulang rusuk dan teruskan urut di sepanjang bawah tulang rusuk ke arah kiri, turun ke bawah hingga di atas paha kiri. Ulang urutan sehingga rasa angin keluar.
  3. Gunakan pencuci kolon/usus besar semulajadi yang terdapat dipasaran, atau gunakan herblax pasti semulajadi.
  4. Kunyah makanan perlahan-lahan supaya lebih senang hadam
  5. Elakkan makan gula-gula getah dan menelan banyak udara
  6. Makan dalam portion yang kecil setiap 2-3 jam
  7. Amalkan minuman air halia atau bawang putih.
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya
  • Hiris nipis-nipis
  • Rebus bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas
  • Amalkan sebulan sekali.
Namun, untuk lebih mudah dan senang dimakan pada bila-bila masa, saya sendiri amalkan pengambilan Peppermint Ginger Plus dan Garlic Complex.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...