Assalamualaikum..salam pd semua..entry kali ni, nak jelaskan
kat semua org..actually ramai yg tanya saya..nape nak kena ambik supplements?
padahal kita leh dapat itu semua dari makanan harian..sumber
asli..fresh..hmmm..tak mo komen panjang2..this 7 sebab is antara sebab nya kita
semua perlukan supplements dalam hidupan harian..
(sumber : surijunior)
1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah
pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan
didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia
berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, agen penyebab kanser. Bagaimana
pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua
puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam
rumah.
2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi
sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan
lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti
Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan
nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang
rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang
sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi
dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.
3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau
tercemar
Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang
tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya
sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang
bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini
diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk
membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas
digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam
secara ORGANIK.
4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan
berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat).
Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7
bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang
pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan
Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang
jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut
boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan
supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan +
peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda
lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini
mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.
5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk
dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi
itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita
boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi
budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang
kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan
berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya,
manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula
aktiviti apa yg dilakukan.
6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah
anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam
tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient
penting dalam tubuh.
7 - Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat
keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara
yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan
nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari
ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan
penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang
sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan
vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu
lama? jadi apa pula yang tinggal ya?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia 7 sebab yang perlu anda
renung2kan Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Supplemen dari jenama
Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana?
"Kesihatan adalah tenaga,
kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya,
apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik.
Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah
membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama
lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi
Shaklee."~Shaklee website
Anda yg lain bagaimana? Masih
terfikir2 lg nak ambik makanan tambahan atau pon tidak? Tak rugi mencuba demi
permulaan kehidupan dengan kesihatan yg baik seisi keluarga..bak kata pepatah,
sediakan payung sebelom hujan..pelaburan yg berbaloi..bila seisi keluarga anda
sihat, kehidupan lebih ceria kan..setiap masalah ade
penyelesaiannya..insyaallah..segalanya dengan izin Allah jua :)
No comments:
Post a Comment