Pages

Sunday, 20 January 2013

Mulakan Tahun Baru Dengan Nutrien Yang Betul!

Hai semua...Selamat Pagi..

Semoga pagi yang indah ni memberi sejuta makna utk kita menghargai kesihatan yang sihat yang Allah swt berikan pada kita..In Shaa Allah :)

Agak lama jugak IHH tak update blog ni akibat kesibukan yang melanda, menguruskan baby dan sibuk menjalani rutin-rutin orang berpantang. Tak update bukan bermakna tak tengok and tak respond dengan customer-customer IHH yer ;)

Memandangkan tahun 2013 sudah pun menjengah, pihak IHH ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua customer-customer dan kepada bakal-bakal customer yang sentiasa mengikuti setiap info yang IHH share kan utk tatapan bersama. Diharap tahun baru ini memberi kita lebih motivasi utk memajukan diri dan keluarga. So, apa azam anda semua ??? dah pikirkan ke belum..atau masih carry on dengan azam tahun lepas.. Apa pun IHH, berharap dan berdoa agar semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik & sihat selalu hendaknya. Aminn :)

Oklah, IHH nak share sket rencana kesihatan shaklee di iSihat keluaran Januari 2013, siapa yang dah dapatkan bolehlah hadam sendiri..tapi pada siapa yg masih belum berkesempatan utk membeli majalah ni, harini IHH nak share kan bersama. Al-maklumlah, Sharing is Caring kan :)
Klik gambar utk lebih jelas. tq ;)



Perkara yang perlu anda titikberatkan untuk mengambil nutrien yang betul:

1.Menggabungkan sumber protein sihat ke dalam diet anda
Pilih protein yang bukan dari sumber daging seperti soya. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Beberapa kajian menunjukkan soya juga boleh mengurangkan kolestrol LDL.


2.Mengamalkan pemakanan yang lengkap@mengikut piramid makanan
Bekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum dengan mengambil pelbagai jenis makanan atau mengambil multivitamin.


3.Mengamalkan Vitamin C dan B
Vitamin C dan B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil. Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta seluruh badan.

4. Tambahkan resveratrol dan polyphenols
Kjian mendapati bahawa penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet dapat membantu menggalakkan penuaan yang sihatdan meningkatkan tahap tenaga.


5. Aktifkan diri
Bersenam secara teratur penting untuk mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu mengekalkan berat dan mengelakkan daripada diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6. Belajar menguruskan tekanan dalam kehidupan anda
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa utk berseronok dan berehat dapat membantu melegakan tekanan anda.

7. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
Merokok dan mengambil alkohol boleh menyebabkan penyakit kronik dan memepercepatkan proses penuaan.
Apa tunggu lagi??? Dapatkan nutrien yg lengkap dari Shaklee sekarang bagi merealisasikan azam tahun baru anda :)


Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 
:
:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::


5 comments: