Bahaya Makanan Tahan Lama
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa makanan yang diproses dapat bertahan begitu lama? Keadaan tersebut adalah disebabkan oleh suatu rahsia gelap yang digelar lemak trans. Lemak trans bukan sahaja menjadikan makanan lebih lazat dan kelihatan elok, ia turut mempunyai keupayaan khusus untuk memanjangkan hayat simpanan makanan agar:
- Krim segar dan krimer kopi tidak mudah menjadi tengik.
- Aising berasaskan mentega tidak mudah mencair.
- Biskut menjadi lembut namun dapat bertahan untuk berbulan-bulan.
- Minyak masak dapat digunakan semula berkali-kali tanpa menjadi buruk.
Manakala lemak trans dapat memanjangkan hayat makanan, ia juga dapat memendekkan nyawa seseorang. Pihak berkuasa kesihatan turut memberi kesedaran dan amaran kepada orang ramai mengenai bahaya lemak trans yang menyumbang kepada penyakit jantung.
No comments:
Post a Comment