Perut buncit bukan sahaja mendatangkan masalah kepada lelaki sahaja, wanita juga turut mengalami masalah perut buncit ini. Lazimnya, wanita yang mengalami masalah begini adalah disebabkan oleh faktor selepas melahirkan atau mungkin juga disebabkakn boleh kurangkan menjaga pemakanan dan amalkan gaya hidup kurang sihat seperti mengambil alkohol atau tidak bersenam.
Lelaki selepas berkahwin kebiasaannya kita akan mula lihat perubahan paling ketara adalah perut yang semakin membulat. Tak percaya? cuba lihat gambar kahwin anda dan suami dengan gambar terbaru sekarang. Kalau yang belum berkahwin tu, buat pemerhatian sendiri je la yer..hehe.
Sedikit perkongsian mengenai tips dan petua dalam mengempiskan perut buncit sesuai untuk semua, sama ada yang sudah berkahwin atau pun belum, lelaki mahupun wanita. Semua boleh amalkan tips dan petua kempiskan perut ini.
Tips Atasi Masalah Perut Buncit
- Elakkan makanan ringan
- Berhenti makan lewat malam
- Kurangkan minuman bersoda atau bergula
- Pilih menu makanan yang betul
- Lakukan senaman seperti sit-up, 10-20 kali sehari
- Banyak minum air masak
- Makan dalam pinggan kecil dengan kuantiti sedikit
Selain amalkan tips diatas ini dan konsisten dengannya, anda juga boleh amalkan petua tradisional dalam mengempiskan perut buncit. Amalan ini memang saya sendiri amalkan sepanjang tempoh berpantang, memang berkesan untuk saya. Anda pon boleh mencubanya sendiri dirumah.
Petua Tradisional Kempiskan Perut Buncit
Sapukan kapur dan limau nipis di sekitar perut.
No comments:
Post a Comment