Pages

Friday, 30 January 2015

Jaundis atau kekuningan pada Bayi Dan Rawatannya



Jaundis (Demam Kuning)

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan uang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat.

jaundis pada bayi baru lahir


Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidai jaundis akan mengalami kerosakan saraf. Walaubagaimanapun, hal ini hanya berlaku apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis atau demam kuning ini pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Manakala 80% bayi tidak cukup bulan pula akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran.

Merawat Demam Kuning Pada Bayi

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih 14 hari.
Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecahkan bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit, tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin.




AMARAN : 

Anda sama sekali dilarang mengambil jamu atau sebarang kandungan yang mengandungi herba-herba sewaktu tempoh anak kena jaundis. Dikhuatiri memberi kesan kepada anak. Sila dapatkan atau merujuk pada doktor yang merawat anda. 

Namun para ibu masih boleh kekal sihat dan bertenaga dengan set pantang mesra ibu dan anak ini, selamat diambil oleh ibu dan tidak memudaratkan pada bayi, Pastinya dengan izin Allah jua :)

No comments:

Post a Comment