Pages

Thursday, 1 January 2015

Teruskan Melangkah...Selamat Tahun Baru 2015

Assalammualaikum,

Dalam sedar dan tidak, kita telah pon melangkah ke tahun baru. Bagaimanakah kita 365 hari yang lepas? Bak kata orang lama, usah diingat perkara yang lepas. Ya, benar dan saya juga adakalanya bersetuju dengan kata-kata ini. Tetapi sebagai seorang manusia, ada kala kita perlu beringat juga perkara yang lepas, untuk dijadikan pedoman dan tauladan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Apabila melangkah ke tahun baru, pertanyaan yang seringkali diterjah ialah "apakah azam tahun baru". Betul tak kawan-kawan blogger. Terutamanya waktu sekolah, mesti cikgu-cikgu masuk kelas bercakap pasal azam..*ting! teringat zaman sekolah dolu kala.. hahaha. Dah meningkat dewasa, bukan tua tau...cuma bertambah matang sikit jer... lalalala~ saya seperti baru 'tersedar' dan mencari arah. Bukan bermakna sebelum ni saya tersesat, tapi sekarang saya tahu mana nak arah kan perjalanan hidup ini yang entah bila penamatnya *tacing* .

So dah sebut pasal azam, tahu ni saya berazam untuk menjadi seorang yang lebih beraura positif dan ingin mengembangkan lagi empayar bisnes shaklee saya dan menjadi seorang leader yang lebih bagus, untuk anak-anak bisnes untuk sama-sama berjaya. Aminn.

Selain dari azam tahun baru, saya punya beberapa wishlist untuk dicapai tahun ni.

Antara termasuk dalam wishlist saya untuk dapatkan Iphone6!
hahaha..okaylah kan

Lepas tu adalah beberapa plan nak melihat negara orang pulak. Dalam cadangan sekarang ni maybe Australia dan Bandung atau Bali, Indonesia.

kalau dari segi bisnes pulak, saya nak lahirkan ramai leader dalam empayar saya. Untuk diri sendiri target untuk sampai key Coordinator boleh...ehehehehe.

yang lain-lain tu nantilah saya bagitau.

Doakan saya tau dapat capai semua wishlist ni sebelum 31 Disember 2015.
Hehe

Apapun selamat tahun 2015 baru semua.

1 comment:

  1. Semoga berjaya yaaa. jom join segmen pertama aisyah

    http://thebungapink.blogspot.com/2015/01/segmen-kita-kawan-by-aisyah-mazalan.html

    ReplyDelete