Pages

Wednesday, 1 July 2015

Zinc Bantu Sembuhkan Luka Bersalin atau Pembedahan dengan Cepat

Sejak saya berkecimpung dalam dunia makanan tambahan ni, semakin luas pergaulan saya dengan rakan-rakan sosial terutamanya team susur galur kami. Dengan pelbagai latar belakang, sedikit sebanyak kami dapat berkongsi info mengenai apa jua terutamanya bidang kesihatan dan keibubapaan.

Antara yang menjadi topik yang pernah dibualkan kami adalah berkenaan penjagaan selepas bersalin terutamanya ibu yang melahirkan bayi menggunakan kaedah pembedahan. Saya bersalinkan baby rayy secara normal, jadi bila kawan-kawan memperkata tentang luka pembedahan ni saya memang kurang arif. Tapi bagaimanapun saya tertarik dengan seorang rakan yang juga seorang doktor perubatan bahawa, elakkan mengambil pati ikan haruan.

Kenapa?

Beliau kata, memang luka seperti cepat sembuh tetapi hakikatnya luka yang sembuh itu hanya dibahagian luar dan tidak dibahagian lapisan dalam. Ternyata rakan-rakan yang berpengalaman bersalin pembedahan (ceaser) bersetuju.

Sewaktu saya berpantang 3 tahun lepas, saya ada juga mengamalkan makan sup ikan haruan dan mengambil pati ikan haruan tetapi itupun setelah hampir sebulan bersalin. Namun, saya tidaklah gusar sangat mengenai luka bersalin tu kerana dengan izin Allah luka saya tidaklah banyak ataupun teruk dan saya juga turut mengamalkan set berpantang shaklee yang mengandungi vitamin seperti zinc, protein dan vitamin c yang sangat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

2 comments:

  1. elok amik zink daripada amik air pati haruan tu, orang kata lah nanti luka tu jadi melekat..lagi bahaya walaupun dgn tujuan nak cepat baik. tapi luar baik, dalam belum tentu..

    ReplyDelete
  2. Ramai yang masih tidak tahu kelebihan zinc complex ni...good info.tq

    ReplyDelete