Esok cuti ! Yeahhh
Waktu untuk ibu bapa berehat panjang sedikit bersama anak-anak. Mesti ramai yang merancang untuk meluangkan masa dan buat pelbagai aktiviti dengan ahli keluarga sebelum sesi persekolahan Tahun 2016 bermula.
Tapi sebelum itu, jom malam ni kita sental kulit mati, daki dan kecutkan jerawat yang ada. Esok nak berjalan biarlah muka nampak lebih segar dan lebih flawless.
Nak ke spa tak sempat, tips ni boleh saja buat sendiri di rumah, sambil-sambil tengok televisyen dan lipat kain tu kan. Bahan pon saya gunakan apa yang ada dirumah. Tak perlu nak petik-petik daun kat luar rumah, tak perlu nak bersiap ke spa. Hanya di rumah.
Bahan-Bahan:
- 5 Biji Alfalfa
- Madu
Cara cara:
- Biji alfalfa ditumbuk halus sedikit
- Gaulkan serbuk alfalfa dengan satu sudu madu
- Setelah adunan sudah rata, boleh ambil dan gosokan di muka anda
- Biarkan sehingga kering kemudian bilas
So macam mana, mudah dan senang sangat kan tips ni.
Pasti anda terasa kulit wajah anda lebih ringan dan lebih segar berbanding sebelum ni.
Jangan lupa, cuba tips yang saya kongsikan ni tau :)
hi nice sharing done folo, folo me back ;)
ReplyDeleteAssallamualaikum wbt, mudahnya resepi ni..nak try la... moga2 ilanglah daki dan blackhead kat idung ni.. heheh... sis, jom singgah blog sy juga ye... ada byak kongsi tips untuk kekal sihat menawan... insyallah... >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<
ReplyDelete