Scabies, 'Kudis Buta' Ancaman Kepada Bayi dan Kanak-Kanak, Apa Yang Ibubapa Harus Tahu
Apa itu Kudis Buta?
Kudis buta ialah kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.
Perihal Sarcoptes Scabies :
- Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
- Kutu ini berukuran 0.4mm panjang setiap satu
- Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
- Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku di tempat-tempat yang sesak seperti asrama dan rumah asuhan.
Tanda-Tanda dan Gejala Kudis Buta
Kudis buta biasanya berkait dengan:
- kegatalan kulit yang teramat sangat, lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
- tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
- bintik merah- seperti ruam terutamanya dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki
- garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).
nota: kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.
Kawasan Yang Biasa Terjadi Kudis Buta
Tempat-tempat biasa ialah:- Celah-celah jari
- Tapak tangan
- Bahagian dalam pergelangan tangan
- Kawasan kemaluan
- Punggung
- Sekitar pusat
- Celah-celah ketiak
- Siku
- Kaki dan buku lali
Bagaimana Kudis Buta Merebak?
Perunding Paediatrik, Dr. S.Selvakumar berkata 'perpindahan' hama boleh berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya 'berpasangan' untuk membiakkan lagi baka.
Semua orang tanpa peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini. Sesiapa yng terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit kepada keluarga lain di rumah. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.
Cara Mencegah dan Merawat Dari Penyakit Kudis Buta
Pencegahan dan langkah-langkah kebersihan boleh dilakukan seperti:
- Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
- Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang bertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
- Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
- Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Rawatan menggunakan ubat yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Antara krim dan losyen yang digunakan adalah seperti losyen permethrin, krim gamma benzene hexachloride, losyen benzyl benzoate, losyen malathion dan krim crotamiton.
Bagaimanapon krim ini adalah krim steroid. Dikhuatiri hanya memberi kesan lega sementara kerana penyakit kudis buta ini boleh berulang semula.
Cadangan Vitamin Merawat Kudis Buta
Ada yang berminggu-minggu terkena scabies, baik kanak-kanak mahupun dewasa tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Ditambah pula dengan rasa gatal yang semakin menjadi-jadi di waktu malam, tanpa sedar kulit digaru sehingga luka.
Jadi saya sarankan kepada anda atau anak-anak yang ada masalah scabies ini untuk mencuba set ini untuk kegunaan dalaman dan luaran. Bagi membasmi hama kudis buta yang mungkin masih berada dalam kulit anda. Jangan biarkan ianya semakin melarat.
Untuk luaran, saya sarankan anda mencuba krim herbal blend untuk tujuan sapu di kawasan yang gatal agar dapat mengurangkan alahan kegatalan yang dirasakan dan basic H pula bertujuan untuk mencuci semua pakaian anda yang mungkin telah dijangkiti hama tersebut. Ia juga boleh digunakan untuk mandi.
Manakala untuk rawatan dalaman, saya cadangkan anda mengambil mealshake, omega dan nutriferon agar dapat meningkatkan sistem imun badan dan melawan kuman hama kudis buta tersebut.
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, whatsapp saya 012-9362692. Rawat segera sebelum melarat.
rujukan:
petua-sihatsehat.blogspot.com
myhealth.gov.my
No comments:
Post a Comment