Pages

Tuesday, 28 June 2016

Tompok Hitam di Muka Tanda Jeragat! Ketahui Punca dan Cara Rawatan Terbaik Atasi Jeragat

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut raya aidilfitri, macam mana persiapan semua. Sudah lengkapkah baju raya, kuih raya sudah tempah ke belum dan duit raya dah ready nak bagi pada sanak saudara ke.. banyak perkara kena fikir, tapi jangan lupa penampilan diri dan wajah juga penting ya.

Bukan saja-saja saya nak ingatkan tapi perkara macam ni berkait rapat juga tau dengan keyakinan diri kita, lebih-lebih lagi bila hari raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi dan ramai saudara mara berkumpul. Mesti segan jika ada yang jenis ringan mulut bertanya itu ini pasal masalah kulit muka kita kan.



Jeragat adalah salah satu punca masalah kulit yang seringkali menghantui ramai wanita selain dari kulit berjerawat.

Jeragat di muka atau Melasma adalah gejala abnormal tompokan atau bintik-bintik berwarna coklat keperangan, kekuningan atau biru-kelabu yang terdapat pada permukaan kulit. Jeragat biasanya berlaku pada bahagian antara kawasan hidung dan dagu, pipi dan hidung dan antara rahang bawag hingga dagu.

Struktur jeragat berkait rapat dengan proses pigmentasi. Pigmentasi kulit disebabkan oleh pengeluaran melanin secara berlebihan- hiperpigmentasi; oleh melanocytes (sel pigmen) untuk tindakbalas keratinocytes (epidermal melanosis-lapisan luar kulit) atau terkumpul di bahagian dermis (dermal melanosis- lapisan tengah kulit)


Punca Terjadinya Jeragat


Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit berpendapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
  • Sinaran matahari

    Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap melanoctes. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
cara atasi jeragat cepat

  • Perubahan hormon

    Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul dikalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  • Kosmetik

    Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka. Selain itu, penggunaan barangan make-up yang tidak berkualiti dan bermutu rendah juga dikatakan menyumbang kepada masalah jeragat.
  • Keturunan

    Akibat daripada genetik.


Bagaimana Merawat Jeragat

  1. Biasakan diri menggunakan krimSPF sebelum keluar rumah untuk lindungi kulit dari sinar uv.
  2. Gunakan produk dan alatan make-up yang bermutu dan lakukan urutan muka yang boleh melancarkan peredaran darah.
  3. Elakkan penggunaan skincare yang mengandungi hidrokinon, jangan mengunakan produk pengelupasan dan pemutihan kulit muka kerana ianya akan menghakiskan kulit dan menyebabkan kulit makin menipis dan jadi lebih sensitif.
  4. Kecantikan bermula dari dalam, amalkan pemakanan sihat, tinggi antioksidan dan memenuhi diet makanan yang baik seperti viamin, mineral dan protein. Elak makanan berminyak, kolesterol tinggi dan garam berlebihan.
  5. Amalkan minum air masak secukupnya dalam sehari. Air masak dan bukannya air manis seperti coke, pepsi dan lain-lain.

Supplemen dan Skincare Yang Membantu Atasi Jeragat

Anda pasti tidak suka sekiranya masalah jeragat ini sentiasa berulang-ulang kan. Jadi untuk mengatasi agar ia tidak berulang kembali, saya sarankan agar anda mencuba sendiri set jeragat shaklee untuk menyelesaikan masalah kulit anda supaya tidak menjadi semakin teruk.

Senarai vitamin dan produk shaklee yang bagus untuk kulit berjeragat:

  • Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 - untuk lindungi kulit dari sinar uv waktu siang hari.
  • Nutriwhite Spot Whitening Treatment - untuk kurangkan dan memudarkan warna coklat jeragat


  • Collagen Powder : kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit. Semakin umur meningkat semakin badan kekurangan kolagen sekaligus memberi peluang terjadinya jeragat, Pengambilan kolagen yang konsisten dapat menghalang kejadian jeragat.
  • Vitamin E : terkenal sebagai vitamin awet muda sebab ianya dapat membantu keseimbangan hormon dan dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Justeru itu penting untuk mereka yang bermasalah kulit berminyak dan berjeragat.
  • Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan vitamin C yang konsisten membantu anda dapatkan kulit tampak lebih cerah, tona kulit sekata dan melambatkan proses penuaan serta menyekat pembentukan pigmentasi.
  • GLA Complex : melambatkan menopaus dan melegakan simptom menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan memberikan tona kulit yang sekata.
  • ESP (Soy Protein) : penting dalam penghasilan sel baru dan mengurangkan kesan kulit mati. Kandungan protein yang cukup dalam sel kulit juga mampu menghalang tompokan pigmentasi sekaligus menyebabkan terjadinya jeragat.

Jangan biarkan masalah kulit berjeragat anda semakin bertambah teruk sehingga boleh menyebabkan anda merasa rendah diri dan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang lain. Jangan segan hubungi sha 012-9362692 untuk dapatkan set jeragat sekarang.

1 comment: