Pages

Friday, 29 July 2016

Anak Tak Reti Duduk Diam, Hiperaktif ke

CIRI ANAK HIPERAKTIF

Apa itu ADHD?
ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dalam erti kata lain hyperactive. Selalunya ibu bapa dan guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak dengar cakap ini sebagai hyperactive. Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive. Anak hyperactive akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperactive. Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam kategori benar “hyperactive” atau biasa sahaja.

Tanda-tanda ADHD
Kanak-kanak ADHD yang hiperaktif selalunya menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam 3 kategori besar samaada di rumah, sekolah dan sebagainya.

Susahnya nak duduk diam
Susahnya nak duduk diam

1. Hiperaktiviti
Jika diperhatikan, kanak-kanak hyperactive ini sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda. Mereka juga tidak boleh duduk diam di dalam kelas dan sentiasa akan berlari dan memanjat. Adakalanya mereka akan mengusik orang lain tanpa sebab. Jika kanak-kanak ini terlibat dalam aktiviti senyap, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan perhatian.
2. Tempoh tumpuan yang singkat
Kebanyakan kanak-kanak hyperactive akan menunjukkan tanda seperti susah untuk memberikan tumpuan yang lama apabila ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bercakap dengannya. Paling lama tumpuan dapat diberikan hanya dalam 10 minit sahaja. Selain itu mereka juga tidak dapat mengikut peraturan dan gagal menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan. Malah tidak hairan jika mereka sering kehilangan alat tulis setiap kali ke sekolah. Ada setengah kes yang agak berat, kanak-kanak hyperactive ini lebih mudah lupa walaupun tidak logik mengikut usia sebenar mereka.
3. Kurang sabar
Disebabkan kanak-kanak ini terlalu cergas, mereka juga akan menghadapi tekanan di mana mereka kurang sabar dalam kehidupan seharian. Jika di kelas, mereka selalunya akan cepat memberi jawapan sebelum soalan yang lengkap diajukan. Hal ini terjadi kerana mereka kurang sabar untuk menunggu dan mahu semuanya cepat sahaja. Mungkin kerana ini juga mereka cenderung untuk mengganggu perbualan orang lain. Jika orang tidak memahami masalah mereka, anak-anak ini akan dianggap biadap. Akibat dari sikap kurang sabar ini juga mereka lebih mudah mendapat kemalangan.

No comments:

Post a Comment