Pages

Wednesday, 24 August 2016

Najis Berdarah Simptom Kanser Kolon, Jalani Kolonoskopi Untuk Kesihatan Usus

Kanser kolon atau usus ini biasanya dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Di Malaysia, penyakit jenis ini sering menyerang dan kerap dihidapi penduduk.

Kanser usus boleh menyerang siapa sahaja. Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang bahagian rektum lebih banyak dihadapi wanita.

Setiap penyakit pastinya ada penawar jika dapat dikesan awal. Misalnya jika terdapat simptom seperti najis berdarah janganlah ambil ringan atau beranggapan ia buasir dan selagi tidak menyakitkan, tidak mahu berjumpa doktor.

Sikap sambil lewa anda mungkin menyebabkan penyakit sudah berada pada tahap lanjut dan pastinya lebih sukar untuk diselamatkan. Malah jika dibiarkan ia juga boleh membawa maut.

Kanser kolon terbentuk apabila ada ketumbuhan kecil dinamakan polip. Polip berasal daripada sel menyelaputi usus dan rektum iaitu dinding usus.

Kehadiran Polip Dalam Usus Boleh Mencetuskan Kanser

Apakah Penyumbang Kepada Kanser Kolon (Usus)
  • Sejarah keluarga
  • peningkatan usia
  • merokok
  • obesiti
  • kencing manis
  • alkohol dan
  • pengambilan makanan yang diawet


Menurut American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik beradik) menghidap kanser kolon (kanser usus) pada usia sekitar 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun.





Faktor/risiko menghidap kanser usus:
1. Diet tidak seimbang iaitu kerap mengambil makanan banyak lemak dan kurang makan serat.
2. Kegemukan.
3. Bekas pesakit kanser kolon yang sudah menjalani pembedahan membuang kanser berkenaan.
4. Pesakit pernah mempunyai polip dalam usus. Tidak semua polip berisiko mendapat kanser usus. Cuma satu polip iaitu adenomatous dipercayai penyebab kanser.
5. Risiko mendapat kanser usus meningkat apabila semakin bertambah umur. Mereka yang berusia lebih 40 tahun ada risiko.
6. Gaya hidup sedentari iaitu kurang bersenam.
Gejala biasanya bergantung pada bagaimana kanser itu terjadi, antaranya:
1. Keluar darah melalui dubur - bergantung pada di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan ia berwarna lebih pekat.
2. Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit-birit dan diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Pesakit juga kadangkala tidak puas buang air besar iaitu terasa ingin membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar.
3. Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen.
4. Berat badan berkurangan tanpa sebab.
5. Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.
6. Kurang 10 peratus pesakit mengalami penyumbatan usus.
Mengurangkan risiko kanser usus:
1. Mengamalkan hidup sihat iaitu mengambil makanan berkhasiat dengan melebihkan sayuran dan buah-buahan.
2. Mengurangkan makanan lemak haiwan seperti kambing dan lembu.
3. Mengekalkan berat badan seimbang.
4. Bersenam.
5. Tidak merokok.
6. Tidak mengambil minuman keras.
Empat rawatan utama untuk kanser usus
• Pembedahan.
• Radioterapi.
• Kemoterapi.
• Target terapi.

Rawatan Alternatif Kanser Usus Dengan Vivix
Supplemen yang sangat dicadangkan untuk rawatan alternatif Kanser Usus ialah Vivix. Menurut kajian, pengambilan Vivix yang kaya dengan resvetrol berupaya  merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon di dalam tubuh.

No comments:

Post a Comment