Pages

Monday, 24 October 2016

EPA & DHA Penting Untuk Perkembangan Otak Anak Ada Dalam Omega Guard

adakah anda faham tentang DHA? Apakah itu DHA? Adakah pengambilan DHA ini penting untuk perkembangan kanak-kanak?

DHA (Asid Dokosaheksaenoik) adalah salah satu nutrisi penting yang diperlukan oleh perkembangan otak kanak-kanak selain daripada zinc, asid folik dan sebagainya. DHA merupakan asid lemak Omega 3 yang sangat penting untuk perkembangan otak, kesihatan mata dan sistem saraf pusat.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Apakah sumber DHA?

Antara sumber DHA adalah seperti:

* Ikan salmon, sardin, tuna, trout dan ikan bilis yang mengandungi 10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber DHA yang bukan berasal dari laut
* Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga




Apakah kepentingan DHA?

Antara kepentingan DHA adalah seperti berikut:
* Perkembangan otak yang baik
* Meningkatkan daya fokus
* Menajamkan penglihatan
* Meningkatkan sistem imun
* Mencegah ekzema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:
*1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
*2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
*4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.

Sekarang anda tentunya telah lebih memahami mengenai DHA ini bukan? Oleh yang demikian, bagaimanakah pula anda ingin berikan makanan yang mempunyai DHA yang benar-benar berkualiti dan cukup untuk keperluan tubuh anak anda?

Anda boleh berikan makanan yang kaya dengan sumber DHA seperti yang saya sebutkan di atas. Namun, kebanyakan kanak-kanak sedikit sukar untuk menyukai ikan dan sayur-sayuran hijau. Sudah pastinya ia tidak mencukupi dengan keperluan harian yang diperlukan oleh tubuh bukan?

Pilihan lain buat anda adalah dengan mengambil supplement atau makanan tambahan sebagai pelengkap kepada pengambilan makanan harian mereka. Pelengkap yer bukan pengganti. Anda perlu teruskan pengambilan melalui makanan harian. Namun, adalah lebih baik anda tambahkan supplement sebagai pelengkap.

Namun, adakah semua supplement minyak ikan mengandungi kandungan DHA dan EPA yang baik? Adakah kualiti minyak ikannya dipelihara atau sekadar minyak hati ikan?

Lihat kandungan DHA dan EPA dalam Omega Guard Shaklee seperti jadual berikut:




Cuba lihat rajah di atas.. Setiap hidangan Omega Guard mempunyai 1000mg minyak ikan, 540mg EPA dan 360mg DHA berbanding jenama lain. Banyak kan? Berbaloi dengan pembelian bukan?

1 comment: