Pages

Wednesday, 19 October 2016

Wanita Alami Pra-Menopause Perlukan GLA Complex

GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.

5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.

Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.

Testimoni daripada pengguna,


Tanda-Tanda Dan Gejala Putus Haid (Menopause), kisah benar wanita menopause,

No comments:

Post a Comment