SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday, 22 May 2013

Keputihan Jangan Pandang Remeh

Salam Sayang Semua ^_^

Topik untuk entry kali ni adalah berkaitan dengan keputihan. Sesuatu yang seringkali berdamping dengan insan yang bergelar wanita..terutamanya ketika menjelang waktu period atau selepasnya..ataupun ketika sedang hamil dan selepas kelahiran.


Apa itu Keputihan?

Keputihan adalah cecair atau lendir yang dikeluarkan oleh vagina. Keputihan yang normal adalah berwarna putih atau jernih dan jika keputihan selain warna itu dan berbau atau menagalami gatal-gatal dibahagian tersebut, kemungkinan telah berlaku jangkitan. Dan kebanyakan jangkitan yang berlaku adalah disebabkan oleh kulat. Jadi jangan pandang remeh yer keputihan anda!

Lazimnya, keputihan berlaku sewaktu kita stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah. Manakala wanita hamil juga mengalami masalah ini dan dikhuatiri mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil.

Jom lihat, apakah disebalik warna keputihan anda.

1. Jernih
Jika lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau kerana keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Selalunya lelehan berwarna jernih seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stress. Keputihan ini juga seringkali dialami oleh kebnayakan wanita hamil.

2. Putih
Lelehan berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans.

Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tak menyenangkan, kemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Jangkitan juga turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.



4. Coklat
Lelehan berwarna coklat dan berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna tersebut timbul akibat pendarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar menjadi warna coklat.

5. Kuning Kehijauan
Jika keluar lelehan berupa kuning kehijauan, berbuih, gatal, berbau busuk, sangat banyak dan sakit disekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

6. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Masalah keputihan ini boleh bertambah serius jika tidak ditangani segera. Jika anda masih bujang, ia juga berpontensi mengganggu tahap kesuburan apabila berkahwin kelak.
Jika anda berjumpa doktor atau pakar, mereka akan memberikan antibiotik kepada anda.

Anda juga boleh berikhtiar dengan meminum air rebusan pegaga, atau membasuh 'Miss V' anda dengan air sireh yang telah direbus. Selain itu juga, dengan mengamalkan alfalfa juga, in shaa Allah dapat membantu menyelesaikan masalah keputihan anda ini. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan zat dan mineral antaranya kalsium, magnesium, zat besi, phosphorus, pottasium, chlorine dan juga vitamin k.



Selain membantu merawat keputihan, alfalfa juga bertindak sebagai...

  • Milk booster kepada ibu yang menyusukan
  • Menghasilkan agen anti-radang untuk merawat gout dan arthritis
  • Merendahkan kandungan gula bagi penghidap diabetis dan meransang penghasilan insulin
  • Merawat jangkitan kulat

klik link di bawah untuk melihat testimoni pengguna alfalfa:



Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan, anda boleh:
1. LIKE fanpage IRSYA HEALTHY HOUSE
2. Email ke melurbunga@rocketmail.com
3. SMS di talian 012-9362692
 Dapatkan konsultansi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee daripada saya :) 






:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

3 comments:

  1. saya makan alfafa untuk atasi masalah keputihan
    alhamdulillah, sekaran da xde da maslah keputihan itu =D

    jemput singgah ^_^ V

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...