SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu
dan pelajari ialah MENANAM URI ANAK. Uri atau dikenali juga sebagai
placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di
hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting
kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan ianya menjadi busuk. Jangan
disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok.
Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah
tanam. Tetapi jika tidak berkesempatan untuk basuh pada hari yang sama boleh simpankan dahulu di peti ais sejuk beku agar tidak berbau.
- Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
- Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
- Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
- Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
- Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
- Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
- Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
- Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
- Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
- Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
- Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
- Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
- Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).
Uri perlu diuruskan dengan baik. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan sebegini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Semoga Bermanfaat!
Good info ,, lepas ni nak suruh bakal suami pulakk yang baca , ihiks
ReplyDeletewahhh dah ada bakal suami ke.. jeng jenggg jeng. hehe ^_^
DeleteMmg mcm ni.cara sbenar ye.cara islam.
ReplyDeleteAtau lebih oada petua mlayu sahaja.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete