SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday, 2 November 2014

Kelebihan Alahan dan Mabuk Hamil Untuk Ibu Mengandung

Alahan (Morning Sickness) Tunjuk Tahap Kesihatan Ibu Hamil?



Kebanyakan ibu mengandung, terutamanya pada trimester pertama dan kedua akan mengalami masalah mabuk hamil dan alahan seperti selalu mual, loya atau muntah-muntah. Namun ada juga sebilangan kecil, para suami yang tempias kena alahan ini. Malah mereka yang lebih mengidam untuk makan macam-macam berbanding si ibu mengandung.

Bagi ibu mengandung yang mengalami masalah alahan di awal kehamilan ini boleh baca entry saya berkenaan tips dan cara mengatasi alahan ketika hamil. Untuk kali ini saya ingin mengupas mengenai kelebihan mabuk hamil atau alami alahan ketika kehamilan.

Kelebihan Alahan Ketika Mengandung :


  1. Mengurangkan risiko keguguran kerana banyak kajian menunjukkan risiko keguguram adalah rendah pada ibu yang mengalami muntah-muntah dan mual semasa hamil.
  2. Mengurangkan risiko kelahiran pra-matang atau bayi tidak cukup bulan.
  3. Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  4. Hormon Hcg semasa hamil akan meningkat dan ianya dipercayai menyebabkan rasa mual pada ibu namun ianya baik kerana hormon yang tinggi akan melindungi bayi di dalam kandungan anda.
  5. Apabila ibu mengalami mual-mual atau muntah, ini menyebabkan ibu tidak mengambil makanan yang tidak sesuai pada peringkat awal kehamilan, secara tidak langsung menjauhkan ibu dari mengambil makanan yang membahayakan kandungan.
  6. Ukuran plasenta bertambah. Bila ibu mengalami muntah-muntah, pertambahan berat badan ibu tidak naik mendadak. Dengan ini memberi ruang kepada plasenta menambah ukurannya. Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi.


2 comments:

  1. Mak Jemah adalah salah seorang yg memang alami aahan teruk..tp bila tau pasal alahan itu sebenarnya baik maka lega la hati..tahan je walau memang rasa masa tu ibarat nak tengok matahari pun akan pening..

    ReplyDelete
  2. pengorbanan para ibu untuk melahirkan zuriat. walau mabuk, alah teruk mana pun tetap tabah selama lebih kurang 9 bulan kehamilan.
    Ketahui Tips Anak Bijak Pandai

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...