SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday, 29 September 2016

Slipped atau Prolapsed Disc Penyebab Sakit Tulang Belakang

 Slipped disc atau prolapsed disc.
Keadaan ini mengakibatkan sedikit kusyen antara tulang terkeluar dari tempatnya. Apabila ia terkeluar, ia menekan saraf. Saraf yang tertekan menimbulkan rasa sakit dan kebas.
Keadaan ini diumpamakan seperti sarung ku­syen terkoyak dan menyebabkan isinya terkeluar. Keadaan ini berlaku dalam kalangan individu yang berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Antara punca kusyen terkoyak ialah:
- Mengangkat barang terlalu berat 
- Pergerakan badan yang tidak sesuai dengan tulang belakang.
- Adakalanya batuk atau bersin yang terlalu kuat juga boleh menyebabkan tekanan dalam perut meningkat. Sehubungan itu ia memberi tekanan pada kusyen.
Selain itu terdapat punca lain yang menyebabkan berlakunya rasa sakit belakang, bagaimanapun ia dikatakan agak jarang berlaku seperti: 
- Ketumbuhan
- Kecederaan seperti patah
- Penyakit anky losing spondilitis yang mengakibatkan tulang belakang menjadi keras
- Jangkitan kuman seperti kuman batuk kering (tuberculosis).
- Adakalanya sakit belakang juga berpunca daripada organ yang terdapat di sekeliling seperti buah pinggang, perut, saluran besar darah dan lain-lain.

Tanda-tanda
- Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
- Aktiviti seperti me­ngangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
- Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.

Rawatan
- Fisioterapi
- Ubat-ubatan
- Pembedahan
Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.
Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak dan kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.
Bagaimanapun, mereka yang tidak merawat kecederaan berkenaan tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.
Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.
Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.

Vitamin yang saya sarankan adalah dengan pengambilan Ostematrix dan Vivix. Pengambilan kedua supplemen ini membantu mengurangkan kesakitan dan mencegah ianya bertambah teruk. Disamping menjaga kesihatan sendi, ia juga memberikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...