SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Monday, 13 February 2017

Kawal Gula Dalam Darah Jika Tak Mahu Komplikasi Kencing Manis Menjadi Teruk

Penyakit kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ini disebabkan kekurangan insulin atau fungsi insulin yang terjejas atau kedua-duanya sekali.

Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa darah.

Faktor risiko diabetes

Berat badan yang berlebihan
Kurang bersenam atau tidak aktif secara fizikal
Mengamalkan pemakanan tidak sihat seperti makanan tinggi gula serta makanan yang kurang serat.
Sejarah keluarga yang menghidap diabetes
Berumur lebih 30 tahun
Penghidap tekanan darah tinggi
Menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti steroid

Komplikasi diabetes

Gangren (tisu mati/ cabuk), kudis yang menular yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong.
Penyakit buah pinggang
Serangan jantung
Kabur penglihatan membawa kepada buta
Tekanan darah tinggi
Angin ahmar
Koma atau tidak sedarkan diri
Penyakit saraf

Cara mengawal diabetes

Makan secara sihat
Lakukan aktiviti fizikal (bersenam)
Makan ubat mengikut arahan doktor
Amalkan supplemen resveratrol seperti vivix


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...