Kalau rasa 'kurang rajin nak memasak, anda boleh mencuba buffet Ramadhan di Menara Alor Setar ini. Untuk dewasa, RM57 dan kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun hanya dikenakan caj RM28. Harga buffet ni dah termasuk harga tiket tau.
Kalau korang berminat boleh terus pergi ke Menara Alor Setar, di bawah tu nanti ada kaunter khas Restoran Berputar ni. Anda boleh buat bayaran disitu, mereka hanya terima cash only. Menu dia berubah setiap hari, boleh refer gambar dibawah ini. Atau nak lebih details boleh hubungi nombor seperti yang tertera.
klik gambar untuk lebih jelas |
Untuk booking anda boleh menghubungi mereka :
012-471 7332 / 013-505 0441
Nota kaki : Alhamdulillah merasa jugak saya nak makan di restoran berputar ni, sebab en.suami ajak dan surprise sempena birthday saya. Tunggu next entry okay. So far makanan dia okaylah, banyak jenis tapi mungkin hari yang kami pergi tu menu dia 'kurang gempak', banyak sangat makanan berkuah. Hehe. Bukan komplen cuma bila kita makan di tempat eklusif macam ni haruslah expectation kita tu agak tinggi kan. Mungkin boleh diperbaiki untuk masa akan datang. :)
Thanks pada en.suami yang sudi bawak dan pada crew Restoran Berputar 360' Menara Alor Setar yang sama-sama menjayakan 'surprise' Birthday.
P/s : Anda ada tempat menarik untuk dikongsi? Jangan lupa tinggalkan komen.
No comments:
Post a Comment