Salam takziah juga buat keluarga nahas yang terlibat dalam kemalanngan di km256.1 Lebuhraya Utara Selatan, selepas terowong menora arah utara. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada pukul 11 pagi dan menyebabkan kesesakan teruk.
Kemalangan yang melibatkan 2 treler dan 5 buah kenderaan ini telah mengorbankan 2 orang dan seorang lagi mangsa dilaporkan cedera parah. Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat ialah seramai 15 orang.
Saya yang dalam perjalanan menuju ke kampung halaman di Teluk Intan kebetulan melalui jalan tersebut. Saya lalu lebih kurang pukul 3 petang, lihat kesesakan teruk masih berlaku sehingga 12 km atau lebih.
Yang pergi telah pergi, kita yang hidup ini masih belum tahu bagaimana kisah pengakhiran hidup kita. Janganlah kita menambah beban kepada mereka yang telah kehilangan insan tersayang dan meninggal dunia akibat kemalangan ini dengan menyerbarkan cerita-cerita andaian kita yang belum tentu betul itu.
Tiada sesiapa yang mahukan kemalangan jiwa sebegini berlaku sehingga mengorbankan nyawa. Tapi masih ada segelintir pihak menyalahkan pihak tertentu. Siapalah kita untuk menidakkan qada dan qadar yang ditetapkan oleh Allah swt.
Bagaimana akhirnya hidup kita, sudah bersediakah anda. Jika saat ini anda keluar dari rumah dan tidak pulang lagi. Bersyukurlah kerana Allah swt masih memberikan kita peluang untuk memperbaiki diri dan kehidupan untuk menjadi lebih baik dengan amal soleh kita. Inshaallah.
Salam takziah buat keluarga mangsa kemalangan di lebuharaya utara selatan, menghala utara di KM 256.1, dan juga takziah kepada waris-waris yang telah kehilangan ahli keluarga mereka. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sesungguhnya mati itu yang paling dekat dengan kita dan masa lalu itu paling jauh dengan kita.
No comments:
Post a Comment