SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday, 23 October 2014

Kenapa Saya Memilih Bisnes Shaklee

Saya mula mendaftar sebagai ahli shaklee pada penghujung tahun 2012, sebulan selepas serius menggunakan produk shaklee. Pada mulanya saya mendaftar hanya sebab saya berpuas hati dengan produk shaklee dan ingin mengamalkan sendiri sahaja. Namun, selepas saya bersalinkan Baby Rayy dan ketika tempoh berpantang saya mula berkongsi tentang produk shaklee dengan rakan-rakan dan saudara terdekat.

Pada mulanya, ramai kawan-kawan yang bertanya tentang set bersalin yang saya guna sewaktu berpantang. Kemudian saya mula sharing secara online. Yer, saya buat secara online sahaja kerana saya sangat pemalu walaupun saya dalam bidang marketing. Dan kebanyakan master dan jutawan yang dilahirkkan dari Shaklee ini hanya menggunakan online sahaja. Buktinya hari ini, Shaklee sudah menjadi FENOMENA!

Kenapa Saya Pilih Shaklee


1) Seronok dengan kesan efek produk

Produk Shaklee yang saya amalkan adalah Vitamin C, B-Complex dan ESP untuk kecantikan, sewaktu mengandung terasa kulit tak berseri ditambah pula dengan perubahan hormon menyebabkan jerawat naik. Tapi bila saya mula amalkan, bukan sahaja rasa jerawat semakin berkurang tetapi rasa badan rasa bertenaga juga. Kemudian saya tambah order lagi, ambil set ibu mengandung untuk mengurangkan alahan mengandung dan untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan secukupnya untuk ibu hamil dan kandungan,

Mulanya, rasa macam banyaknya kena ambil, tapi bila dapat tahu pengambilan yang betul, tak susah pon sebenarnya. Itu pentingnya memilih penjual yang boleh guide kita, bukan sekadar hanya nak untung sahaja.

2) Vitamin yang pelbagai

Produk Shaklee tidak terhad kepada pelbagai jenis vitamin sahaja, tetapi ada juga produk lain antaranya Set Get Clean untuk rumah, Nutriwhite & Enfuselle untuk penjagaan kulit dari luar dan juga rangkaian penjagaan rambut, Set ProSante.

3) Shaklee yang menjanjikan produknya sentiasa selamat, berkesan dan semulajadi

Sesuai dengan tagline syarikat Shaklee, setiap produknya selamat, berkesan dan semulajadi. Mereka menjalankan beribu ujian sebelum mengeluarkan produk tersebut dan setiap kandungan di ekstrak dari tumbuhan semulajadi. Menariknya, setiap botol supplemen Shaklee tiada gel silica di dalamnya, berbeza dengan supplemen lain yang ada di pasaran!

4) Bukan produk bermusim

Jika anda lihat sekarang, produk-produk baru yang ada dipasaran bagaikan pisang goreng panas dikala hujan lebat. Permintaan terhadap produk kesihatan semakin banyak, ramai usahawan mengeluarkan produk mereka sendiri. Tetapi setelah beberapa bulan, produk tersebut akan senyap dan mungkin terus lenyap. Ini berlainan sama sekali dengan produk shaklee yang telah hampir 100 tahun dalam pasaran dan masih utuh sehingga sekarang!

5) Peluang bekerja dari rumah

Bisnes Shaklee boleh dilakukan secara part-time atau full time dan boleh dijalankan dari rumah sahaja sambil jaga anak-anak sendiri. Apa yang penting cuma perlukan kekuatan dan keazaman diri anda sendiri selain dari internet dan komputer atau telefon pintar.

6) Bisnes yang fleksibel dan punyai kebebasan masa

Ramai ibu yang bekerjaya tetap, berjinak-jinak dalam bisnes shaklee sehinggakan ada yang membuat keputusan untuk berhenti setelah mencapai suatu target dalam diri mereka. Kita semua inginkan pekerjaan yang lebih fleksibel dan mempunyai ruang masa bersama dengan keluarga dan anak-anak. Sememangnya bisnes shaklee adalah pilihan tepat untuk anda bergelar WAHM!

7) Pelan pemasaran yang adil dan patuh syariah

Dalam Shaklee, semua pengedar berhak mendapat bonus setimpal dengan usaha mereka. Tiada istilah Upline goyang kaki! Anda sendiri boleh tentukan berapa nilai angka bonus yang anda mahukan. Selain dari bonus tunai, ada peluang juga untuk mendapat percutian 7 bintang PERCUMA! Paling penting, bisnes Shaklee ialah MLM patuh syariah dan adil.

We sign our own cheque!

8)Bisnes Shaklee, Bisnes Bermentor

Ya. Disini sangat penting dalam memilih team yang anda ingin masuk itu, sama ada mentor atau upline anda boleh membimbing anda secara serius atau sambil lewa. Anda bukan sahaja diberikan info tentang produk shaklee tetapi ia juga meliputi pemasaran bisnes dan turut ditekan dengan amalan kerohanian. 

2 comments:

  1. Tak pernah menyesal join bisnes Shaklee.. Bisness yang selama ini saya cari-cari. Fleksibel dan produk yang berkualiti, terjamin dan 100% semulajadi. Anda yang berura-ura untuk memulakan bisness sendiri dengan Shaklee, buat langkah bijak anda sekarang!

    ReplyDelete
  2. Shaklee bukan sahaja menghasilkan produk yang terbaik malah menyediakan peluang untuk menjana pendapatan tanap had.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...