SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday, 26 March 2015

Percutian Bajet ke Bali dan Bangkok

AL-KISAH, nak jadi cerita sha ternampak salah seorang sepupu update kat wall facebook (fb) dia tentang tawaran voucher super murah pergi ke Bali atau Bangkok untuk 3 hari 2 malam. Bayangkan dalam masa 10 minit dia post di wall fb, beratus yang komen berminat dengan voucher ini.

So, dalam hati yang melonjak-lonjak ingin pergi bercuti ni, terasa bagai orang mengantuk diusungkan bantal. Haha. So, sha pon private messages (pm) dengan cousin tanya pasal voucher RM300 tu. Dengan harga yang ditawarkan, sesuai dengan sesiapa sahaja yang ingin pergi bercuti dengan bajet yang sederhana.  Antara serba sedikit details voucher tu :


RM300/person
3days 2night to Bali/Bangkok
Normal Price RM799
Flight 2way + hotel 3* + daily breakfast
-Voucher sangat terhad limited utk 50 org trawal sahaja!
-Flight Air Asia/Malindo Air*boleh pilih upon availibility
-departure KUL/PEN -Flight timing & hotel boleh pilih upon availibility
-Bali in Kuta Beach *most popular beach tourist attraction*
-Bangkok in the middle of Bangkok City
-Hotel near to public transport
-2months before u travel, u mesti call i atau contact direct company utk book flight & hotel
-2yrs below free
-validity voucher 2yrs
-travel from 1st Aug 2015-Aug 2017
-so kalau u nak pergi bulan August ne on June u dah boleh start buat booking
-bilik boleh share atau separated
-u may travel on any of ur desired date exclude public holiday.
-unlimited. By group pun boleh. Sendiri2 pun boleh.
-free & easy package


Sha tak pernah pergi ke Bali, jadi tak berapa tahu sangat rate flight dan hotel disana. Tapi dari kebiasaan selalu survey tiket flight, dan campur dengan hotel agaknya lebih kot harga RM300 tu. Apa pendapat korang, okay tak agak-agak voucher ni?


Kalau dari segi aktiviti tu, lagi best kalau kita yang tentukan sendiri kan nak buat aktiviti apa. Takde la terikat sangat dengan jadual. Kalau pergi ramai-ramai dengan keluarga atau kawan rapat pon mesti seronok kan. Bestnya ^_^

Kawan blogger sha ada yang pernah sampai ke salah satu destinasi ini, jom kongsikan tips dan info serba sedikit :)

1 comment:

  1. Mukhlis tentang kek hari jadi.. Aturkan masa mkn mlm pada tanggal 21/4 yer.. Nanti tulis atas kek :

    HAPPY BELATED BIRTHDAY
    BAHARI
    SOPIAH
    HJ MUSTAQ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...