Semenjak kerajaan telah memutuskan untuk pelaksanaan GST berkuatkuasa pada 1 April 2015, ramai pihak yang membantah cadangan ini. Ramai juga yang mengeluh tentang pelaksanaan GST nanti bakal menggugat ekonomi keluarga dengan pertambahan setiap perbelanjaan sebanyak 6%. Menjelang 1 April 2015, semakin ramai yang mengeluh tentang nasib mereka. Apa yang menjadi persoalan sekarang, benarkah harga barangan akan semakin mahal atau berkurang?
Betul ke bila GST dilaksanakan, rakyat semakin terbeban ?
Dalam pada memikirkan kesan 'terbeban' akibat daripada pelaksaan GST ini, berapa kerapkah kita melayari website Portal GST (http://gst.customs.gov.my), yang telah disediakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan info dan makluman berkenaan GST. Atau adakah kita jenis golongan yang hanya dengar cakap-cakap orang. Fikirkan.
GST, Good and Service Tax bermaksud Cukai Barangan dan Perkhimatan (CBP) yang dikenakan sebanyak 6% mulai 1 April 2015 adalah mengantikan sistem pencukaian SST (Sales anda Service Tax) sebelum ini yang dikenakan sebanyak 16%. Amnya, barangan yang dikenakan cukai GST adalah bukan barangan keperluan asas. Pihak Kastam Diraja Malaysia telah pun mengeluarkan senarai barangan dan produk yang dikenakan GST.
Walau sebanyak mana kita mengeluh, mogok atau tidak terima pelaksanaan sistem percukaian baru ini, ianya tidak mungkin akan mengubah apa-apa. Tetapi, anda masih boleh mengubahnya dengan menjadi pengguna yang bijak. Jadikan ebook panduan harga pengguna ini sebagai rujukan dalam pembelian barangan agar tidak dimanipulasikan oleh peniaga-peniaga tamak yang suka mengambil kesempatan.
Nasihat saya dalam menghadapi kemelut ekonomi yang semakin mencabar, jangan sesekali anda cuba berhutang dengan membuat pinjaman bank atau membuat kad kredit, kerana ianya tidak sama sekali membantu anda dalam menyelesaikan masalah, sebaliknya ia akan membebankan anda dengan tanggungan hutang yang semakin bertambah.
Daripada kita mengeluh tanpa menambah apa-apa nilai dalam kehidupan keluarga, mengapa tidak diri kita mengusahakan sesuatu yang lebih? Anda tidak mampu untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan yang 'wajib' dibelanjakan setiap bulan seperti sewa rumah, ansuran kenderaan, barangan dapur, keperluan pampers, susu dan pakaian anak, insurans, bil-bil dan sebagainya.
Anda juga tidak mampu mengawal harga minyak dunia agar tidak naik. Jadi mengapa anda tidak cuba mengusahakan sesuatu yang dapat menambah pendapatan, contohnya dengan menceburkan diri dalam peluang perniagaan.
Pilih apa jua bidang perniagaan yang anda suka dan minat, tetapi jangan terlalu mudah taksub atau gelap mata dengan tawaran 'pernigaan' yang menjanjikan janji-janji manis. Gunakan akal yang waras, tiada bisnes yang mampu berikan wang dengan mudah tanpa berusaha.
Seperti saya, memilih untuk menambah pendapatan keluarga hanya dari rumah dengan bisnes online dan tanpa modal yang tinggi. Kenapa saya memilih bisnes ini, antara sebabnya adalah modal permulaan yang rendah! Bukan ribuan ringgit tetapi saya hanya gunakan rm75 untuk mendaftar ahli sahaja dan tanpa perlu menyimpan stok bawah katil!
Disamping menambah pendapatan keluarga dirumah, saya juga seronok kerana mampu menjaga dan melihat sendiri setiap perkembangan anak dirumah. Kerana itu saya boleh katakan yang perniagaan saya lakukan sekarang adalah bisnes mesra keluarga.
Kalau saya seorang surirumah boleh menambah pendapatan keluarga, mampu untuk membeli apa yang dihajati tanpa perlu membebankan suami kenapa tidak anda. Bukan kerana saya seorang surirumah tidak bekerja, saya juga sama seperti anda mempunyai tangungan dan tanggungjawab lain yang perlu diuruskan. Tetapi saya mempunyai satu keinginan untuk mencapai apa yang saya inginkan.
Jom sama-sama meningkatkan ekonomi keluarga ^_^
Selamat maju jaya buat anda.
sumber rujukan :
1) http://gst.customs.gov.my/
2) http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?lang=my
No comments:
Post a Comment