SAKIT PINGGANG PERANAKAN JATUH ATAU TANDA AWAL KEHAMILAN? |
BEBERAPA hari sudah terpaksa menahan sakit di pinggang. Ingatkan sekadar tersalah tidur membuatkan urat tak betul, tapi semakin hari semakin tidak selesa akibat kesakitan di pinggang. Malah urat di tapak kaki pon seperti tegang. Memang buat sesiapa sahaja tidak selesa jika mengalaminya.
Salah pergerakan atau bergerak dengan terlalu cepatnya, terasa sungguh 'bisa' sakit pinggang tu, dah rasa macam robot. Hahaha. Dengan gaya robot tu, terpaksalah juga memanggil tukang urut. Sebab ingatkan salah tidur biasa je, tak sangka melarat pulak sehingga seminggu dua. Tukang urut ni pon jadualnya sentiasa penuh, kena call dan booking dulu tau.
sumber picture: google image |
Selang dua hari, baru berkesempatan untuk diurut. Serius seronok sangat bila orang ada orang urut kita ni, rasa badan tu rilek dan hilang stress. Sambil berurut, sha sembang-sembang dengan kakak tu. Kakak yang mengurut ni kata, peranakan jatuh sikit! Aishhh..biar betul. Rasa macam takde la pulak buat kerja berat ke apa, nak berat pon dukung si Baby Rayy saja la. Tu pon 10kg je minah kecik tu.. hehe
Katanya takde apa yang serius, so tak perlu nak ulang urut lagi esoknya. Dah beberapa hari lepas berurut tu, perlahan-lahan rasa sakit tu berkurang. Dari urat kaki sehinggalah bahagian pinggang beransur hilang. Alhamdulillah. Seminggu lepas tu, rasa tidak selesa di bahagian abdomen pulak. Ku pikirkan mungkin sebab nak datang haid kot, jadi abdomen terasa sakit dan tegang.
Dua hari menunggu tak pulak period. Walaupun kata hati kata tidak mungkin aku mengandung, gagahkan saja diri untuk buat ujian kehamilan tu. Ala, bukan nak kena keluar rumah pergi jumpa doktor pon kan, bila-bila keluar pergi kedai tu singgah beli upt test di farmasi dan test sendiri di rumah. Mudah je pon prosesnya.

Selepas titiskan beberapa titisan ke tempat yang dikhaskan, terasa lambat pula nak tunggu keputusan. Walaupun tidak mengharap, tetapi dalam hati masih berdebar-debar menanti. Normal la kot kan. Hehehe.
Okay.. naik 1 line je...
Sha pon terus keluar bilik air tanpa berfikir banyak. Dalam hati bermonolog, mungkin betul la kata tukang urut tu, pasal peranakan je, sebab tu rasa pinggang tak berasa selesa. Setelah selesai buat kerja rumah yang tak pernah habis-habis ni, entah macam mana tergerak hati rasa nak masuk semula toilet. Waktu tu ku pikir, UPT tak buang lagi... buatnya ada sesiapa masuk toilet, kantoi lah diri ini buat test tu. (Biasanya takde sapa pon masuk toilet dalam bilik tu :P ) Hahaha.

Disebabkan mula-mula keputusan tu dah nampak 1 line (negatif), jadi memang tak mengharap pon tiba-tiba akan jadi 2 line (positif). Tapi entah macam mana, waktu nak buang alat tu, ternampak macam naik double line lah ! Hoho.
Syukur, alhamdulillah. Sememangnya tak sangka bakal menimang cahayamata kedua pula tak lama lagi. Nak dikhabarkan kepada suami, kebetulan waktu tu dia terlibat dalam misi bantu banjir di Kelantan. Takpelah, tunggu dululah suami balik baru bagitahu, tapi bila sms dengan dia, saja je bagi hint, anak-anak. Hehehe.
Doakan sha dan anak dalam kandungan ni sihat sentiasa dan dilindungi Allah Yang Maha Esa yer ^_^
Tunggu part II nanti yer
p/s : Kongsi cerita di blog ni salah satunya untuk tatapan anak-anak dikemudian hari kalau mama mereka dah takde nanti. huhu
wah, tahniah :)
ReplyDeleteterima kasih una :)
DeleteAsslm.nk tanya lau skit pinggng.rsa x lrt sgt4.rsa mual3 dn pening..tnda mengandung ke...sbb bru lps priod
ReplyDeleteSama lah.. xpasti nk chek takot harapan palsu hehehe
DeleteNk tnya klau lepas luar sja mmg boleh pregnnt ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHye...sy da lwt 16 ari..sblm ni period sy tak teratur,,slps mkn asid folik,period sy tratur slma 3bln..then lpas 3 bln sy xdtg period ag smpai skrg.skrg ni sy skit pinggang,puting payudara rase ngilu2 n skt,rase loya..sy xbrani nk check ag...umm cmne ye...
ReplyDelete