SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday, 17 April 2015

Tip Perkahwinan Bahagia


ASSALAMMUALAIKUM. Salam Jumaat penghulu segala hari.

Sedikit perkongsian untuk yang sudah mendirikan rumahtangga atau bakal-bakal pengantin, semoga bermanfaat untuk kita semua :)


Tips Perkahwinan Bahagia


  • Kerap melakukan aktiviti bersama pasangan anda. Pilihlah satu aktiviti yang disenangi oleh kedua-dua belah pihak. Jika kedua-dua sibuk bekerja, hendaklah memastikan waktu masa bersama-sama adalah menjadi keutamaan.
  • Sentiasa berbincang dan tingkatkan komunikasi dengan pasangan. Hendaklah bertolenrasi dan bijak menangani masalah antara suami dan isteri.
  • Melakukan hubungan intim sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu. Ia membantu dalam mengeratkan perhubungan suami isteri dan meningkatkan peluang untuk hamil.
  • Sentiasa berbincang mengenai bajet keluarga. Setiap perbelanjaan dan simpanan hendaklah dibuat agar ada wang simpanan pada waktu diperlukan.
  • Suami dan isteri hendaklah menunjukkan atau menyatakan perasaan sayang anda kepada pasangan setiap hari seperti ungkapan kasih sayang, pelukan mesra atau gurauan manja.
  • Sentiasa mendoakan kebahagiaan sebagai suami isteri dan sebuah keluarga. Doa untuk keluarga bahagia :



ayat furqan


Maksudnya: 
"Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa" (surah furqan:74)


Semoga rumah tangga yang kita bina berkekalan sehingga ke syurga Allah. :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...