SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday, 6 March 2013

Pentingnya Menjaga Pemakanan Ibu Semasa Mengandung

Salam Sayang Untuk Semua :)

Harini IHH nak share sikit info tentang panduan pemakanan ibu semasa mengandung. Anda yang tengah membaca tu, adakah anda tergolong dalam kelompok ini? Hehe..Kalau bukan, bacalah dan share kan kepada adik, kakak, sepupu sepapat or sesiapa saja yang anda kenal yang tengah hamil yer.
....................................................................................................................................................................

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Hah..dah tahu kan sedikit sebanyak tentang pemakanan ibu-ibu semasa hamil. Yang penting, adalah amalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan ni. Tapi mungkin sesetengah ibu yang hamil mengalami morning sickness yang teruk jadinya kurang berselera nak makan makanya bayi dalam kandungan tak dapat cukup zat. 

Alternatif lain, para ibu-ibu yang hamil ni boleh lah ambil supplement ini untuk mendapatkan zat dan nutrien-nutrien yang mencukupi untuk diri sendiri dan juga bayi yang didalam kandungan tu :)

Untuk Ibu-ibu yang hamil trimister pertama:

Yang ini pulak untuk ibu hamil trimester ke-2 dan ke-3:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)

012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com

COD Area: 
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::

*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak



:: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

3 comments:

  1. as salam,
    sy pernah terbaca satu keratan sms daripada dr. hamid Arsyad yg famous tu bahwasanya pemakanan supplemen sangat penting untuk ibu-ibu hamil, bersalin malah sepanjang hayat wanita tersebut. Nice sharing..thanks!!
    http://xercestouch.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. nice info..;)

    http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. seringkali aku malas makan waktu hamil, makasih maklumatnya
    Jual Madu Penyubur Kandungan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...