Apakah teknik menyusukan susu ibu yang terbaik?
Kedudukan badan
- Pastikan anda selesa dimana bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.
- Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga rapat dengan bayi anda.
- Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.
Cara mendukung bayi
- Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
- Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
- Bayi rapat dengan ibu dimana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
Cara memegang payudara
- Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
- Cara yang salah adalah pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain dibawah puting.
Cara penyusuan
- Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas.
- Gerakkan badan bayi ke arah payudara.
- Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (aerola)
- pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.
Posisi penyusuan susu ibu kepada bayi
Anda boleh memilih mana-mana posisi yang anda dan bayi selesa :)
Ingin menambahkan lagi susu badan dan kekal cergas bertenaga?
Cubalah petua tradisional menambahkan susu badan atau anda berminat untuk mencuba Set Penyusuan Susu Shaklee (MilkBooster)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :)
SHA
012-9362692
irsyahealthyhouse@gmail.com
Page : Irsya Healthy House
COD Area:
:: UUM-Sintok, Changlun, Jitra, Alor Setar dan Sungai Petani ::
:: UNIMAP, Pauh dan Arau ::
*Penghantaran dibuat ke seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak
-Disclaimer-
These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These product are not intended to diagnose,treat, cure or prevent any disease
No comments:
Post a Comment