SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday 11 September 2014

Bahaya Chicken Pox

Bolehkah ibu hamil diserang chicken pox? Ya boleh. Tapi tidak ramai yang mengetahui tentang bahaya diserang virus vericella (cacar air) atau lebih dikenali sebagai chicken pox ketika sedang hamil. Jika tidak ditangani dengan betul ianya amat merbahaya dan boleh mengancam nyawa kandungan.

Ibu yang mengalami chicken pox ketika hamil harus segera mendapatkan rawatan dengan segera. Wanita yang tidak mempunyai keimunan terhadap penyakit cacar air ini sangat terdedah dan berisiko untuk mendapatnya. Oleh yang demikian, ibu yang tidak mempunyai keimunan ini perlulah mengambil suntikan vaksin cacar air.

Bagaimana boleh menjejaskan ibu dan bayi?

Ibu

  • Ibu boleh mengalami masalah phenumonia atau paru-paru berair.
  • Ibu yang mengalami jangkitan cacar air (vericella) pada 8-20 minggu kehamilan mempunyai risiko sebanyak 2% untuk bayinya turut mendapat jangkitan ketika di dalam kandungan.


Bayi

  • Bayi dalam kandungan mempunyai risiko kecacatan anggota badan iaitu kaki, tangan atau mata atau dikenali sebagai congenital vericella syndrom.
  • Berat badan bayi boleh terjadi lebih rendah daripada paras normal.
  • Bayi yang dilahirkan empat hari sebelum atau dua hari selepas ibunya mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan cacar air yang boleh mengakibatkan sawan.


Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika dengan langkah bakal ibu mengambil vaksin cacar air, apa salahnya jika itu mampu mengurangkan risiko berbahaya kepada diri dan juga kandungan. Selebihnya haruslah kita bertawakal kepada Allah swt. Sesungguhnya DIA yang menentukan segalanya. Namun saya percaya ada juga para ibu yang menentang pemberian vaksin ini, fikirlah sendiri risiko kepada diri anda dan kandungan dan bukannya hanya menurut kata teman-teman. Buat penilaian sendiri.

Selamat menempuh alam kehamilan yang sungguh mengujakan dan penuh bermakna ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...