SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday 21 September 2014

5 Perbezaan Soya

5 Perbezaan Protein Soya Pilihan Saya

Energizing Soy Protein (ESP) adalah antara produk shaklee yang terawal saya mula amalkan sehingga kini. Alhamdulillah banyak kesan kebaikan yang saya sendiri rasa, terutamanya dalam memberikan tenaga dan keserian muka. Parut baru lebih cepat hilang. Syaratnya anda kenalah konsisten dan istiqamah amalkan supplemen ni, sebab ianya bukan ubat magik. Memang esp terbaik kerana fungsi protein untuk tubuh badan adalah membantu menganjalkan kulit.

Bercerita tentang soya ESP Shaklee ini, saya juga turut amalkan sepanjang kehamilan pertama saya dan inshaallah akan teruskan untuk kehamilan akan datang. Memang saya akui pada mulanya agak was-was untuk mengambil soya ketika hamil kerana terlalu banyak dengar cerita tentang soya penyebab kulit bayi ruam dan sensitif dan sebagainya. Tapi, saya tak cepat melatah dan terus membuat sedikit research tentang berkaitan hal ini dan ternyata ESP Shaklee berbeza dengan soya lain yang ada dipasaran sekarang. Alhamdulillah, saya tak silap memilih amalkan ESP Shaklee.

Ketahui perbezaan ESP Shaklee dengan soya biasa:
  • ESP Shaklee dicuci menggunakan air bagi mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin untuk membekalkan kebaikan soya secara keseluruhanan. Manakala soya lain biasanya dicuci menggunakan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon tetapi ia juga boleh membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan.
  • ESP Shaklee menggunakan protein soya bukan-GMO (non-gmo). Kacang soya yang digunakan tidak diubah secara genetik dalam pemprosesannya dari benih sehinggalah penyimpanan. Ia juga diproses dalam suhu yang rendah bagi memastikan kebaikan kacang soya tidak terhapus. Manakala soya lain pula, kebanyakan telah diubahsuai secara genetik. Soya yang diubah secara genetik tidak bagus untuk kesihatan.
  • ESP Shaklee mengandungi sembilan jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri melalui badan. Turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Setiap satu tong ESP Shaklee dihasilkan daripada 30kg kacang soya.
  • ESP Shaklee mempunyai kajian klinikal yang sangat eksentensif dan komprehensif. Serta miliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

Nampak tak perbezaan diatas ini, antara esp shaklee dengan soya biasa. Maka memang tak hairanlah jika ramai sahaja peminat ESP Shaklee ini. Mungkin anda akan kata anda mendapat sumber protein dari sumber makanan. Tapi tahukah anda, bahawa protein mudah musnah pada suhu yang tinggi. Apa kata anda memberi sokongan kepada tubuh anda dengan ESP Shaklee, memberi tenaga segera dan berpanjangan. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...