SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Thursday 18 September 2014

Resepi Labu Panggang

Resepi mudah labu bakar


Bahan:

  1. Sebiji labu
  2. Serbuk lada hitam
  3. Garam halus
  4. Mentega
  5. Aluminium foil


Cara penyediaan:

■ Potong buah labu kepada 10-12 belah (ikut suka dan kebesaran buah labu anda)

■ Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan garam di setiap hirisan buah labu.

■ Kemudian, letakkan hirisan mentega ke atas hirisan buah labu.

■ Setiap hirisan buah labu itu tadi hendaklah diletakkan dalam aluminium foil dan dibalut elok.

■ Selepas dibalut, bolehlah bakar dengan api yang kecil.

Rupa labu yang dibungkus dalam aluminium foil.


Sedap! Labu yang sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba ^_^


1 comment:

  1. Assalam. Terima kasih kongsi resipi ni. Teringin nak makan labu cara lain selain dibuat masak lemak :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...